Anda sering berasa berbeza, teteapi tidak mengetahui puncanya. Satu diagnosis gangguan spektrum autism (ASD) membantu untuk mengetahui punca sesetengah perkara yang selalunya dirasakan sukar, sedangkan orang lain berasa ianya mudah. Jika anda mengesyaki anda mempunyai ASD, anda perlu mula memahami tanda-tanda autism dalam kalangan dewasa.
ASD berlaku pada semua peringkat umur, kaum, etnik, dan sosioekonomi. Ia umumnya dicirikan oleh kesukaran sosial dan komunikasi serta tingkah laku berulang. Bentuk ASD yang lebih parah sering didiagnosis dalam dua tahun pertama kehidupan kanak-kanak, tetapi bentuk kurang teruk mungkin didiagnosis pada jangka hayat yang lebih lama.
Autisme dicirikan oleh cabaran sosial dan tingkah laku termasuk:
Tiada dua orang yang mengalami ASD mempunyai simptom yang sama. ASD dirujuk sebagai spektrum kerana pelbagai tanda dan simptom dan perbezaannya dalam keterukannya.
Sesetengah orang dengan ASD mengalami simptom yang menyebabkan kehidupan seharian sukar. Lain-lain yang dianggap “high-functioning” hanya boleh merasakan sesuatu yang “berbeza” tentang mereka. Mereka mungkin merasakan seperti itu sejak zaman kanak-kanak tetapi tidak dapat menentukan dengan tepat sebabnya. Mereka juga mungkin tidak menyedari bahawa perasaan atau berkelakuannya berbeza, tetapi orang lain di sekeliling mereka mungkin menyedari bahawa mereka berkelakuan atau bertindak secara berbeza.
Tiada kriteria diagnostik standard untuk orang dewasa yang disyaki ASD, tetapi ia dalam penbangunan.
Dalam pada itu, para doktor juga mendiagnosis orang dewasa dengan ASD melalui satu siri pemerhatian dan interaksi individu. Mereka juga mengambil kira apa-apa laporan simptom orang yang sedang mengalaminya.
Jika anda berminat untuk dinilai bagi ASD, mulakan dengan doktor anda, yang akan menilai bahawa tidak ada penyakit fizikal yang mendasari perilaku anda. Doktor anda kemudian boleh merujuk anda kepada ahli psikiatri atau psikologi untuk penilaian mendalam.
Pakar klinik akan ingin berbincang dengan anda tentang sebarang isu yang berkaitan dengan komunikasi, emosi, corak tingkah laku, pelbagai minat dan banyak lagi. Anda akan menjawab soalan mengenai masa kanak-kanak anda, dan doktor juga mungkin meminta untuk berbual dengan ibu bapa atau ahli keluarga yang lebih tua untuk mendapatkan perspektif mereka tentang corak tingkah laku sepanjang hayat.
Oleh kerana kebanyakan diagnosis autisme sering dilakukan pada kanak-kanak, boleh menjadi satu cabaran untuk doktor yang akan mendiagnosis orang dewasa.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, rawatan atau diagnosis.