backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Kenapa Lelaki Alami Ejakulasi Pramatang Atau Pancut Cepat? 2 Faktor Ini Jadi Puncanya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 08/11/2022

    Kenapa Lelaki Alami Ejakulasi Pramatang Atau Pancut Cepat? 2 Faktor Ini Jadi Puncanya!

    Tidak kira apa jua alasannya, ejakulasi pramatang adalah satu masalah yang cukup mengecewakan baik untuk si penghidap mahupun pasangan mereka. Rasa gementar dan gemuruh acap kali menjadi punca cepat pancut dalam kalangan kaum Adam.

    Ejakulasi pramatang merujuk kepada kecenderungan seseorang lelaki itu untuk mengalami ejakulasi dengan terlalu cepat atau dengan rangsangan seksual yang sedikit, lazimnya apa proses hubungan seks itu baru sahaja bermula.

    Terlalu cepat ‘pancut’ adalah masalah seksual lelaki yang paling lazim.

    Anggaran profesional perubatan meletakkan sekitar 20 hingga 30% daripada kaum adam mengalami masalah ejakulasi pramatang pada satu-satu masa dalam hidup mereka.

    Lelaki yang hidup dengan masalah ini berdepan dengan cabaran emosi yang kuat. Mereka rasa tertekan, kekok dan rasa hilang kawalan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.

    Punca cepat pancut

    ejakulasi pramatang

    Punca cepat pancut boleh disebabkan oleh faktor biologi atau psikologi atau kedua-duanya sekali.

    Faktor Psikologi

    Punca psikologi adalah seperti berikut:

  • Pengalaman seksual yang kerap membabitkan elemen keresahan, keseronokan dan keperluan untuk melakukannya dengan cepat untuk mengelakkan daripada ditangkap. Lelaki sangat sensitif terhadap keseronokan seksual dan sukar untuk menahan atau meperlahankan rentak apabila seks tersebut menyeronokkan.
  • Keresahan tentang masalah hidup yang lain atau masalah prestasi seksual. Keresahan ini mampu menyebabkan stimulasi berlebihan yang membawa kepada ejakulasi pramatang.
  • Kerisauan akan ereksi disfungsi. Lelaki kerap risau jika mereka tidak mampu untuk mendapatkan atau mengekalkan ereksi mereka dalam jangka masa yang lama, mendorong mereka untuk tergesa-gesa memberi rangsangan kepada zakar mereka sehingga berlakunya ejakulasi pramatang.
  • Faktor Biologi

    Punca Biologi ini berlaku termasuklah:

    • Paras hormon yang tidak seimbang atau stabil
    • Kecederaan atau masalah sistem saraf
    • Penggunaan ubat atau dadah
    • Paras serotonin yang rendah
    • Kondisi abnormal yang mempengaruhi sistem ejakulatori
    • Masalah Tiroid
    • Keradangan atau jangkitan kepada organ reproduktif, khususnya bahagian prostat atau uretra
    • Diabetes dan/atau penyakit jantung

    Baca juga:

    Rawatan dan cara atasi punca cepat pancut

    punca cepat pancut

    Lelaki yang menghidap ejakulasi pramatang atas sebab-sebab psikologi perlu pertimbangkan terapi tingkah laku.

    Melancap sejam atau dua sebelum melakukan seks mungkin membantu untuk melengahkan ejakulasi anda, sehingga anda berdua boleh klimaks pada masa yang sama.

    Anda juga mungkin tidak perlu terlalu fokus pada seks, sebaliknya, cuba rangsangan seksual yang lain, berikan diri anda masa untuk mengatasi kegelisahan atau rasa gementar akan prestasi seksual.

    Ada beberapa cara bagi membantu mengatasi punca cepat pancut:

    • Kaedah berhenti dan mula. Apabila seorang lelaki itu rasa terangsang dan seakan hampir klimaks, cuba untuk kurangkan stimulasi. Inicmungkin membabitkan mengeluarkan zakar atau berdiam diri seketika tanpa pergerakan tambahan. Apabila rasa ingin pancut itu telah hilang, mula semula sorongan zakar ketika seks.
    • Teknik kemutan. Bila si lelaki ingin klimaks, wanita kemutkan sekuat mungkin kemaluannya dan arahkan si lelaki berhenti menyorong. Kemutan ini akan mengelakkan ejakulasi dan ulang semula perkara ini secara berkala. Selepas rasa ingin klimaks berhenti, boleh sambung semula seks.
    • Gunakan kondom. Kondom akan mengurangkan stimulasi ke atas zakar lelaki, membolehkan mereka tahan lebih lama.
    • Pelincir penyahpekaan (desensitising lubricant). Ini adalah pelincir yang mengandungi anestetik ringan yang akan mengebaskan kulit zakar buat seketika.
    • Ubat-ubatan. Ubatan antimurung berupaya untuk mengganggu atau melengahkan klimaks seseorang lelaki.

    Akhir sekali, cuba fikirkan sesuatu selain daripada seks apabila ingin klimaks, dengan harapan dapat mengurangkan momentum stimulasi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 08/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan