Definisi
Apa itu Keracunan Alkohol?
Keracunan alkohol adalah keadaan serius apabila anda meminum alkohol dalam kuantiti yang banyak dalam jangka masa yang singkat. Minum terlalu banyak atau terlalu cepat boleh mempengaruhi pernafasan, degupan jantung, suhu badan dan reflek gag anda serta yang paling teruk boleh menyebabkan koma dan maut.
Keracunan alkohol juga boleh terjadi apabila seseorang dewasa ataupun kanak-kanak meminum produk barangan rumah yang mengandungi alkohol secara sengaja ataupun tidak sengaja.
Oleh itu, individu yang mengalami keracunan alkohol memerlukan perhatian perubatan segera.
Apakah kebarangkalian Keracunan Alkohol?
Golongan dewasa muda lebih cenderung untuk minum lebih banyak, menyebabkan pengambilan dos alkohol berlebihan. Lelaki lebih gemar minum banyak berbanding wanita, menyebabkan mereka lebih berisiko tinggi untuk pengambilan dos alkohol berlebihan.
Walau bagaimanapun, ia boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berjumpa doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom Keracunan Alkohol?
Beberapa tanda dan simptom keracunan alkohol yang biasa berlaku termasuklah:
- Keliru.
- Muntah.
- Sawan.
- Pernafasan perlahan (kurang daripada lapan nafas dalam seminit).
- Pernafasan tidak seragam (jarak lebih daripada 10 saat antara nafas).
- Suhu badan rendah (hipotermia).
- Pengsan (tidak sedarkan diri) dan tidak boleh terjaga.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen