Yoga: Kaedah Menenangkan Diri Untuk Pesakit Kanser

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019

Bolehkah pesakit kanser menjalankan aktiviti yoga? Adakah aktiviti yoga memberi manfaat kepada pesakit kanser? Persoalan ini kerap muncul dalam penjagaan kanser. Dalam Kongres Kanser Dunia 2018, Pengarah Klinikal Onkologi Integratif dari Columbia University Medical Center, Leigh Leibel menyatakan bahawa yoga bukan sekadar aktiviti fizikal, malah aktiviti ini meliputi pelbagai aspek dan mempunyai manfaat tersendiri dalam mengurus emosi serta menenangkan diri untuk pesakit kanser.

Apa itu Yoga?

Yoga berasal dari India. Dalam Bahasa Sanskrit, perkataan ‘yoga’ bermaksud kesatuan. Yoga merupakan disiplin fizikal, mental, dan rohani. Dalam perkataan lain, aktiviti ini adalah penyatuan badan dan minda. Terdapat tiga kategori yoga, iaitu senaman ‘posture-holding’ (Asana), pernafasan (Pranayama), dan meditasi (Dhyana).

Asana merupakan aktiviti fizikal yoga yang meliputi pelbagai postur seperti Marjaryasana, Balasana, dan Savasana. Pranayama merupakan teknik pernafasan manakala Dhyana adalah teknik untuk fokus minda. Gabungan ketiga-tiga kategori ini adalah disyorkan supaya dapat memaksimakan manfaatnya kepada badan dan minda.

Yoga telah muncul sebagai suatu modul gaya hidup yang penting untuk mencapai tahap kesihatan yang holistik. Aktiviti ini dapat memberi manfaat dalam aspek fisiologi dan psikologi. Lantaran itu, yoga dilihat berpotensi dijadikan rutin oleh pesakit kanser dalam mengurus kesakitan yang ditanggung dan menyiapkan mental mereka agar lebih kental dalam menghadapi kanser.

Berikut merupakan kesan fisiologi yoga bagi mereka yang mengamalkannya:

  • Mengurangkan kadar jantung semasa berehat dan tekanan darah
  • Mengurangkan indeks jisim badan
  • Mengurangkan bacaan gula, jumlah kolesterol, lemak, dan kolesterol buruk dalam darah
  • Meningkatkan kolesterol yang baik.

Yoga turut memberi manfaat kepada kesihatan mental dengan memberi kesan psikologi berikut:

  •  Mengurangkan perasaan marah, murung, dan letih
  • Mengurangkan ketegangan dan kebimbangan
  • Berfaedah kepada kesihatan mental dan kognitif
  • Meningkatkan tindak balas

Mengapa yoga satu nilai tambah dalam rawatan dan penjagaan kanser?

Kebanyakan pesakit berasa tertekan apabila menerima diagnosis daripada doktor mengenai kehadiran kanser dalam tubuh badan mereka. Tekanan ini akan memburukkan keadaan mereka sehingga ada yang mungkin hilang pertimbangan mahupun semangat untuk terus hidup.

Selain dalam keadaan yang resah, berikut simptom tekanan dalam kalangan pesakit kanser juga berlaku:

  • Letih
  • Loya
  • Sembelit
  • Cirit-birit

Menurut Dr Raghavendra Rao dari Healthcare Global Hospital, India, pesakit kanser yang menjalankan aktiviti yoga dapat meningkatkan kualiti emosi dan tidur, serta mengurangkan keletihan dalam jangka panjang. Aktiviti yoga juga didapati berkait dengan kadar kerosakan DNA yang lebih rendah dengan membantu pemulihan sel dalam badan.   

Ketenangan amatlah penting bagi pesakit kanser kerana kebimbangan dan ketegangan akan menjejaskan rawatan kanser. Dengan menjalankan aktiviti yoga, pesakit kanser dapat menenangkan emosi dan membolehkan rawatan kanser lebih cekap dan berkesan. Di samping itu, pesakit kanser yang lebih tenang mempunyai kadar kualiti hidup lebih baik berbanding pesakit kanser yang mempunyai masalah dalam menguruskan emosi mereka. Pesakit kanser yang lebih tenang juga berfikiran positif dan mempunyai hubungan lebih mesra dengan sistem sokongan mereka, sekaligus menyediakan suasana rawatan dan penjagaan kanser yang lebih kondusif dan efektif.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ingatkan Senggugut, Rupanya Ini Tanda Kanser Rahim Yang Selalu Wanita Tersilap: Ada 15 Kena Peka

    Kanser rahim merupakan penyakit kanser yang lazim dialami oleh wanita di seluruh dunia. Berikut adalah 15 tanda anda menghidap kanser rahim.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    AWAS, Ini 5 Penyakit Kronik Berisiko Tinggi Terjadi Akibat Psoriasis Yang Tidak Dirawat!

    Terdapat banyak kesan penyakit psoriasis. Selain mengakibatkan keradangan pada tubuh badan, ia juga berisiko menyebabkan 5 penyakit kronik ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Zzzz… 7 Manfaat Tidur Malam Yang Wajib Anda Tahu! Yang Terakhir ‘Confirm’ Anda Suka

    Selalunya kita memandang remeh tentang kepentingan tidur. Tetapi sebenarnya ada 7 manfaat tidur malam yang perlu anda ketahui.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Risiko Kanser Serviks Tetap Ada Walaupun Sudah Vaksin! Ini Sebabnya Anda Perlu Sentiasa Lakukan Pap Smear

    Tahukah anda, anda masih berisiko untuk mendapat kanser serviks walaupun telah mengambil vaksin HPV? Apakah cara untuk mencegahnya dengan lebih awal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    bahaya seks oral

    ALAMAK… Seks Oral Pun Boleh Jadi Punca Kanser? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/05/2020
    ujian pap smear

    Nak Elak Kanser Serviks? Buat Ujian Pap Smear Sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 19/05/2020
    pemanis buatan

    Anda Pilih Sweetener Berbanding Gula? Ada 8 Jenis Pemanis Tiruan, Malah Lebih Manis Dari Gula Biasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 14/05/2020
    tanda kanser rahim

    Ini 7 Golongan Berisiko Dapat Kanser Rahim- Termasuk Wanita Yang Tak Pernah Hamil, Jaga-jaga!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/05/2020