backup og meta

Hand Sanitizer Sangat Efektif Untuk Bunuh Kuman Pada Tangan: Fakta Atau Auta?

Hand Sanitizer Sangat Efektif Untuk Bunuh Kuman Pada Tangan: Fakta Atau Auta?

Kita mungkin sering menggunakan hand sanitizer, dengan tujuan untuk membasmi kuman. Walau bagaimanapun, adakah penggunaan cecair pencuci tangan ini benar-benar berkesan untuk membunuh virus? Adakah terdapat cara lain yang lebih mudah dan berkesan bagi membunuh virus pada tubuh anda?

Ikuti jawapannya melalui penulisan ini.

Hand sanitizer boleh bunuh virus flu dan Ebola?

Baru-baru ini, The Food and Drug Administration (FDA) telah mengeluarkan surat amaran kepada GOJO Industries, pengeluar produk Purell, agar menghentikan tuntutan bahawa produk cecair pencuci tangan mereka boleh membunuh virus seperti flu dan Ebola.

Menurut FDA, produk Purell yang berasaskan alkohol diperakui sebagai ubatan, tetapi belum diluluskan untuk diiklankan seperti tuntutan berikut. Di Amerika Syarikat, jenama hand sanitizer Purell ini adalah jenama yang paling popular bagi penduduk di sana.

Apa yang Purell letakkan pada botol hand sanitizer mereka?

Purell membuat tuntutan ‘Terbukti mampu membunuh 99.9% kuman pada tangan’ bagi produk-produk mereka. Untuk pengetahuan anda, tuntutan sebegini berada di kesemua botol produk, penjenamaan, laman web dan keterangan produk Purell. 

Ia adalah satu tuntutan yang sangat meyakinkan pengguna terutama sekali pada waktu di mana wabak novel coronavirus sedang merebak di seluruh dunia. Tuntutan berlebihan sebegini boleh memperdayakan pengguna yang mungkin beranggapan bahawa produk mereka boleh membunuh virus hampir 100%

Saranan CDC dan WHO

hand sanitizer

Pusat Kawalan Penyakit (CDC) dan WHO menggalakkan penggunaan air dan sabun sebagai cara utama bagi membersihkan diri anda daripada kuman dan virus. Penggunaan air dan sabun lebih berkesan menanggalkan bahan kimia berbahaya dan juga virus berbanding cecair pencuci tangan.

Jika tiada air dan sabun, maka hand sanitizer berasaskan alkohol boleh digunakan sebagai salah satu langkah-langkah pencegahan bagi jangkitan virus flu. CDC menyatakan bahawa disinfektan dengan kepekatan alkohol antara 80 hingga 90 peratus adalah ‘kuat’ atau ‘berkuasa’ dalam melemahkan kesemua enveloped virus (virus berkapsul). 

Cecair pencuci tangan berasaskan alkohol boleh mengurangkan mikrob pada tangan anda dengan lebih pantas dalam situasi tertentu, tetapi ia tidak mampu membunuh kesemua mikrob atau kuman pada tangan anda.

Hand sanitizer tidak begitu berkesan apabila tangan anda kotor dan berminyak

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa, cecair pencuci tangan berkesan dalam perkhidmatan klinikal seperti hospital, kerana tangan tidak terlalu kotor dengan tanah dan berminyak. Ini kerana, jika tangan anda berada dalam keadaan yang sangat berminyak atau kotor, penggunaan cecair pencuci tangan sememangnya tidak begitu berkesan. 

Jika tangan anda kotor dengan kesan tanah selepas bersukan, cara terbaik untuk membersihkannya daripada kuman atau virus adalah dengan menggunakan sabun dan juga air.

Hand sanitizer tidak menanggalkan bahan kimia berbahaya pada tangan anda

Berdasarkan banyak kajian yang telah dilaksanakan, cecair pencuci tangan mungkin tidak mampu untuk menanggalkan bahan kimia berbahaya daripada tangan anda. 

Dalam satu kajian, individu yang menggunakan cecair pencuci tangan untuk membersihkan tangan mereka memiliki tahap kandungan racun perosak yang lebih tinggi dalam tubuh. Oleh itu, jika tangan anda ada menyentuh bahan-bahan kimia berbahaya, basuh tangan anda dengan bersih menggunakan sabun dan juga air

Adakah hand sanitizer boleh menyebabkan mudarat jika saya tertelannya?

hand sanitizer

Kanak-kanak cenderung untuk menelan cecair pencuci tangan yang mempunyai bau yang wangi, berwarna atau memiliki pembungkusan yang menarik. Hand sanitizer perlu disimpan jauh daripada dicapai oleh kanak-kanak dan digunakan di bawah pengawasan individu dewasa. 

cecair pencuci tangan yang berasaskan ethyl alcohol (ethanol) adalah selamat jika anda menggunakannya seperti yang diarahkan. Walau bagaimanapun, ia boleh menyebabkan keracunan alkohol jika seseorang menelannya dengan kadar yang tertentu.

Kesimpulan

Jelas sekali bahawa cecair pencuci tangan tidak mampu untuk membunuh 100% kuman pada tangan anda seperti yang didakwa. Selain itu, ia juga tidak begitu berkesan bagi menanggalkan kotoran fizikal yang lebih berat seperti sisa makanan dan tanah. Oleh sebab itu, CDC menyarankan untuk kita sebaiknya mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan air. Jika tidak terdapat sabun dan air, barulah cecair pencuci tangan boleh digunakan sebagai pilihan kedua. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.dailymail.co.uk/health/article-7939753/FDA-warns-Purell-STOP-claiming-hand-sanitizer-kill-flu-Ebola.html

https://www.cdc.gov/handwashing/show-me-the-science-hand-sanitizer.html

Versi Terbaru

07/09/2020

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Suka Cabut Bulu Ketiak? Ini Cara Paling Selamat Untuk Lakukannya

Kerap Cuci Tangan Guna Air & Sabun Satu SENJATA Utama Perangi COVID-19? Bukan Hanya Hand Sanitizer!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/09/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan