Adakah Terlalu Banyak Tidur Tanda Kemurungan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 mins read

Adakah anda selalu tidur lebih lama dari biasanya? Jika ada, ia mungkin adalah tanda kemurungan. Masalah tidur dan kemurungan mempunyai faktor risiko dan ciri-ciri biologi yang sama. Masalah tidur juga boleh dikaitkan dengan penyakit depresi yang serius.

Apakah Hubungan Antara Tidur dan Kemurungan?

Masalah tidur merupakan salah satu tanda utama untuk kemurungan. Apabila rasa tertekan, sama ada anda akan tidur terlalu lama atau tidak cukup tidur. Terlebih tidur atau dikenali sebagai hipersomnia, merupakan suatu gangguan tidur. Kurang tidur atau dikenali sebagai insomnia, adalah gejala biasa bagi individu yang tertekan. Walau bagaimanapun, individu yang kurang tidur mempunyai risiko sebanyak 10 kali ganda lebih tinggi untuk menghidapi kemurungan berbanding dengan mereka yang cukup tidur.

Kita semua pasti akan berasa sedih dari semasa ke semasa, tetapi kesedihan yang bertempoh panjang akan menyebabkan kita berada dalam keadaan tegang dan tertekan.

Simptom kemurungan termasuk:

  • Berasa sedih atau bersalah
  • Berasa diri sendiri tidak berharapan dan bernilai
  • Berasa letih, cemas, dan mudah marah
  • Hilang minat untuk perkara yang menyeronokkan
  • Tidak berlarat
  • Susah untuk fokus, fikir atau buat keputusan
  • Perubahan selera makan yang membawa perubahan berat badan
  • Keperluan untuk tidur bertambah atau menurun

Jika anda ada sekurang-kurangnya lima simptom di atas selama dua minggu atau lebih, anda harus berjumpa dengan doktor untuk mendapat diagnosis yang sesuai.

Kenapa Tidur Amat Penting?

Bukan semua individu yang terlalu banyak tidur mempunyai gangguan tidur. Ia mungkin disebabkan oleh pengambilan bahan-bahan tertentu seperti alkohol dan ubat. Terdapat juga individu yang semata-mata ingin tidur lama.

Walau bagaimanapun, terlalu banyak tidur mempunyai kesan terhadap kesihatan kita.

Diabetes

Individu yang terlalu banyak tidur atau tidak cukup tidur mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk penyakit diabetes.

Obesiti

Terlebih tidur boleh mencetuskan kepada kenaikan berat badan. Suatu kajian telah membuktikan bahawa sebanyak 21% individu yang tidur selama 9 atau 10 jam sehari akan menjadi obes dalam tempoh 6 tahun, berbanding dengan individu yang tidur selama 7 hingga 8 jam.

Sakit Kepala

Anda mungkin beranggapan bahawa tidur dapat mengurangkan sakit kepala. Tetapi, tidur lama semasa hujung minggu atau cuti akan menyebabkan sakit kepala. Terlalu banyak tidur akan menjejaskan neurotransmitter dalam otak yang akan menyebabkan sakit kepala pada waktu pagi.

Sakit Belakang

Pada masa lalu, individu yang sakit belakang adalah dinasihatkan untuk banyak berehat. Tetapi, sains moden telah membuktikan bahawa remedi ini adalah salah dan ia akan menjadikan situasi anda lebih teruk. Senaman yang kerap amat diperlukan untuk mengekalkan fleksibiliti tubuh badan. Jika anda ada sakit belakang, berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan selain daripada tidur yang mencukupi.

Kemurungan

Walaupun insomnia biasanya dikaitkan dengan kemurungan berbanding dengan terlebih tidur, kira-kira 15% individu yang tertekan adalah terlalu banyak tidur. Hal ini akan menjadikan kemurungan mereka lebih serius. Oleh itu, waktu tidur yang tetap amatlah penting untuk proses pemulihan.

Kematian

Kebanyakan kajian telah menunjukkan bahawa individu yang tidur selama 9 jam atau lebih mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang tidur selama 7 atau 8 jam sehari. Penyelidik juga menunjukkan bahawa kemurungan dan status sosioekonomi yang rendah boleh dikaitkan dengan terlebih tidur. Mereka menyatakan bahawa faktor-faktor ini boleh dikaitkan dengan pertambahan kematian dalam kalangan individu yang terlalu banyak tidur.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sering Berjaga Setiap Malam? Ini KESAN Buruk Jika Tak Tidur Sehari Hingga Lebih 3 Hari, BAHAYA!

    Susah tidur malam, isu sering dialami oleh individu dewasa. Namun tanpa disedari masalah tidak cukup tidur ini boleh mendatangkan impak bahaya kepada diri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 04/06/2020 . 3 mins read

    Dalam Sibuk Jaga Kesihatan Badan, Jangan Lupa Kesihatan Otak Anda Juga! Bahaya Jika Tak Dijaga

    Otak manusia adalah antara bahagian penting yang perlu dijaga. Terdapat beberapa cara meningkatkan kecerdasan otak yang perlu anda lakukan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Sukar Lena Jika Tidur Sekatil? Ini 5 Solusi Ideal Buat Pasangan Yang Ada Masalah Di Kamar Tidur

    Setiap pasangan berkahwin tidak dapat lari berdepan pelbagai cabaran dan masalah. Salah satunya adalah masalah tidur. Jangan bimbang, ada 5 cara atasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 21/05/2020 . 3 mins read

    Bila Meroyan Akan Berakhir? Awas! Usah Biarkan, Ia Boleh Berlanjutan Jika Tak Dirawat

    Meroyan atau kemurungan selepas bersalin, perkara yang boleh berlaku kepada setiap wanita melahirkan anak. Mengendahkannya boleh menyebabkan ia berlanjutan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 15/05/2020 . 3 mins read

    Artikel lain untuk anda

    patah hati

    Sakitnya Rasa Putus Cinta, Apa Kesan Patah Hati Pada Kesihatan Diri?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 06/07/2020 . 3 mins read
    hubungan seks mengecewakan

    Pssttt! Rahsia Seks Kencang Ada Di Kamar Tidur, Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/06/2020 . 3 mins read
    manfaat-meditasi-berjalan

    Nak Elak Pergi Gim Sepanjang PKPP Ini? Apa Kata Lakukan Meditasi Berjalan, Mudah & Banyak Manfaat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/06/2020 . 3 mins read
    risiko-masalah-kesihatan-lelaki

    Ada 7 Penyakit Yang Sering Dialami Kaum Adam, Beri Perhatian Awal Sebelum Terkena!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/06/2020 . 3 mins read