Kenapa Mustahil Untuk Kita Bersin Sambil Mata Terbuka? – Ini Jawapan Pakar!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 06/05/2020

Semasa kecil-kecil dulu, kita semua pasti pernah dimomokkan dengan fakta yang sampai sekarang kita tidak tahu hakikatnya bukan?

Antara yang paling popular adalah kita tidak boleh bersin sambil mata terbuka.

Tidak dinafikan, kita semua pasti pernah mencubanya.

Pun begitu, sila hati-hati ketika melakukan eksperimen ini kerana ramai percaya perbuatan ini boleh menyebabkan bebola mata terkeluar dari tempatnya.

Adakah ini benar? Atau sekadar penipuan untuk menakutkan orang agar tidak melakukannya?

Jom kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk tahu jawapannya!

Bersin, sesuatu yang normal

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, wajarlah untuk kita tahu serba sedikit mengenai kondisi yang dinamakan bersin ini.

bersin

Perbuatan ini adalah sesuatu yang normal dan akan terjadi pada setiap kali berlaku sesuatu yang kurang menyenangkan di dalam lubang hidung.

Bersin bertindak sebagai cara untuk mengeluarkan partikel yang termasuk di dalam lubang hidung.

Ia adalah respons sama seperti batuk untuk mengeluarkan partikel yang termasuk di dalam kerongkong dan paru-paru.

Selain itu, berikut merupakan antara punca ia berlaku:

Fakta menarik mengenai bersin

wabak covid

Ketika kita bersin, sekurang-kurangnya 100,000 kuman akan dilepaskan dengan kelajuan kira-kura 100 km per jam.

Disebabkan itu, kita disarankan menutup mulut dan hidung dengan siku ketika terasa hendak bersin.

Selain itu, ramai orang percaya bahawa bersin akan mengakibatkan jantung kita terhenti seketika. Adakah ia benar?

Menurut Dr Richard Conti dari American College of Cardiology, ia tidak sama sekali.

Kata beliau lagi, idea ini mungkin muncul kerana kita sendiri berasa seperti ia terjadi ketika bersin. Hakikatnya, jantung kita tidak pernah terhenti selagi kita masih bernyawa.

Ada satu lagi fakta menarik yang menjadi persoalan utama artikel ini iaitu kita tidak boleh bersin sambil mata terbuka.

Jom kita sama-sama teruskan pembacaan untuk mengetahui mengenai perkara ini…

Boleh atau tidak bersin sambil mata terbuka?

virus korona

Sedar atau tidak, kita secara automatiknya akan menutup mata setiap kali ingin bersin.

Ini dinamakan sebagai refleks autonomik – tindak balas tanpa sedar tubuh badan terhadap sesuatu pemicu.

Namun, ada kajian terbaharu yang mengatakan bahawa kita sebenarnya boleh mengawal perbuatan ini dengan latihan yang mencukupi.

Menurut David Huston dari Texas A&M College of Medicine Houston yang juga merupakan Pakar Alahan di Houston Methodist Hospital, kita mungkin boleh bersin sambil mata terbuka.

Terkejut dengan kenyataan ini?

Menurut beliau lagi, ia mungkin boleh berlaku jika anda dapat melatih tindak balas tubuh badan anda dengan baik sekali.

Selain itu, beliau turut menambah bahawa perbuatan ini tidak akan menyebabkan bebola mata kita terkeluar dari soketnya seperti mana yang kita percaya semasa zaman kanak-kanak dahulu!

Ia mungkin sesuatu yang tidak perlu dilakukan

virus korona adalah

Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa kita mungkin boleh bersin sambil mata terbuka dengan latihan, fokus dan konsentrasi yang tinggi.

Pun begitu, wajarkah kita melakukannya?

Jawapannya adalah tidak.

Ini kerana setiap tindak balas tanpa sedar yang berlaku pada tubuh badan kita terjadi dengan sebab yang kukuh.

Menurut pelbagai kajian, kita perlu bersin sambil mata tertutup agar mata kita terlindung dari kuman-kuman yang terkeluar dari hidung dan mulut ketika itu.

Ya, mungkin ada benarnya. Jadi, jangan terlalu obses untuk melakukan eksperimen bersin sambil mata tertutup ini. Ketahuilah bahawa mungkin ada bahaya yang akan menanti!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Kes ‘Measles’ Pertama Di Costa Rica Selepas 5 Tahun Akibat Pelancong Yang Tidak Mengambil Vaksin

Costa Rica merupakan antara negara yang memiliki sistem kesihatan terbaik di Amerika Tengah dan hasil daripada program imunisasi mereka yang menyeluruh, Costa Rica telah diisytiharkan sebagai negara bebas penyakit ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

Tip Mencegah Alergi Dalam Kerjaya Anda

Alergi yang menganggu boleh muncul pada bila-bila masa menyebabkan kesukaran untuk melalui hari bekerja. Bersin, hidung tersumbat dan mata merah serta gatal boleh menyebabkan anda hilang tumpuan semasa bekerja ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz

Iyafin junior

Kenali apa itu Iyafin junior. Bagaimanakah penggunaan, dos yang disyorkan serta langkah berjaga-jaga.

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif

Tylenol Cold & Cough (Cough Suppressants)

Kenali apa itu Tylenol Cold & Cough (Cough Suppressants). Bagaimanakah penggunaan, dos yang disyorkan serta langkah berjaga-jaga.

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Akalili Sukor

Artikel lain untuk anda

Jangkitan Virus Selesema Mudah Merebak, Lindungi Diri Anda Dengan 4 Benda WAJIB Ini Mulai Sekarang!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 08/01/2020

Suntikan Flu Untuk Mencegah Influenza – Penting Ke Untuk Ambil Dan Untuk Siapa?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Diterbitkan pada 17/12/2019
perempuan bersin

Aachuummm… Aachuummm… Kenapa Kita Bersin?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 01/11/2019

COVID19 Makin Tersebar, Ini 5 Fakta Menarik Tentang Bersin Yang Anda TAK Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Farah Aziz
Diterbitkan pada 30/04/2019