backup og meta

Setiap Kali Haid Mesti Rasa Kekejangan Perut, Ini 10 Cara Untuk Melegakan Keadaan Itu

Setiap Kali Haid Mesti Rasa Kekejangan Perut, Ini 10 Cara Untuk Melegakan Keadaan Itu

Sebagai seorang wanita, pasti anda penah mengalami sakit perut ketika haid, bukan? Sampai terpaksa bercuti daripada rutin kehidupan anda. 

Misalnya anda mungkin tidak dapat beribadat, berkerja, bersukan atau bersantai dengan tenang akibat daripada kekejangan semasa haid atau sakit perut ketika haid ini. Jadi, apakah yang perlu anda lakukan?

Untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut, sila ikuti artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Sakit perut ketika haid – Apa punca kekejangan itu terjadi? 

Kekejangan semasa wanita datang bulan berlaku adalah disebabkan oleh kontraksi pada otot rahim. Jika kontraksi itu terlalu kuat semasa kitaran haid, ia akan memberi tekanan kepadasaluran darah yang terdekat.

Disebabkan itu, bekalan oksigen kepada rahim akan tersekat atau terputus terus. Inilah punca mengapa wanita boleh mengalami kekejangan semasa haid.

Pun begitu, mesti anda akan berasa hairan mengapa hanya sesetengah wanita yang mengalaminya sementara sesetengah lagi tidak pernah mengadu sakit semasa datang bulan. Sebenarnya, terdapat beberapa lagi faktor lain yang boleh mempengaruhi wanita mengalami kekejangan semasa datang bulan, termasuklah:

Sakit perut ketika haid – Apa yang perlu anda lakukan?

Kekejangan semasa datang bulan ini sudah pasti sangat mengganggu anda, bukan? Sebenarnya, terdapat beberapa cara yang boleh anda gunakan, seperti:

#1. Ambil ubat tahan sakit

sakit perut ketika haid

Salah satu cara yang terbukti berkesan secara klinikal adalah dengan mengambil ubatan tahan sakit seperti ibuprofen (Advil, Motrin IB) atau naproxen sodium (Aleve).

Pun begitu, pastikan anda telah berjumpa dan berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya untuk memastikan anda mengambil ubatan dengan jenis dan dos yang betul. 

#2. Ambil ubatan kawalan hormon

Selain ubat tahan sakit, anda juga boleh mengambil ubat kawalan hormon, dengan nasihat doktor! Ubatan jenis ini mengandungi hormon yang akan mengawal atau menghalang ovulasi daripada berlaku sekali gus dapat melegakan kekejangan semasa haid. Anda boleh mengambil ubatan ini dalam bentuk pil, suntikan, tampalan atau implan yang dipasang pada ketiak.

#3. Ambil suplemen

Anda juga boleh cuba ambil suplemen yang dijual di farmasi atau pusat perubatan yang berdaftar di negara kita. Menurut banyak kajian, suplemen seperti vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, magnesium dan asid lemak omega-3 mungkin boleh membantu mengurangkan sakit perut ketika haid. 

#4. Guna haba pada badan

Buat anda yang tertanya-tanya, guna haba pada badan ini bermaksud meletakkan sesuatu yang hangat ke bahagian abdomen dan belakang bawah anda untuk melegakan sakit perut ketika haid. 

Menurut kajian pada 2012 yang berfokuskan 147 wanita berusia 18 ke 30 tahun, penggunaan penampal haba (heat patch) pada suhu 104°F bersamaan dengan 40°C adalah sama efektif dengan pengambilan iburofen.

Anda juga boleh gunakan alternatif yang lebih mudah seperti menuam tuala yang hangat atau mandi air panas. Senang, bukan?

#5. Orgasma 

Menurut Dr. Barry Komusaruk, seorang profesor psikologi dari Rutgers University mengatakan bahawa orgasma dapat membantu mengurangkan kekejangan semasa datang bulan kerana sensasi yang dirasakan pada klitoris akan memberi kesan kepada keseluruhan tubuh badan termasuklah saraf tunjang lantas mengeluarkan pemancar neuron seperti endofin dan oksitoksin yang dapat membantu mengubah persepsi kesakitan.

#6. Akupuntur

Akupuntur sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Cina tradisional dan ia sangat bermanfaat untuk memberi kesan positif kepada kesihatan individu secara umumnya dengan hanya menggunakan jarum dan titik strategik pada tubuh badan manusia. Menurut kajian, ia juga dikatakan dapat melegakan kekejangan semasa datang bulan. 

#7. Elektrod

Cara ini mungkin agak terkini berbanding cara yang lain dan belum ramai yang mengetahuinya. Teknik yang dikenali sebagai Transcutaneous electrical nerve stimulation (TENS) ini berfungsi dengan melekatkan penampal yang mempunyai elektrod pada kulit dikatakan dapat merangsang sistem saraf manusia untuk mengeluarkan hormon endorfin dalam tubuh badan.

#8. Herba

sakit perut ketika haid

Sebenarnya, terdapat banyak herba yang boleh anda gunakan untuk melegakan kekejangan semasa datang bulan seperti teh chamomile, jintan manis, kayu manis, halia dan pycnogenol. Pun begitu, penggunaan herba ini mungkin hanya sekadar plasebo dan pelbagai lagi kajian lanjutan perlu dijalankan.

#9. Jalani kehidupan yang sihat

Buat wanita yang sering mengalami kekejangan semasa haid, anda perlu perhatikan semula gaya hidup anda. Sebaiknya, tinggalkan rokok dan minuman keras buat selama-lamanya. Sebaliknya, bersenam selalu agar kesihatan anda secara umum dapat dipertingkatkan. Selain itu, cuba elakkan diri daripada tekanan yang berlebihan.

#10. Pembedahan bila sakit perut ketika haid 

Pilihan terakhir yang wujud adalah pembedahan. Jika kekejangan semasa haid anda disebabkan oleh kondisi seperti endometriosis, adenomyosis atau ketumbuhan, pembedahan merupakan satu-satunya cara yang boleh anda lakukan.

Sebaiknya, dapatkan khidmat nasihat daripada doktor pakar terlebih dahulu sebelum melakukannya atau sebarang rawatan lanjutan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Menstrual Cramps. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/menstrual-cramps/symptoms-causes/syc-20374938. Accessed on September 6, 2019.
  2. What can I do about cramps and PMS?. https://www.plannedparenthood.org/learn/health-and-wellness/menstruation/what-can-i-do-about-cramps-and-pms. Accessed on September 6, 2019.
  3. Home remedies for menstrual cramps. https://www.homeremedies.io/home-remedies-for-menstrual-cramps/Accessed on September 6, 2019.
  4. Dysmenorrhea.https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/dysmenorrhea. Accessed on September 6, 2019. 
  5. Reasons for painful cramps. https://flo.health/menstrual-cycle/health/period/reasons-for-painful-cramps. Accessed on September 6, 2019.

 

 

Versi Terbaru

21/06/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Haid Wanita Boleh Terganggu Jika Mengalami Demam Denggi? Adakah Ini Tanda Bahaya?

Petua Nak Cepat 'Lekat', Kena Bersetubuh Sehari Lepas Isteri Habis Haid, Menjadi Ke?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan