Kenapa Tak Boleh Minum Air Laut?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/03/2020 . 3 minit bacaan

Pernah tak anda terminum air laut? Orang kata kalau haus, minum air. Itu memang nasihat yang biasa kita dengar. Tapi, kenapa lepas minum air laut rasa lagi haus daripada biasa? 

Ada juga individu yang sakit tekak dan mengalami simptom haus yang teramat setelah minum air laut. Ikuti artikel ini untuk penjelasan selanjutnya.

Paradoks minum air laut

haus

Buah pinggang merupakan organ perkumuhan penting bagi manusia. Ia dapat mengawal keseimbangan nutrisi mikro di dalam badan bagi mengekalkan tahap kesihatan individu pada paras optimum.

Bahan toksin, urea, bahan perkumuhan yang mengandungi nitrogen dan garam lebihan; ini merupakan contoh bahan-bahan yang dikumuhkan oleh organ buah pinggang melalui air kencing. Walaupun struktur dan fungsinya kelihatan canggih, namun tidak dinafikan bahawa ia mempunyai kelemahan tersendiri.

Buah pinggang hanya boleh menghasilkan air kencing jika kepekatan garam di dalam badan tidak melebihi 2% tetapi air laut mengandungi kira-kira 3% garam. Jika anda minum air laut, kepekatan garamnya yang tinggi akan menyebabkan proses osmosis bagi membuang lebihan garam tersebut terganggu.

Ini akan menyebabkan air keluar dari sel dalam usaha untuk mempertingkatkan jumlah air bagi membuang lebihan garam tersebut. Sel akan mengecut dan situasi ini bukanlah sesuatu yang baik. Disebabkan itu, tindakan minum air laut membentuk satu paradoks, anda menjadi semakin haus.

Namun perlu diingatkan di sini, kehausan yang dirasai bukanlah seperti apa yang dirasai ketika anda berasa haus kerana kurang minum air. Anda akan mengalami pelbagai jenis simptom mengikut kadar pengambilan air laut.

Simptom seperti lemah badan, rasa loya, berdebar-debar, darah tinggi dan delirium adalah gabungan antara tindakan fisiologi badan yang cuba untuk mengekalkan fungsi sel pada tahap optimum. Namun jika individu tersebut masih tidak minum air, komplikasi lain yang akan timbul boleh membawa maut.

Bahan kumuh hidupan akuatik dan pencemaran 

air laut

Jadi kira bolehlah kalau nak cuba minum air laut? Tunggu dulu. Bumi mempunyai 70% sumber air namun dianggarkan hanya 3% merupakan sumber air tawar yang boleh diminum. Lautan yang luas itu juga dihuni oleh kira-kira 3.5 trilion ikan. Ini bermakna terdapat banyak bahan kumuh ikan-ikan yang berlegar di dalam air laut.

Bayangkan, seekor ikan paus mampu menghasilkan kira-kira 900 liter air kencing sehari. Ditambah pula dengan manusia lain yang suka bermandi-manda di kawasan pantai. Penulis pasti mereka bukan mandi sahaja, adalah benda kumuh lain yang keluar.

Jika diambil pada kuantiti yang sedikit, ia tidak akan memudaratkan kesihatan. Ia tidak bermakna setiap kali anda tertelan air laut, anda perlu mendapatkan rawatan kesihatan. Kadangkala mereka yang sering bermandi-manda di Port Dickson atau pantai yang lain tertelan sedikit air laut ketika berenang. 

Tekak anda mungkin akan berasa kering kesan daripada kepekatan garam air yang ditelan, namun jika anda minum air secukupnya, masalah tersebut akan selesai dan lebihan garam tersebut akan dikumuhkan di dalam air kencing.

Usah risau berkenaan dengan bahan kumuh hidupan akuatik tersebut. Peluang anda untuk mendapat implikasi daripada perkara tersebut adalah sangat rendah. Namun jika diambil pada kuantiti yang banyak, masalah penyahhidratan merupakan masalah yang perlu diambil perhatian.

Konklusi

air laut

Jangan minum air laut! Ia boleh menyebabkan masalah penyahhidratan. Jika ia diambil dalam kuantiti yang banyak, simptom lain seperti hipertensi, masalah kerosakan buah pinggang dan koma boleh berlaku. Kalau anda sedar, setiap kali anda terminum air laut, anda akan berasa sakit tekak. Itu merupakan salah satu amaran awal yang dizahirkan melalui simptom badan berkenaan dengan keburukan minum air laut.

Sekiranya anda terminum air laut dalam kuantiti yang banyak dan mula menunjukkan simptom seperti yang dinyatakan di atas, segeralah berjumpa dengan doktor.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Isteri, Lepas Senggama JANGAN Terus Tidur! Ini 7 Perkara Anda Patut Buat Dulu

    Apa yang biasa kalian lakukan selepas hubungan seksual? Terus tidur? Ini yang sepatutnya anda lakukan demi penjagaan kesihatan anda berdua.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 23/04/2020 . 3 minit bacaan

    Ingin Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa? ELAKKAN 7 Benda Ini Waktu Sahur

    Bulan Ramadan sudah tiba. Anda ingin kekal bertenaga sepanjang lebih 12 jam berpuasa? Ini 7 perkara yang perlu anda elakkan pada waktu bersahur.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan, Perayaan 23/04/2020 . 3 minit bacaan

    Mak Buyung, JANGAN Abaikan Jika Anda Alami Kencing Kotor! Boleh Efek Buah Pinggang

    Kencing kotor semasa mengandung berbahaya buat ibu hamil. Oleh itu, jalanilah saringan air kencing yang disarankan oleh doktor di klinik terdekat.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 06/03/2020 . 3 minit bacaan

    Lelaki, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Perlu BERHENTI Kencing Berdiri & JANGAN Lupa Cuci Zakar!

    Kaum lelaki mungkin kerap kencing berdiri dan tidak mencuci zakar mereka setelah membuang air kecil. Tahukah anda risiko yang akan anda dapat nanti?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 28/02/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    buang air besar

    Bukan Sebab Sedih Atau Sakit Saja, Berak Pun Boleh Buat Kita Menangis?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 23/06/2020 . 3 minit bacaan
    bulan ramadhan

    Cuaca Panas Terik Di Luar Buat Badan Lesu? AWAS! Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Masa Berpuasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 18/05/2020 . 3 minit bacaan
    kencing terlalu kerap

    Kerap Kencing Mungkin Tanda Pundi Aktif, Ini 8 Makanan Perlu Ambil (Dan Elak)!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/05/2020 . 3 minit bacaan
    klasifikasi hipertensi

    Klasifikasi Hipertensi- Ini Cara Nak Tahu Tahap Keterukan Tekanan Darah Tinggi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 15/05/2020 . 3 minit bacaan