Dah Lama Tak Berasmara? Ini 6 Hal Akan Berlaku Pada Tubuh Badan Jika Lama ‘Berpuasa’!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 21/05/2020

Umum mengetahui bahawa seks adalah elemen yang sangat penting dalam kehidupan suami isteri. Tanpanya, sesuatu perhubungan itu tentu sahaja akan menjadi hambar, tidak bermaya serta tidak bermakna.

Bukan itu sahaja, kalian juga perlu tahu bahawa tubuh badan akan terjejas dengan teruk sekiranya anda berhenti lakukan seks dengan pasangan dalam tempoh yang agak lama.

Ingin tahu dengan lebih lanjut? Mari kita sama-sama ikuti artikel ini!

Kesan jika kalian berhenti lakukan seks

seks sebar virus korona

Mungkin ada ketikanya di mana anda dan pasangan tidak mempunyai mood untuk berasmaradana akibat letih atau stres dengan kehidupan seharian. Namun, kalian tidak wajar terlalu mengambil mudah tentangnya.

Ini kesan yang akan berlaku pada tubuh badan jika kalian berhenti lakukan seks dalam tempoh lama:

#1. Jantung tidak dapat berfungsi dengan baik

Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang melakukan seks hanya sebulan sekali atau kurang daripada jumlah itu lebih berisiko mengalami penyakit jantung berbanding pasangan yang lebih kerap melakukannya.

Ini kerana mereka yang kurang bersenggama dengan pasangan tentu sahaja lebih berisiko mengalami kemurungan atau kegelisahan selain kurang melakukan aktiviti fizikal.

Akibatnya, jantung mungkin menjadi lebih lemah dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Jadi, jangan malu untuk ajak pasangan anda beraksi di ranjang dengan lebih kerap.

#2. Sistem imun tubuh badan menjadi lebih lemah

Kajian juga menunjukkan pasangan yang melakukan seks 1 atau 2 kali seminggu mampu meningkatkan sistem imun tubuh badan mereka dengan lebih efektif berbanding yang kurang atau tidak melakukannya.

Ini kerana kekerapan berjimak mampu membuat tubuh badan meningkatkan kadar penghasilan immunoglobulin A (IgA) yang berfungsi melawan segala jenis kuman di dalam tubuh badan.

Namun, terlebih melakukannya juga adalah kurang bagus. Sebabnya adalah kadar penghasilan IgA juga dilihat agak rendah dalam kalangan individu yang beraksi di ranjang terlalu kerap bersama pasangan.

#3. Timbul pelbagai masalah berkaitan seks kemudian hari

Ini adalah sangat penting. Kalian perlu tahu bahawa berhenti lakukan seks untuk tempoh yang lama akan menyebabkan anda dan pasangan mengalami pelbagai masalah seksual kelak.

Sebagai contoh, kekurangan bersenggama dengan pasangan akan menyebabkan faraj wanita menjadi lebih kering, nipis dan kecut apabila mencapai usia menopaus nanti. Kesannya, seks akan menyakitkan ketika itu.

Bagi golongan lelaki pula, kekurangan berasmara dengan pasangan akan melemahkan libido. Menurut kajian, lelaki yang tidak melakukan seks sekurang-kurangnya seminggu sekali, lebih berisiko mengalami mati pucuk.

Adakah anda mahu ini terjadi kepada diri anda dan pasangan? Jadi, sila rancang kehidupan seks kalian dengan lebih baik ya?

#4. Kekuatan memori akan merudum dengan mendadak

kesilapan seks lelaki

Pernahkah anda kehilangan kunci kereta kerana terlupa telah menyimpannya di mana? Jika ya, sila perhatikan kehidupan anda. Ada kemungkinan bahawa anda telah berhenti lakukan seks dalam tempoh lama!

Ini kerana sudah terdapat banyak kajian yang mengatakan bahawa individu yang lebih banyak melakukan hubungan intim dengan pasangan lebih kuat memorinya berbanding dengan yang kurang atau tidak melakukannya.

Ini kerana kekerapan seks mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan pertumbuhan neuron di dalam otak kita. Oleh itu, tiada sebarang masalah untuk bersetuju dengan ajakan pasangan anda untuk beraksi selepas ini.

#5. Sukar mendapatkan tidur yang lena

Tanpa kitaran seks yang sihat, anda sudah pasti akan kehilangan hormon seperti prolaktin dan oksitoksin yang mampu membantu kalian mendapatkan tidur yang berkualiti.

Khusus buat wanita pula, kurang berasmaradana akan mengakibatkan penurunan kadar estrogen dalam tubuh badan. Kesannya, waktu tidur akan sedikit terganggu.

Oleh itu, jangan sesekali abaikan seks ya? Tanpanya, tidur yang mencukupi dan berkualiti mungkin agak sukar untuk dicapai!

#6. Kurang seks, kurang senaman

Seks secara umumnya dapat membakar kira-kira 5 kalori dalam masa 1 minit. Ia bersamaan dengan aktiviti jalan kaki pantas. Bukan itu sahaja, seks juga adalah aktiviti yang sangat memerlukan oksigen dan penggunaannya adalah lebih kurang sama dengan aktiviti berkebun dan turun naik tangga.

Jadi, tentu sekali kurang atau berhenti lakukan seks secara total akan menyebabkan kalian kurang melakukan senaman dalam masa yang sama.

Kesannya pula sudah tentu akan mengakibatkan tubuh badan menjadi kurang sihat. Jadi, jangan abaikan seks ya!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    ALAMAK… Seks Oral Pun Boleh Jadi Punca Kanser? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

    Seks oral berisiko tinggi menyebarkan HPV. Untuk pengetahuan anda, ia adalah sejenis virus yang boleh jadi punca beberapa jenis kanser berkaitan oral!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Pakar Kata Tak Mustahil Boleh Mengandung Tanpa Penetrasi, Bagaimana Tu?

    Ada kepercayaan yang mengatakan kehamilan masih boleh berlaku tanpa kemasukan zakar ke dalam faraj semasa hubungan suami isteri. Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Sukar Lena Jika Tidur Sekatil? Ini 5 Solusi Ideal Buat Pasangan Yang Ada Masalah Di Kamar Tidur

    Setiap pasangan berkahwin tidak dapat lari berdepan pelbagai cabaran dan masalah. Salah satunya adalah masalah tidur. Jangan bimbang, ada 5 cara atasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    7 Cara Bagaimana Seks Membantu Legakan Tekanan Perasaan, #5 Memang Power!

    Terdapat pelbagai cara mengatasi tekanan perasaan yang boleh anda cuba. Antaranya adalah melakukan seks bersama pasangan. Klik untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    kondom bocor

    Isteri Hamil Juga Walau Beraksi Gunakan KONDOM? Ini 7 Sebab Ia Mungkin ‘Bocor’!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/06/2020
    hubungan seks

    Hubungan Intim Bakar Banyak Kalori Suami Isteri, Sebab Tu Asyik Lapar Lepas Bersama: Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 01/06/2020
    orgasme-wanita-normal-untuk-tidak-dialami

    Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? Normal Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    klimaks lelaki

    Jom Kita Belajar 4 Fasa Klimaks Lelaki! – Bukan Sekali Sahaja Boleh Ejakulasi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020