Bagaimana Untuk Berhadapan Dengan Rakan Sekerja Yang Kerap Mesej Anda Secara Personal Tanpa Keperluan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 04/12/2019
Share now

Penulis pasti, setiap tempat kerja pasti mempunyai seseorang yang kerap melakukan sesuatu seolah-olah semuanya adalah kecemasan baginya. Ini termasuklah tajuk email dengan perkataan “URGENT” dengan huruf besar, menghubungi rakan sekerja lain selepas waktu kerja selain mendesak bagi melakukan sesuatu untuk mereka. Individu jenis ini biasanya menganggap bahawa keutamaan mereka melebihi keutamaan individu lain tanpa memikirkan beban tugas kerja yang perlu dipikul oleh orang lain. Mereka tidak menyedari bahawa mereka adalah seorang pengganggu yang hanya menggangu masa individu lain.

Bagi anda yang berhadapan dengan pekerja seperti ini, anda perlu tahu bahawa anda perlu menghentikan kelakuan mereka. Penulis memahami bahawa ada antara kita yang tidak mahu merosakkan hubungan antara pekerja di tempat kerja, tetapi dalam masa yang sama mahu menghentikan tabiat yang sering dilakukannya. Bagaimana anda boleh mengatasi hal ini? Kami ada jawapannya di bawah.

Apabila individu tersebut adalah rakan sekerja anda

Anda sememangnya tidak boleh mengawal reaksi rakan sejawatan anda terhadap segala tugas yang diberikan. Walau bagaimanapun, anda masih boleh mengawal reaksi diri anda sendiri. Menurut Monique Reynolds, ahli psikologi klinikal di Center for Anxiety and Behavioral Change, kita sering kekal senyap atau memberikan jawapan yang tidak pasti di hadapan wajah seseorang yang meminta permintaan segera secara berterusan. Ini disebabkan oleh tindak balas berasaskan ketakutan yang memungkinkan kita berfikir bahawa, jawapan yang kita berikan akan membangkitkan kemarahan mereka. Sekiranya ini berlaku, tenangkan diri anda dan ambil masa untuk kembali mengingati siapakah diri anda yang sebenar. Ini akan membantu anda yakin dengan keputusan yang anda buat dan anda percayakan diri anda.

Sekiranya anda telah tenang, nyatakan kepada rakan anda mengenai batas yang perlu ada dalam pembahagian tugasan kerja. Ingatkan mereka bahawa setiap kerja yang perlu dilakukan mempunyai garis masanya yang tersendiri dan mereka tidak perlu mendesak anda untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan cepat sekiranya anda masih melakukannnya dalam tempoh masa yang diberikan. Nyatakan kepada mereka bahawa anda memiliki aliran kerja peribadi (personal workflow) anda sendiri. Ia bukan soal anda tidak pantas dalam melakukan kerja, tetapi ia adalah soal pengurusan waktu dan pembahagian tugas kerja anda. 

Apabila individu tersebut adalah majikan anda

Menentang arahan majikan anda bukanlah satu pilihan yang anda ingin lakukan. Walau bagaimanapun, anda perlu menyatakan kepada majikan sekiranya anda telah melakukan kerja keras atau (overworked), kerana kerja secara melampau akan menyebabkan sindrom burnout. Anda perlu nyatakan kepada majikan anda bahawa tidak semua kerja boleh dilaksanakan dalam masa yang sama. Setiap tugasan memerlukan tempoh masanya yang tersendiri. 

Sekiranya terdapat sebarang tugasan kecemasan daripada majikan anda yang perlu diselesaikan, tanya mereka apakah yang perlu diberi perhatian terlebih dahulu. Nyatakan aliran kerja anda sekarang sekiranya mereka mahukan anda menyiapkan tugasan kecemasan. Nyatakan juga bahawa sekiranya mereka mahukan anda melakukan sesuatu tugasan kecemasan, tugasan lain tidak boleh disiapkan dalam tempoh yang sama dan perlu sedikit masa untuk disiapkan. 

Penulis akui bahawa terdapat dilema yang akan berlaku jika anda mahu bersuara bagi setiap perkara yang anda kurang selesa sama ada daripada rakan sekerja mahupun majikan. Walau bagaimanapun, jika anda kekal tidak bersuara, tiada apa yang akan berubah. Apabila anda mula menyuarakan pendapat anda, sekurang-kurangnya mereka menyedari bahawa mereka tidak melakukan sesuatu dengan baik. Kunci bagi segala hal ini adalah komunikasi antara dua pihak. Sekiranya anda masih ragu-ragu, suarakannya kepada rakan sekerja lain yang lebih berani dalam menyuarakan pendapat. Mereka akan memberitahunya bagi pihak anda. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Rujukan

    https://www.huffpost.com/entry/coworker-work-emergency-relationship-question_l_5d923788e4b0ac3cddacb7f0

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Contohi Jepun, Ini Sebab Mengapa Perlu Kerja 4 Hari Seminggu

    Apa kata kita cuba usulkan bekerja 4 hari seminggu. Ia kelihatan tidak realistik tetapi ia sememangnya memberikan manfaat kepada pekerja dan syarikat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Anda Introvert? Ini 5 Tip Berjaya Dalam Job Interview!

    Jangan risau, anda masih boleh berjaya dalam temuduga pekerjaan meskipun anda seorang introvert. Jom baca artikel untuk tahu tip yang boleh anda gunakan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Argh, Esok Kembali Bekerja Tapi Masih Dalam Mood Bercuti. Apa Perlu Dilakukan?

    Siapa yang tidak suka bercuti? Tetapi yang tak seronoknya, apabila memikirkan kena kembali bekerja semula setelah bercuti. Ada ke cara mengatasinya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Jadual Kerja Padat Punca Individu Ambil Makanan Ringan, Kajian

    Tahukah anda bahawa jadual kerja yang padat boleh jadi punca individu ambil makanan ringan lebih banyak? Jom ikuti artikel untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid