Kerap Bersenam Menyebabkan Fungsi Otak Terganggu?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 28/11/2019

Sebuah kajian di Perancis mendapati kerap bersenam pada keamatan tinggi bukan sahaja menyebabkan badan menjadi lesu, ia juga boleh mengganggu fungsi kognitif otak. Pengkaji mendapati kawalan impuls dan keupayaan atlet untuk membuat keputusan secara rasional terjejas dengan teruknya apabila berlatih pada aras tinggi terlalu lama.

Merungkai kaitan fizikal dan mental

Idea asal untuk kajian ini mula diusulkan oleh Institut Sukan, Kepakaran dan Prestasi Kebangsaan Perancis (INSEP). Pusat ini bertanggungjawab untuk melatih atlet negara mereka bagi temasya sukan besar seperti sukan Olimpik. Selepas menjalani latihan yang berkeamatan tinggi, para atlet mengalami overtraining syndrome, menyebabkan prestasi mereka merudum. Pasukan pengkaji yang diketuai oleh Dr Bastien Blain mahu melihat, sama ada kelesuan yang sama turut dialami oleh otak atlet akibat daripada rejim latihan aras tinggi.

Bagi tujuan itu, 37 atlet sukan ketahanan (endurance) kompetitif diambil sebagai peserta dengan purata usia 35 tahun. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan dan diberikan tugas yang berbeza – sama ada untuk meneruskan latihan biasa mereka atau untuk berlatih 40% lebih tinggi berbanding kadar latihan biasa mereka, selama 3 minggu. 

Melihat fungsi kognitif otak

Penilaian subjektif peserta berkaitan tahap kelesuan mereka direkodkan melalui borang kaji selidik dalam setiap 2 hari. Pada hari rehat (tiada latihan), para peserta dikehendaki menjalani siri latihan kognitif untuk menilai keupayaan mereka untuk membuat keputusan. Antara soalan yang diajukan adalah sama ada mereka lebih menginginkan hadiah wang tunai yang kecil jumlahnya atau mahukan nilai yang lebih besar tetapi perlu menunggu tempoh yang lebih lama. Pada masa yang sama, imbasan MRI dilakukan untuk melihat apa yang berlaku di dalam otak peserta semasa menjalani ujian kognitif. 

Keputusan kajian tersebut mendapati atlet yang menjalani lebih banyak latihan, bertindak dengan kawalan impuls yang minimum dan cenderung untuk memilih ganjaran jangka pendek berbanding ganjaran yang lebih besar tetapi sedikit lama untuk didapatkan. Ini selari dengan imbasan MRI yang dilakukan terhadap otak peserta. Imbasan mendapati terdapat pengurangan dalam rangsangan dan aktiviti kawasan prefrontal otak. Kawasan prefrontal otak ini bertanggungjawab untuk menguruskan kawalan impuls seseorang dan dalam membuat keputusan yang rasional.

Menahan isyarat badan memerlukan kekuatan otak

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Current Biology ini mencadangkan bahawa kedua-dua usaha fizikal dan mental memerlukan kawalan kognitif. Kerap bersenam pada tahap yang tinggi akan memerlukan kawalan kognitif yang banyak. Desakan kawalan kognitif yang berterusan ini akan menyebabkan kepenatan tubuh dan juga otak. Kawalan kognitif yang banyak dan berterusan ini digunakan untuk menekan isyarat fizikal seperti rasa sakit dan keletihan badan. 

Sebagai rumusan, walaupun sukan ketahanan seperti berbasikal dan berlari itu secara amnya bagus untuk kesihatan, kajian ini menyokong pendapat bahawa berlebihan dalam bersenam boleh mengakibatkan kesan buruk kepada otak. Seperti perkara lain dalam kehidupan, lakukannya dalam kadar yang sederhana. Jika anda merasakan diri anda terlalu kerap bersenam, pastikan anda mendapatkan rehat yang secukupnya dan menyusun jadual latihan yang lebih longgar.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ketahui, Makan Sihat Bukan Hanya Untuk Badan, Tetapi Juga Untuk Mental Anda!

    Makan secara sihat bukan sahaja untuk kecantikan fizikal, malah untuk kesejahteraan mental anda. Percaya atau tidak, makanan boleh mempengaruhi mood anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Nak Lebih Sihat Dengan Cara Mudah? Cuba Mula Dengan Makan Popcorn!

    Ambil bertih jagung (popcorn) sebagai snek untuk kekal sihat? Tak percaya? Teruskan membaca untuk mengetahui selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Berdasarkan Kajian, Kanak-kanak Sekolah Rendah Kurang Bersenam

    Bersenam itu satu aktiviti fizikal yang baik untuk kesihatan, bukan? Malahan untuk kanak-kanak, ia seharusnya menjadi satu aktiviti yang menyeronokkan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    BMI Sana, BMI Sini. Apakah Sebenarnya BMI Ni?

    Ramai yang selalu menyebut BMI apabila bercakap mengenai berat badan masing-masing. Tetapi apakah sebenarnya yang disebut sebagai BMI ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    7-cara-mengatasi-kegelisahan

    Mudah Rasa Cemas dan Gelisah? Ini Cara Hilangkannya, Jangan Sampai Jadi Stres

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/04/2020
    tahun baru cina

    Apa Lagi Yang Boleh Anda Lakukan Semasa Cuti Tahun Baru Cina?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/01/2020
    pengambilan-suplemen-ganti-senaman

    Bolehkah Pengambilan Suplemen Menggantikan Senaman?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/01/2020
    salah-faham-tentang-senaman

    Ini Salah Faham Tentang Senaman Yang Menjadi Kepercayaan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/01/2020