Industri Pelacuran Perlu Diberi Didikan Untuk Elak Penyakit Kelamin, Bukan Hinaan Tapi Bantuan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 16/03/2020
Share now

Jika disebut berkenaan dengan pelacuran, semestinya terlintas di fikiran kita gambaran wanita atau lelaki yang terpaksa menjual badan demi mencari wang. Pernahkah anda terfikir jika golongan pelacur ini lebih memerlukan bantuan kesihatan (perubatan, psikologi) berbanding ancaman yang sering kali diterjemahkan sebagai hukuman penjara ataupun denda bayaran wang ringgit?

Ikuti artikel ini untuk mengetahui apa yang saya fikirkan berkenaan dengan pemberian akses khidmat kesihatan yang baik kepada golongan ini.

Stigma dan persoalan berkaitan pelacur

pelacur

Walau apa pun yang diperkatakan oleh masyarakat setempat, stigma tidak mengenal bangsa, kaum atau pekerjaan individu. Prostitusi atau kegiatan pelacuran adalah merupakan salah satu perkhidmatan yang telah wujud sekian lamanya.

Namun, ia tidak dianggap sebagai satu pekerjaan yang boleh diterima pakai mahupun baik oleh masyarakat setempat. Kajian-kajian yang telah dijalankan oleh ahli akademik telah membuktikan bahawa mereka yang terlibat dalam sektor ini terdedah kepada pelbagai jenis penyakit kelamin.

Walaupun secara konsepnya, aktiviti pelacuran dianggap sebagai kegiatan jenayah yang boleh membahayakan umat manusia, merokok juga dapat memberikan risiko yang sama, bahkan lebih tinggi. Namun, tidak pula kita lihat mereka yang merokok ditangkap oleh polis.

Jika mahu dilihat pada konteks agama, kedua-duanya adalah perkara yang haram. Mereka yang mahu berhenti merokok boleh mendapatkan rawatan di klinik-klinik kesihatan. Bagaimana pula mereka yang terlibat dalam aktiviti pelacuran?

Adakah mereka yang datang ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan boleh ditahan kerana mereka bekerja sebagai pelacur? Adakah seorang doktor harus melaporkan kehadiran pelacur kepada pihak berkuasa atau maklumat tersebut perlu dilindungi di bawah prinsip kerahsiaan di antara doktor dan pesakit?

Ini adalah merupakan persoalan yang bermain di benak fikiran pekerja khidmat seks ini, lantas memadamkan keinginan mereka untuk mendapatkan rawatan. Risiko terlalu tinggi!

Penyakit kelamin kian meningkat dalam kalangan pelacur

mencari wang
mencari wang

Kebanyakan “pelanggan” sudah sedia maklum bahawa hubungan kelamin bersama pelacur perlu menggunakan kondom. Namun apabila nafsu sudah menguasai diri, apakah pilihan yang ada? Mereka yang melacur kebiasaannya berbuat demikian demi mencari wang dengan mudah.

Jadi bila mereka ditawarkan dengan bayaran tambahan untuk tidak menggunakan kondom, perkara tersebut akan membuatkan mereka akur dengan permintaan pelanggan masing-masing.

Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 2018 oleh Universiti Malaya, didapati bahawa pelacur wanita tidak menggunakan kondom hampir 24% daripada jumlah mereka melakukan hubungan kelamin dalam tempoh satu bulan.

Buat pelacur transgender pula, mereka tidak menggunakan kondom hampir 11% daripada jumlah mereka melakukan hubungan kelamin dalam tempoh yang sama.

Ini merupakan satu maklumat yang amat membimbangkan. Perkara ini memandangkan risiko untuk mendapatkan penyakit kelamin seperti sifilis, jangkitan HIV dan gonorrhoea adalah tinggi.

Ujian saringan, langkah awal cegah jangkitan kelamin

pelacur

Prevalens HIV dan penyakit kelamin yang tinggi dalam kalangan pelacur boleh diatasi dengan ujian saringan yang kerap dan memulakan rawatan awal pada mereka yang memerlukannya.

Persoalannya di sini, adakah satu tindakan yang baik jika seorang doktor itu merawat penyakit kelamin seorang pelacur untuk terus melacur? Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 merupakan satu senjata yang dapat digunakan bagi mereka yang dipaksa untuk berkhidmat dalam sektor ini. Namun kebanyakan pelacur melacur secara sukarela dengan niat untuk mendapatkan wang.

Dari perspektif kesihatan, ujian saringan dan rawatan awal perlu diberikan untuk mengelakkan daripada penyakit-penyakit kelamin berleluasa. Prevalens HIV dalam kalangan pelacur wanita telah meningkat kepada 11.1% berbanding dengan prevalens 7.3% pada tahun 2014.

Kondom wanita boleh menjadi pelindung kepada pelacur yang ingin melindungi diri daripada desakan pelanggan yang tidak mahu menggunakan kondom. Pemakaian kondom ini digalakkan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) bagi meningkatkan kadar perlindungan pelacur wanita daripada penyakit kelamin.

Konklusi

mencari wang

Adakah tindakan untuk memberikan rawatan awal kepada pelacur sesuatu yang boleh dikatakan beretika? Adakah perlu untuk kita memberikan pendidikan seksual kepada golongan ini bagi mengelakkan penyakit kelamin yang semakin berleluasa sewaktu mereka sedang sibuk mencari wang? Fikir-fikirkanlah.

Pendidikan awal dapat membantu mengurangkan insiden penyakit kelamin melalui pengamalan seks dengan alat perlindungan. Golongan ini juga perlu menjalani ujian saringan penyakit kelamin dengan lebih kerap. Ia bagi merealisasikan objektif kadar sifar HIV menjelang 2030. Jadilah individu yang bertanggungjawab. Jika anda terdedah, buat ujian saringan dan dapatkan rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Rujukan
    1. Prevention and treatment of HIV and other sexually transmitted infections for sex workers in low- and middle-income countries. (https://apps.who.int/iris/bitstream/handle/10665/77745/9789241504744_eng.pdf). Diakses pada 11 Oktober 2019.
    2. Prevalence of HIV and sexually transmitted infections among cisgender and transgender women sex workers in Greater Kuala Lumpur, Malaysia: Results from a respondent-driven sampling study. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5636657/). Diakses pada 11 Oktober 2019.
    3. Akta perlindungan wanita dan gadis 1973 (Akta 106). (http://www.pdp.gov.my/index.php/my/43-awam/akta-akta/akta-pelindungan-wanita-dan-gadis-1973-akta-106/66-akta-perlindungan-wanita-dan-gadis-1973-akta-106?templateStyle=12). Diakses pada 11 Oktober 2019.

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangan Serbu Hospital, Ini Yang Anda Perlu Tahu Jika Ingin Jalani Ujian Saringan COVID-19

    Ujian saringan COVID boleh menghindarkan penularan wabak virus korona baharu melalui pengesanan kes positif dan kuarantin dengan kadar segera.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 13/04/2020

    Kalau Suami Tak Suka Pakai Kondom, Anda Boleh Pakai Kondom Wanita Untuk Rancang Kehamilan?

    Adakah benar kondom wanita atau kondom perempuan boleh digunakan berulang kali? Benarkah ia boleh dicuci dan diguna semula?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Jangan Panik! Ini Cara Betul Untuk Keluarkan Kondom Tersekat Dalam Faraj

    Jika perkara ini berlaku, jangan panik. Ikuti panduan dalam artikel ini untuk mengetahui cara untuk mengeluarkan kondom tersekat dalam faraj.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Elak Mengandung Ketika Menyusu Badan, Ada 9 Pilihan SELAMAT Untuk Ibu & Si Manja

    Sedang mencari kaedah pencegahan kehamilan tetapi tidak tahu mana sesuai kerana anda masih menyusu badan? Haa...ini ada 9 pilihan boleh dipertimbangkan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa