backup og meta

Cara Atasi Azoospermia, Kondisi Sperma Tak Keluar Dalam Air Mani

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/10/2022

    Cara Atasi Azoospermia, Kondisi Sperma Tak Keluar Dalam Air Mani

    Anda pernah terdengar atau terbaca mengenai apa itu azoospermia? Untuk pengetahuan anda, ia adalah kondisi yang boleh berlaku pada sperma lelaki yang seterusnya akan mengakibatkan masalah kesuburan.

    Masalah kesuburan tentu sahaja adalah masalah yang biasa dalam kehidupan rumah tangga. Masalah ini akan membawa kepada pelbagai implikasi yang lain seperti pergaduhan dan seterusnya penceraian.

    Kebanyakan individu akan menyalahkan kaum wanita setiap kali berbicara perihal kesuburan. Namun ramai yang tidak tahu sebenarnya lelaki juga tidak boleh terlepas begitu sahaja.

    Antara masalah kesuburan utama yang menyebabkan ketidaksuburan bagi lelaki adalah azoospermia. Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai apa itu azoospermia dengan lebih lanjut! 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu azoospermia?

    apa itu azoospermia

    Azoospermia merupakan satu kondisi membimbangkan yang berkaitan dengan pengeluaran dan penghasilan sperma lelaki. Kondisi ini merujuk kepada keadaan air mani lelaki yang tidak mempunyai kandungan sperma.

    Kebiasaannya, sperma akan dihasilkan di dalam testis lelaki dan akan dikeluarkan dalam bentuk air mani apabila lelaki mencapai tahap ejakulasi.

    Sekiranya proses ini tidak berlaku, ini mungkin menunjukkan anda menghidap azoospermia!

    Menurut kajian, kondisi ini menyerang sekurang-kurangnya 5 hingga 10 peratus daripada lelaki yang disahkan mengalami masalah kesuburan.

    Sebagai seorang lelaki, anda mungkin semula jadi dilahirkan dengan kondisi ini atau kondisi ini mungkin berlaku apabila anda meningkat usia dewasa kelak.

    Bagaimana mengesan kondisi ini?

    Apa itu azoospermia sebenarnya boleh dirawat sekiranya berjaya dikesan lebih awal. Kondisi ini boleh didiagnosis menggunakan sampel sperma daripada lelaki.

    Sampel sperma ini kemudian akan dianalisis oleh pihak makmal untuk menentukan jenis azoospermia mana yang anda mungkin hadapi. Selain itu, terdapat juga prosedur diagnosis yang lain iaitu:

    • Pemeriksaan fizikal
    • Pemeriksaan alat sulit menggunakan MRI dan CT
    • Ujian hormon
    • Ujian genetik

    Apa itu azoospermia – Jenis dan punca ia berlaku

    apa itu azoospermia

    #1. Obstructive Azoospermia (OA)

    Kondisi ini merupakan kondisi sperma dihasilkan dengan normal di dalam testis tetapi terdapat halangan yang menyebabkan sperma tidak dapat dikeluarkan. Kondisi ini berpunca daripada:

    • Genetik
    • Kongenital
    • Prosedur Vasektomi
    • Infeksi pada testis, kelenjar prostat dan saluran reproduktif yang lain
    • Penyakit Chlamydia
    • Komplikasi pembedahan

    #2. Non-Obstructive Azoospermia (NOA)

    Kondisi ini merupakan kondisi penghasilan sperma yang sedikit atau tiada langsung penghasilan sperma. Kondisi ini berpunca daripada:

    • Genetik
    • Varicocele
    • Hypospermatogenesis
    • Maturation Arrest

    Adakah kondisi ini boleh dirawat?

    Bagi lelaki yang mengalami kondisi obstructive azoospermia, kondisi ini boleh dirawat dengan pembedahan mikro dengan membuang halangan yang menyebabkan sperma tersekat di dalam sistem reproduktif.

    Bagi lelaki yang mengalami kondisi non-obstructive azoospermia, kondisi ini boleh dirawat dengan pengambilan ubat-ubatan, rawatan hormon serta perubahan gaya hidup. Selain itu, prosedur pengekstrakan sperma juga boleh dilakukan untuk membantu mereka yang mempunyai masalah ini.

    Adakah anda mengesyaki diri anda sendiri mempunyai masalah ini? Jangan bertangguh lagi, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis, rawatan dan bantuan yang diperlukan okay!

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan