Kepentingan Vitamin K Untuk Kesihatan

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Vitamin K adalah  kumpulan sebatian, terdiri daripada vitamin K1 dan vitamin K2. Vitamin K1 diperolehi daripada sayuran berdaun dan beberapa jenis sayuran lain. Manakala vitamin K2 adalah kumpulan sebatian yang diperolehi daripada daging, keju, dan telur. Jadi apakah kepentingan vitamin K untuk kesihatan?

Vitamin K memainkan fungsi penting dalam membantu proses pembekuan darah, mencegah pendarahan berlebihan. Berbeza dengan vitamin yang lain, vitamin K jarang digunakan sebagai makanan tambahan.

Mengapa perlu mengambil vitamin K?

Tahap vitamin K yang rendah boleh menimbulkan risiko pendarahan yang tidak terkawal. Kekurangan vitamin ini kurang terjadi dalam kalangan individu dewasa, tetapi ia kerap berlaku kepada bayi baru lahir. Satu suntikan vitamin K kepada bayi baru lahir adalah sesuatu yang normal dan standard. Vitamin K juga digunakan untuk mengatasi darah nipis Coumadin yang berlebihan.

Walaupun kekurangan vitamin K adalah antara kes yang jarang berlaku, tetapi anda berisiko untuk menghidapinya jika anda:

  • Mempunyai penyakit yang menjejaskan penyerapan dalam saluran pencernaan, seperti penyakit Crohn 
  • Pengambilan ubatan yang mengganggu penyerapan vitamin K
  • Mengalami masalah kekurangan zat makanan yang agak kronik
  • Minum alkohol secara berlebihan

Dalam kes seperti di atas, pakar perubatan mungkin akan mencadangkan suplemen vitamin K.

Bolehkan vitamin K diperoleh dari makanan semula jadi?

Vitamin K boleh didapati dalam sumber makanan semula jadi seperti:

  • Sayuran seperti bayam, asparagus dan brokoli
  • Kekacang seperti kacang hijau

Makanan yang mempunyai sedikit kandungan vitamin K juga bagus untuk memenuhi keperluan harian anda, seperti:

  • Telur
  • Strawberi
  • Daging seperti hati

Manfaat vitamin K untuk kesihatan

Vitamin K membawa fungsi dan peranan yang berbeza pada tubuh. Antara manfaatnya adalah seperti:

  1. Kesihatan tulang

Dikatakan mungkin terdapat perkaitan antara pengambilan vitamin K yang rendah dengan osteoporosis. Beberapa kajian menunjukkan vitamin K memberi sokongan terdapat pengawalan dan pembaikan tulang yang kuat, meningkatkan kepadatan tulang dan mengurangkan risiko patah tulang.

  1. Kesihatan kognitif

Peningkatan kandungan vitamin K dalam tahap darah dikaitkan dengan memori episod yang lebih baik kepada individu dewasa yang lebih berusia. Dalam kajian yang dijalankan, individu berusia lebih 70 tahun dengan kadar kandungan vitamin K yang tertinggi, mempunyai tahap ingatan dan memori episod yang tertinggi.

  1. Kesihatan jantung

Vitamin K membantu menurunkan tekanan darah, dengan mencegah mineralisasi – mineral terhasil di arteri – ini membolehkan jantung mengepam darah secara bebas pada seluruh bahagian tubuh.

Masalah mineralisasi juga berlaku seiring dengan peningkatan usia dan ia merupakan faktor risiko utama untuk penyakit jantung. Pengambilan vitamin K yang mencukupi dapat mengurangkan risiko strok.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Februari 20, 2019 | Kali terakhir kemaskini: November 27, 2019

Rujukan