backup og meta

Kaum Adam, Ini Senarai LENGKAP 21 Pemeriksaan Kesihatan & Vaksin Perlu Buat!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/04/2020

    Kaum Adam, Ini Senarai LENGKAP 21 Pemeriksaan Kesihatan & Vaksin Perlu Buat!

    Ramai yang beranggapan, kaum wanita lebih kerap pergi ke pemeriksaan kesihatan berbanding lelaki.

    Ini kerana, dikatakan kaum lelaki tidak mempunyai banyak masalah dan tidak perlu untuk melakukan pemeriksaan kesihatan berkala, apatah lagi untuk mengambil imunisasi badan.

    Namun, di sebalik kepercayaan atau mindset yang agak skeptikal seperti ini, ternyata kaum lelaki juga sebenarnya amat perlu untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan imunisasi badan.

    Nak tahu apa yang perlu anda jalani? Ini senarai lengkap pemeriksaan kesihatan dan imunisasi badan yang disyorkan untuk dilakukan oleh kaum lelaki.

    Pemeriksaan kesihatan dan imunisasi badan yang digalakkan

    Terdapat beberapa jenis pemeriksaan kesihatan dan juga imunisasi yang boleh dilakukan oleh kaum lelaki untuk kekal menjaga kesihatan tubuh.

    Setiap jenis pemeriksaan dan imunisasi ini pula akan disyorkan mengikut peringkat umur bermula seawal 18 tahun hinggalah 65 tahun atau lebih.

    Berikut adalah jenis pemeriksaan kesihatan dan imunisasi yang dicadangkan untuk orang lelaki.

    1. Kesihatan am: Pemeriksaan penuh termasuklah berat dan tinggi

    • 18 – 39 tahun: lakukan perbincangan bersama doktor dan jururawat 
    • 40 – 49 tahun: lakukan perbincangan bersama doktor dan jururawat
    • 50 – 64 tahun: lakukan perbincangan bersama doktor dan jururawat
    • 65 tahun dan ke atas: lakukan perbincangan bersama doktor dan jururawat

    2. Ujian tekanan darah

    • 18 – 39 tahun: sekurang-kurangnya setiap 2 tahun sekali
    • 40 – 49 tahun: sekurang-kurangnya setiap 2 tahun sekali
    • 50 – 64 tahun: sekurang-kurangnya setiap 2 tahun sekali
    • 65 tahun dan ke atas: sekurang-kurangnya setiap 2 tahun sekali

    3. Ujian kolesterol

    • 18 – 39 tahun: bermula pada umur 20 tahun, lakukan perbincangan bersama doktor dan jururawat
    • 40 – 49 tahun: lakukan perbincangan bersama doktor dan jururawat
    • 50 – 64 tahun: lakukan perbincangan bersama doktor dan jururawat
    • 65 tahun dan ke atas: lakukan perbincangan bersama doktor dan jururawat

    4. Ujian gula darah

    pemeriksaan kesihatan

    • 18 – 39 tahun: lakukan perbincangan bersama doktor dan jururawat
    • 40 – 49 tahun: bermula pada umur 30 tahun, dan kemudiannya setiap 3 tahun sekali
    • 50 – 64 tahun: setiap 3 tahun sekali
    • 65 tahun dan ke atas: setiap 3 tahun sekali

    5. Ujian rektum digital (DRE)

    • 18 – 39 tahun: tiada
    • 40 – 49 tahun: lakukan perbincangan bersama doktor dan jururawat
    • 50 – 64 tahun: lakukan perbincangan bersama doktor dan jururawat
    • 65 tahun dan ke atas: lakukan perbincangan bersama doktor dan jururawat

    6. Antigen khusus prostat: PSA, ujian darah

    • 18 – 39 tahun: tiada
    • 40 – 49 tahun: lakukan perbincangan bersama doktor dan jururawat
    • 50 – 64 tahun: lakukan perbincangan bersama doktor dan jururawat
    • 65 tahun dan ke atas: lakukan perbincangan bersama doktor dan jururawat

    7. Pemeriksaan testikel

    pemeriksaan kesihatan

    • 18 – 39 tahun: pemeriksaan dilakukan sendiri setiap bulan, dan sebahagian daripada pemeriksaan am
    • 40 – 49 tahun: pemeriksaan dilakukan sendiri setiap bulan, dan sebahagian daripada pemeriksaan am
    • 50 – 64 tahun: pemeriksaan dilakukan sendiri setiap bulan, dan sebahagian daripada pemeriksaan am
    • 65 tahun dan ke atas: pemeriksaan dilakukan sendiri setiap bulan, dan sebahagian daripada pemeriksaan am

    8. Ujian chlamydia

    • 18 – 39 tahun: lakukan perbincangan bersama doktor dan jururawat
    • 40 – 49 tahun: lakukan perbincangan bersama doktor dan jururawat
    • 50 – 64 tahun: lakukan perbincangan bersama doktor dan jururawat
    • 65 tahun dan ke atas: lakukan perbincangan bersama doktor dan jururawat

    9. Ujian penyakit jangkitan kelamin (STD)

    • 18 – 39 tahun: kedua-dua pasangan perlu melakukan ujian STD termasuklah ujian HIV sebelum memulakan hubungan seks
    • 40 – 49 tahun: kedua-dua pasangan perlu melakukan ujian STD termasuklah ujian HIV sebelum memulakan hubungan seks
    • 50 – 64 tahun: kedua-dua pasangan perlu melakukan ujian STD termasuklah ujian HIV sebelum memulakan hubungan seks
    • 65 tahun dan ke atas: kedua-dua pasangan perlu melakukan ujian STD termasuklah ujian HIV sebelum memulakan hubungan seks

    10. Ujian darah fecal occult 

    • 18 – 39 tahun: tiada
    • 40 – 49 tahun: tiada
    • 50 – 64 tahun: setiap tahun
    • 65 tahun dan ke atas: setiap tahun

    11. Sigmoidoskpi fleksibel

    • 18 – 39 tahun: tiada
    • 40 – 49 tahun: tiada
    • 50 – 64 tahun: setiap 5 tahun (sekiranya tidak menjalani ujian kolonoskopi)
    • 65 tahun dan ke atas: setiap 5 tahun (sekiranya tidak menjalani ujian kolonoskopi)

    12. Double Contrast Barium Enema (DCBE)

    • 18 – 39 tahun: tiada
    • 40 – 49 tahun: tiada
    • 50 – 64 tahun: setiap 5 ke 10 tahun (sekiranya tidak menjalani ujian kolonoskopi dan sigmoidoskopi)
    • 65 tahun dan ke atas: setiap 5 ke 10 tahun (sekiranya tidak menjalani ujian kolonoskopi dan sigmoidoskopi)

    13. Kolonoskopi

    imunisasi badan

    • 18 – 39 tahun: tiada
    • 40 – 49 tahun: tiada
    • 50 – 64 tahun: setiap 10 tahun
    • 65 tahun dan ke atas: setiap 10 tahun

    14. Ujian rektum

    • 18 – 39 tahun: lakukan perbincangan bersama doktor dan jururawat
    • 40 – 49 tahun: lakukan perbincangan bersama doktor dan jururawat
    • 50 – 64 tahun: setiap 5 ke 10 tahun bersama-sama pemeriksaan berikut (kolonoskopi, sigmoidoskopi atau DCBE)
    • 65 tahun dan ke atas: setiap 5 ke 10 tahun bersama-sama pemeriksaan berikut (kolonoskopi, sigmoidoskopi atau DCBE)

    15. Pemeriksaan mata

    • 18 – 39 tahun: lakukan pemeriksaan sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan penglihatan atau perubahan visual
    • 40 – 49 tahun: setiap 2 hingga 4 tahun
    • 50 – 64 tahun: setiap 2 hingga 4 tahun
    • 65 tahun dan ke atas: setiap 2 hingga 4 tahun

    16. Ujian pendengaran

    • 18 – 39 tahun: bermula pada umur 18 tahun, dan diulangi setiap 10 tahun
    • 40 – 49 tahun: setiap 10 tahun
    • 50 – 64 tahun: lakukan perbincangan bersama doktor dan jururawat
    • 65 tahun dan ke atas: lakukan perbincangan bersama doktor dan jururawat

    17. Pemeriksaan pergigian

    • 18 – 39 tahun: setiap 6 bulan sekali
    • 40 – 49 tahun: setiap 6 bulan sekali
    • 50 – 64 tahun: setiap 6 bulan sekali
    • 65 tahun dan ke atas: setiap 6 bulan sekali

    18. Pengesanan kesihatan mental

    • 18 – 39 tahun: lakukan perbincangan bersama doktor dan jururawat
    • 40 – 49 tahun: lakukan perbincangan bersama doktor dan jururawat
    • 50 – 64 tahun: lakukan perbincangan bersama doktor dan jururawat
    • 65 tahun dan ke atas: lakukan perbincangan bersama doktor dan jururawat

    19. Vaksin influenza

    imunisasi badan

    • 18 – 39 tahun: lakukan perbincangan bersama doktor dan jururawat
    • 40 – 49 tahun: lakukan perbincangan bersama doktor dan jururawat
    • 50 – 64 tahun: setiap tahun
    • 65 tahun dan ke atas: setiap tahun

    20. Vaksin pneumokokal

    • 18 – 39 tahun: tiada
    • 40 – 49 tahun: tiada
    • 50 – 64 tahun: tiada
    • 65 tahun dan ke atas: sekali sahaja

    21. Vaksin tambahan untuk difteria dan tetanus

    • 18 – 39 tahun: setiap 10 tahun
    • 40 – 49 tahun: setiap 10 tahun
    • 50 – 64 tahun: setiap 10 tahun
    • 65 tahun dan ke atas: setiap 10 tahun

    Semoga senarai ini dapat membantu anda untuk membuat perancangan yang lebih baik dalam menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan imunisasi badan. 

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/04/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan