‘Besarkan Sikit Telur’ – Ini Sebab Mengapa Lebih Besar Tak Semestinya Lebih Bagus

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Dalam kalangan lelaki, sering berlaku jenaka di mana mereka akan memberi tahu sesama sendiri untuk ‘membesarkan telur mereka’, memberi gambaran bahawa mereka yang penakut itu mempunyai telur (testis) yang kecil atau tiada telur. Ayat berunsur jenaka ini boleh juga digunakan sebagai satu bentuk ejekan atau provokasi kepada lawan anda dalam suatu pertandingan. Apa yang pasti, tiadapun antara mereka yang maksudkan ayat tersebut secara literal dan meminta anda untuk mempunyai testis yang besar.

Walaubagaimanapun, ayuh kita anggap sahaja ayat tersebut sebagai sesuatu permintaan yang serius dan hasil daripada ayat tersebut, anda inginkan testis yang besar atau ingin anak lelaki anda memiliki testis yang besar sejak dari kecil. Apakah natijahnya kepada anda atau anak anda?

Lebih Besar Tidak Semestinya Lebih Baik

Lazimnya, saiz testis diukur menggunakan Orchidometer, sejenis alat mirip tasbih, memiliki manik pelbagai saiz pada satu utas tali yang selalunya digunakan dalam kalangan pesakit kanak-kanak. Membandingkan saiz testis dengan saiz manik pada Orchidometer mengikut kiraan umur akan menentukan sama ada testis seseorang itu normal, lebih besar atau lebih kecil.

Katakan anda membawa anak lelaki anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan rutin, doktor memberitahu, selepas memeriksa saiz testis anak lelaki anda, bahawa saiznya besar dan lebih besar untuk usianya. Anda atau anak anda mungkin merasa seronok mengetahui hal ini kerana kini ada perkara yang boleh anda gunakan sebagai sesuatu untuk anda berlagak kepada kawan-kawan anda atau kawan-kawan anak anda. Namun yang demikian, riak wajah doktor tersebut jauh daripada gembira, sebaliknya dia kelihatan risau dengan penemuan ini.

Tanda Untuk Berhati-Hati

Alasasan kenapa doktor tersebut kelihatan risau adalah kerana penemuan testis yang besar adalah satu tanda amaran yang mungkin menunjuk ke arah penyakit-penyakit seperti Hipotiroid kronik, Adenoma yang merembeskan FSH, tinggalan tisu Adrenal dalam congenital adrenal hyperplasia atau tumor tertumpu di bahagian itu.

Namun yang lebih merisaukan, testis yang besar adalah tanda yang paling kerap muncul dalam Fragile X Syndrome.

Fragile X syndrome (FXS) adalah sejenis penyakit genetik yang dicirikan dengan gangguan pembelajaran rendah-sederhanda dan juga beberapa ciri-ciri fizikal yang berlaku dengan masa seperti:

  • Kepala yang memanjang/besar.
  • Muka yang panjang.
  • Dagu dan dahi membonjol.
  • Telinga capang.
  • Sendi yang anjal.
  • Testis yang besar.

Lengah dalam keupayaan motor dan bahasa menjadi lebih jelas dengan masa dan masalah tingkah laku seperti kelakuan autistk adalah biasa.

Fragile X syndrome dahulunya disangkakan sebagai penyakit dengan corak perwarisan kaitan-X yang dominan, bermakna tidak kiralah anda perempuan (XX) atau lelaki (XY), hanya satu salinan kromosom X yang membawa penyakit tersebut diperlukan untuk mengakibatkan penyakit dalam individu tersebut. Ianya berbeza dengan corak perwarisan kaitan-X yang resesif di mana untuk mendapatkan suatu penyakit, kedua-dua salinan X yang membawa penyakit itu diperlukan untuk wanita dan hanya satu salinan diperlukan untuk lelaki kerana lelaki hanya ada satu kromosom X dalam dalam kromosom jantina mereka.

Bagaimanapun, kajian mendapati terdapat juga corak bersifat anticipation dan juga pentakaktifan X dalam pesakit perempuan. Terdapat juga mereka yang mewarisi gen penyakit ini tanpa mereka sendiri mengalami penyakit tersebut dan mereka digelar sebagai pembawa. Disebabkan hal ini, Fragile X Syndrome tidak memenuhi kriteria perwarisan kaitan-X dominan.

Gen yang bertanggungjawab dalam mengakibatkan penyakit ini adalah gen Fragile X mental retardation 1 (FMR1) yang terdapat pada kromosom X, yang menghasilkan protein FMRP yang penting dalam fungsi sel yang optimum. Kerosakan dalam gen ini menyebabkan kurangnya penghasilan protein FMRP yang normal yang penting dalam perkembangan hubungan antara saraf. Sindrom ini mendapat namanya kerana individu yang mengalami penyakit ini didapati mempunyai segmen pada kromosom X mereka kelihatan rapuh dan seakan-seakan pecah. Kemudiannya, lokasi rapuh itu dikenalpasti sebagai lokasi di mana gen FMR1 itu terletak.

Sekiranya anda ada sebarang kerisauan berkaitan dengan keadaan kesihatan anak-anak anda, sangat digalakkan untuk anda berjumpa dengan doktor segera bagi mendapatkan ujian kesihatan dan konsultasi.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut