Panduan Untuk Wanita Bangkitkan Nafsu Seks Mereka

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 3 minit bacaan

Seks bertambah bosan kepada wanita apabila mereka semakin menua. Bila di tahap menopaus, wanita mengalami perubahan fizikal dan mental. Perubahan mood, stres dan keresahan tentang penampilan luaran mereka, semua ini boleh menyumbang kepada kurangnya atau hilangnya minat terhadap seks. Bagaimanapun, wanita masih boleh menikmati kehidupan seks yang aktif dengan usia yang meningkat kerana adanya beberapa langkah yang boleh diamalkan untuk membangkitkan nafsu seks mereka.

Dari sudut fizikal 

Penyelesaian berteraskan hormon 

Menurut Kate Taylor, penulis buku Domestic Sex Goddess, libido atau nafsu berahi wanita mula menurun apabila mereka mula mencapai umur pertengahan hidup. Pada peringkat ini, badan wanita mengalami turun-naik simptom perimenopaus, tahap hormon estrogen dan progesteron. Wanita yang sedang melalui fasa menopaus akan hilang nafsu seks semula jadi mereka akibat hilangnya lonjakan hormon pra-ovulasi yang lazimnya berlaku setiap bulan dalam kitaran haid. Terdapat juga kemungkinan berlakunya penurunan hormon testosteron yang boleh mengakibatkan penurunan drastik nafsu seks. Penyelesaian kepada permasalahan ini adalah dengan berjumpa dengan doktor anda bagi mendapatkan rawatan gantian hormon.

Pelinciran

Penurunan hormon estrogen boleh mengakibatkan kekeringan faraj, yang boleh menyebabkan sakit ketika seks dan seterusnya, kurangnya minat atau keseronokan terhadap seks. Untuk menyelesaikan masalah ini, wanita boleh mencuba untuk mengusap bahagian kelentit (clitoris) atau bahagian sensitif yang lain untuk merangsang penghasilan cecair faraj, membasahkan dinding faraj, yang membantu melincirkan geseran ketika seks. Menggunakan pelincir berasaskan air sebelum dan selepas seks turut membantu untuk mengelakkan rasa sakit akibat geseran ketika seks.

Sekiranya anda masih merasa sakit ketika seks, berjumpalah dengan doktor anda untuk mendapatkan krim estrogen yang boleh merangsang penghasilan cecair faraj. Bagaimanapun, kaedah ini mungkin boleh mengakibatkan beberapa kesan sampingan. Justeru, berbincang dengan doktor dan suami anda sebaik-baiknya terlebih dahulu.

Dari sudut emosi

Mengurangkan stres dan keresahan

Apabila wanita menjangkau usia pertengahan hidup, beban hidup daripada anak-anak, perkerjaan, dan perkahwinan boleh meletakan mereka dalam mood yang penuh dengan rasa penat dan lesu, sekaligus menekan nafsu seks mereka. Justeru, bagi meningkatkan nafsu seks anda, anda perlu lebih tenang dan fokus terhadap aspek menyeronokkan dalam hubungan seks. Program semula minda anda dan bayangkan seks sebagai pengalaman romantik dan bukannya satu keterpaksaan. Susun tarikh dan sesi bersama anda. Sekiranya anda masih ada masalah, anda boleh berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan nasihat yang membantu.

Meningkatkan keyakinan diri

Keinginan seks seorang wanita itu dipengaruhi oleh bagaimana mereka menilai kecantikan mereka. Bagaimanapun, wanita yang di pertengahan usia boleh melihat dan mengalami sendiri perubahan ketara pada tubuh badan mereka, mendorong ke arah merasakan diri mereka kurang cantik. Kesannya, mereka akan rasa kurang yakin atau selesa untuk bertelanjang di hadapan pasangan mereka, khuatir pasangan mereka akan hilang selera melihat badan mereka. Dalam hal ini, wanita perlu belajar untuk rasa selesa dengan penampilan dan juga badan mereka. Kerap bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat boleh membantu meningkatkan keyakinan diri mereka dan juga menjadikan mereka lebih sihat dan menarik.

Menilai semula keadaan hubungan anda

Adakah anda sedang dingin atau baru lepas bergaduh dengan pasangan anda kebelakangan ini? Kerap bergaduh dalam suatu hubungan boleh memberikan kesan yang negatif terhadap nafsu seks atau libido seorang wanita. Jika hal ini berlaku kepada anda, cuba untuk berdiskusi sebaik mungkin dengan pasangan anda sambil menilai semula keadaan hubungan anda. Sekiranya ianya terlalu rumit, anda dan pasangan boleh berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan nasihat.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nafsu Berahi Hilang Akibat Tak Cukup Tidur? Ini Kesan Jika Anda Tak Jaga Waktu Tidur!

    Rasa mengantuk sebab tak cukup tidur boleh menyebabkan nafsu seks anda kurang. Ini boleh mengganggu kemesraan di antara anda dan pasangan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Suami Minta ‘Bersama’ Selepas Bertengkar? Jangan Tolak, Ini 8 Sebab Hubungan Jadi Lebih Sensasi!

    Hubungan seksual selepas bergaduh bukanlah sesuatu yang pelik. Malah, seks boleh merapatkan lagi jurang hubungan di antara suami isteri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Lelaki Ambil Viagra Rawat Mati Pucuk? AWAS, Jangan Ambil Jika Anda Termasuk 10 Golongan Ini!

    Apa itu viagra? Ramai yang tahu ia adalah untuk merawat mati pucuk tapi ia juga boleh digunakan untuk merawat sakit lain. Jom klik untuk ambil tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 27/07/2020 . 3 minit bacaan

    Sedang Jalani Rawatan IVF, Boleh Ke Jika Lakukan Hubungan Kelamin? Ini Penjelasannya

    Melakukan hubungan kelamin semasa prosedur IVF mungkin sesuatu yang jarang dibuat kerana dikhuatiri mendatangkan mudarat. Namun, ia benar-benar berbahaya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 24/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    alat sulit wanita

    Jangan Terkejut, Ada Wanita Yang Lahir Dengan 2 Faraj! Bolehkah Mereka Jalani Hidup Normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 04/08/2020 . 3 minit bacaan
    cara hubungan suami isteri

    Kenapa Perlu Buat Seks Walau Tiada Mood? Ini Dia Kepentingan ‘Maintenance Sex’!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/08/2020 . 3 minit bacaan
    seks ketika tidur

    Jangan Biar Gangguan Seks Ketika Tidur Berterusan, Ini 4 Cara Atasinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/07/2020 . 3 minit bacaan
    trichomoniasis adalah

    Cecair Warna Kuning @ Hijau Keluar Dari Miss V? Bahaya, Ia Mungkin Petanda Penyakit Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan