Nak Bermesra Dengan Pasangan Tapi Takut Hamil? Ini 5 Aktiviti Seks Takkan Buat Wanita Mengandung

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 25/07/2020 . 3 minit bacaan

Kepada wanita di luar sana yang baru berkahwin dan mungkin keliru mengenai konsep hubungan seks, anda patut baca ini!

Persoalan seperti adakah anda boleh hamil jika melakukan aktiviti seks tertentu pasti bukan sahaja menghantui wanita, bahkan juga si suami.

Artikel ini akan bantu anda meleraikan persoalan-persoalan yang anda ada.

Hai ini normal terutamanya kepada para wanita yang baharu mendirikan rumah tangga dan ingin membuat perancangan keluarga atas faktor-faktor yang tertentu.

Ini kerana pendidikan seks masih belum mendalam dan meluas dalam kalangan masyarakat kita yang mana menyebabkan banyak kekeliruan dan salah faham mengenai perkara ini.

Artikel ini akan membincangkan aktiviti-aktiviti seks yang tidak akan membuatkan anda hamil.

Senarai aktiviti hubungan seks yang tidak akan membuatkan anda hamil

1. Si dia menggunakan tangannya

Terdapat banyak juga kekeliruan mengenai adakah memasukkan jari ke dalam faraj akan menimbulkan risiko kehamilan atau tidak.

Sebilangan individu benar-benar percaya bahawa memasukkan jari ke dalam alat kelamin boleh menyebabkan seseorang wanita hamil.

Jawapannya adalah tidak kerana jari tidak mengandungi air mani yang menghasilkan sperma.

Anda hanya akan hamil sekiranya cecair yang mengandungi sperma ini memasuki faraj anda.

Namun begitu terdapat risiko kehamilan yang sangat kecil di sini, iaitu jika si suami telah menyentuh air maninya terlebih dahulu sebelum menyentuh faraj anda.

Bagi mengelakkan risiko, suami harus mencuci tangannya terlebih dahulu sebelum memasukkan jari pada kemaluan isteri.

2. Aktiviti seks oral

seks oral

Terdapat sebilangan besar individu di luar sana percaya bahawa wanita boleh hamil hasil daripada melakukan seks oral.

Sudah tentublogik ini juga menunjukkan kekeliruan asas pada biologi manusia, tetapi terdapat individu yang ​​percaya bahawa perkara ini boleh berlaku.

Bagi menjelaskan kekeliruan yang berlaku, seks oral tidak akan membuatkan anda hamil. Untuk hamil, sperma harus memasuki faraj dan bergerak ke atas melalui serviks ke bahagian rahim.

3. Menggunakan “pintu belakang” ketika melakukan hubungan seks

Terdapat juga banyak persoalan mengenai adakah anda boleh hamil jika membiarkan suami melakukan seks anal.

Sekiranya suami anda berejakulasi melalui “pintu belakang”, perbuatan ini tidak akan membuatkan anda hamil kerana air mani tersebut tidak dapat pergi ke bahagian rahim anda.

Walau bagaimanapun, sekiranya suami anda tidak fokus ketika ingin berejakulasi dan tersasar ke tempat yang lain seperti ke bahagian faraj, kemungkinan untuk anda hamil itu ada.

Oleh itu, walaupun anda sebenarnya tidak akan hamil daripada melakukan hubungan seks menggunakan “pintu belakang”, masih terdapat kemungkinan untuk anda mengandung jika si dia terlepas ke bahagian lain selain di dubur.

Jadi, berhati-hatilah jika anda menggunakan kaedah ini dan amalkan untuk segera membersihkan badan selepas melakukannya.

Walau bagaimanapun, perbuatan ini dilarang untuk mereka yang beragama Islam.

4. Menggunakan tangan anda sendiri untuk beronani

Terdapat kekeliruan mengenai penggunaan tangan ketika melakukan onani mampu menyebabkan anda hamil.

hamil

Sekiranya tangan anda tidak bersentuhan dengan air mani lelaki, maka anda tidak ada kemungkinan untuk hamil.

Ingatlah untuk selalu mencuci tangan anda sebelum mula melakukan perkara itu agar anda tidak perlu bimbang dengan risiko.

Tangan yang kotor untuk beronani juga bahaya untuk kesihatan faraj anda kerana dikhuatiri mampu membiakkan bakteria dan menyebabkan jangkitan yis.

Oleh itu, pastikan tangan anda sentiasa bersih sebelum mula menyentuh faraj.

5. Menggunakan peralatan seks

Secara umumnya, menggunakan peralatan seks ketika melakukan hubungan seks tidak akan membuatkan anda hamil.

Ini kerana, peralatan seks tidak mempunyai sebarang kontak dengan air mani lelaki kecuali jika si suami turut menggunakannya lalu membuatkan dia berejakulasi.

Jika peralatan tersebut pernah terkena air mani si suami, mencuci alatan tersebut akan dapat membuangkan kesan-kesan sperma yang melekat.

Selain itu, pastikan alatan seks anda bersih dan berada pada tahap optimum, ini amatlah penting bagi menjamin kesihatan faraj anda.

Rumusan

Melakukan aktiviti yang berkaitan dengan hubungan seks seperti yang dinyatakan di atas tidak akan menyebabkan anda mengandung.

Untuk hamil, kehadiran sperma daripada air mani perlu ada untuk melakukan proses persenyawaan di dalam rahim.

Oleh itu, jangan terlampau risau dan nikmati momen-momen indah anda bersama suami di ranjang!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Pengsan Lepas Pancut Semasa Senggama? Tolong Waspada Dengan 3 Perkara Ini!

Pernahkah anda atau pasangan pitam namun tidak tahu punca pengsan semasa senggama? Tenang, jom klik artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 23/07/2020 . 3 minit bacaan

Naluri Suka Kaum Sejenis, Genetik Gay Hanyalah Mitos, Kajian Ini Sudah Buktikan!

Terdapat kajian yang menunjukkan terdapatnya maklumat genetik homoseksual (gen gay). Adakah hubungan seksual sejenis ini benar-benar boleh diwarisi?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 22/07/2020 . 3 minit bacaan

Mama, Usah Risau Kalau Posisi Bayi Songsang, Ada Cara Nak Tukar Ke Kedudukan Normal!

Kelahiran bayi songsang berlaku dalam kalangan 3-4% ibu hamil. Jika tidak diuruskan dengan betul, komplikasi serius boleh berlaku.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 22/07/2020 . 3 minit bacaan

PANCUT DALAM Masa Hamil Bukan Saja Baik Untuk Suami Isteri, Tapi Juga Baby Dalam Perut

Hubungan kelamin ketika hamil dikatakan bermanfaat. Tetapi adakah anda tahu kebaikan kesan air mani pada kandungan? Ikuti penjelasannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 20/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

cara hubungan suami isteri

Kenapa Perlu Buat Seks Walau Tiada Mood? Ini Dia Kepentingan ‘Maintenance Sex’!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/08/2020 . 3 minit bacaan
hisap dadah

Ganja Bukan Saja Buat Ketagih, Tapi Juga Boleh Buat Lelaki & Wanita Mandul, Benar Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan
suami suka seks

Suami Minta ‘Bersama’ Selepas Bertengkar? Jangan Tolak, Ini 8 Sebab Hubungan Jadi Lebih Sensasi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan
hubungan kelamin

Sedang Jalani Rawatan IVF, Boleh Ke Jika Lakukan Hubungan Kelamin? Ini Penjelasannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 24/07/2020 . 3 minit bacaan