Bagaimana Untuk Menghadapi Kesedihan dan Kehilangan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019

Dalam satu fasa kehidupan, anda perlu berdepan dengan kesakitan kehilangan seseorang atau sesuatu dalam dekat dengan anda. Walaupun anda mungkin merasa bahawa kesedihan dan kehilangan itu tidak akan hilang, anda harus sedar apa yang anda alami itu adalah satu perasaan sementara. Langkah pertama yang perlu anda ambil adalah dengan menerima kesakitan dan membenarkan diri anda untuk bersedih. Ia akan mengambil masa untuk sembuh.

Apa yang anda perlu fahami

Apabila anda mengalami kehilangan, ia adalah normal untuk anda bersedih. Keadaan ini dianggap satu penderitaan emosi apabila seseorang individu yang rapat dengan anda meninggal dunia.

Semakin besar kehilangan yang dihadapi, semakin kuat kesedihan yang akan dialami. Kehilangan bukan hanya melibatkan kematian, namun ia juga melibatkan kehilangan pekerjaan, menjual rumah, atau berdepan perpisahan yang menyakitkan. Setiap situasi membawa tahap kesedihan yang berbeza.

Kesedihan adalah perasaan yang sering dihadapi umum dan ia akan berlalu. Memahaminya akan membuatkan anda untuk sembuh dengan lebih cepat. Mungkin bagi sesetengah individu, ia memerlukan tempoh yang lama untuk pulih, tetapi, walau bagaimanapun, pada akhirnya, anda tetap akan dapat menyesuaikan diri dengan kehilangan yang dihadapi dan kesedihan itu akan berkurangan.

Berikut adalah beberapa tip untuk membantu anda menghadapi situasi ini:

Rakan dan keluarga
Darah semestinya lebih pekat dari air. Tiada siapa yang akan peduli tentang ketika anda menghadapi saat sukar melainkan keluarga dan rakan baik. Jika anda biasanya menjadi seseorang yang kuat, kini tiba masanya untuk anda bersandar kepada individu lain. Hanya anda dapat membantu diri anda, jadi luahkan kepada mereka apa yang anda perlukan dan mereka pastinya menjadi penyokong yang akan sentiasa bersama anda.

Terima kenyataan

Anda mungkin boleh cuba untuk menyembunyikan apa yang anda rasa, namun anda tidak boleh melindunginya selamanya. Untuk kembali pulih, anda perlu menerima kesakitan yang anda hadapi atau anda hanya akan memanjangkan lagi kesedihan itu. Kesedihan yang tidak berkesudahan boleh menyebabkan komplikasi seperti kemurungan, kegelisahan, penyalahgunaan bahan tertentu, dan masalah berkaitan kesihatan.

Jika anda kesedihan, ketakutan, keseorangan, ingatkan pada diri bahawa ia adalah tindak balas normal apabila kehilangan. Menangis bukan bermakna anda lemah. Jujur pada diri tentang apa yang anda rasa dapat membantu anda dan individu di sekeliling anda.

Kepercayaan

Jika anda merupakan individu yang berpegang kepada kepercayaan beragama, anda boleh lakukan aktiviti rohani yang bermakna kepada anda seperti berdoa, bermeditasi, pergi ke gereja atau masjid, yang dapat memberikan anda ketenangan. Ini juga bermakna anda sedang menjaga individu yang anda sayang melalui doa, hati dan fikiran.

Luahkan

Jika sukar untuk anda memberikan nota dengan kata pesanan kepada individu yang anda sayangi, namun anda boleh menulisnya di jurnal tentang kehilangan atau perkara yang mungkin anda tidak sempat untuk luahkan. Sesetengah individu suka menyimpan gambar insan yang disayangi sama ada di dalam loker atau di dalam bingkai untuk merasakan mereka sentiasa ada bersama.

Jaga kesihatan

Tidak dinafikan, ada kaitan antara minda dan tubuh. Apabila anda dalam keadaan fizikal yang baik, secara tidak langsung, emosi anda juga akan baik. Apa yang perlu anda lakukan untuk memastikan diri anda berada dalam tahap kesihatan yang baik adalah dengan mendapatkan tidur yang secukupnya, makan dengan betul, bersenam dan memandang ke hadapan. Menggunakan alkohol atau ubatan untuk menghilangkan kesakitan atau kesedihan hanya akan memburukkan keadaan anda.

Kumpulan sokongan

Kesedihan boleh menyebabkan anda merasa kesepian, walaupun anda mempunyai individu tersayang di sekeliling anda. Berkongsi kesedihan dengan individu lain yang memahami keadaan anda adalah digalakkan. Anda boleh menghubungi hospital, atau pusat kaunseling untuk mencari kumpulan sokongan di kawasan anda. Dalam erti kata lain, membantu individu lain secara tidak langsung akan membuatkan anda merasa lebih baik. Berkongsi cerita dapat membantu individu lain untuk mengatasi situasi yang sama.

Setiap individu bertindak balas dengan cara yang berbeza, bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk faktor peribadi, gaya hidup, kepercayaan dan perkara yang menyebabkan kehilangan. Jika kesedihan yang dihadapi itu berpanjangan, seorang pakar psikologi atau pakar perubatan profesional dapat membantu anda.


Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    2 Sebab PENTING Kenapa Anda Perlu Cepat Kahwin Atau Dapatkan Pasangan, Patutlah!

    Sekiranya anda berada dalam perkahwinan yang membahagiakan hidup anda, anda kurang berisiko untuk mendapat demensia ketika anda semakin berusia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Obesiti dan Kaitannya Dengan Masalah Emosi Kanak-kanak

    Obesiti dan masalah emosi seperti perasaan keresahan dan mood yang rendah, cenderung untuk berkembang seawal usia 7 tahun.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Apakah Punca Emosi? Apakah Trauma Emosi?

    Emosi, juga dikenali sebagai perasaan, termasuk pengalaman-pengalaman seperti cinta, benci, marah, percaya, gembira, panik,  takut dan kesedihan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Makanan Menaikkan Emosi

    Emosi naik turun adalah satu perkara biasa yang berlaku disebabkan pelbagai faktor. Berikut adalah 7 makanan menaikkan emosi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    klimaks seks

    Ini Sebab Klimaks Penting Semasa Hubungan Intim, Ada Kaitan Dengan Otak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/05/2020
    bipolar

    Bagaimana Gangguan Bipolar Boleh Menjejaskan Aktiviti Seks Saya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/11/2019

    Ini 4 Sebab Kenapa Anak Lelaki Lebih Perlu Sokongan Emosi Dari Ibu Ayah, Berbanding Anak Perempuan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/11/2019
    berdua

    Lakukan 5 Perkara Ini Sementara Masih Berdua

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/10/2019