backup og meta

16x Pegang Muka Sendiri Dalam Sehari, Ia Mungkin Punca Jangkitan COVID-19!

16x Pegang Muka Sendiri Dalam Sehari, Ia Mungkin Punca Jangkitan COVID-19!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Dalam sehari, berapa kerap anda akan menyentuh muka? 5, 10 atau mungkin 16 kali?

Dan tahukah anda tabiat tersebut mungkin menjadi antara punca jangkitan COVID-19?

Statistik di Malaysia adalah seperti berikut:

[covid_19]

Tabiat menyentuh muka

Setiap orang kebiasaannya memang akan memegang wajah walaupun tanpa sebarang sebab secara berulang kali.

Hidung gatal, mata letih, lap mulut atau pelbagai alasan lagi yang menyebabkan kita akan memegang kulit pada wajah.

Walau bagaimanapun, tanpa kita sedari, tabiat yang dilakukan itu mungkin akan mendedahkan diri kepada bakteria, virus dan kuman.

Ia sekali gus meningkatkan risiko jangkitan flu, selesema mahupun virus terbaru, jangkitan COVID-19.

Bahagian mulut dan mata adalah ‘saluran’ bagi virus untuk memasuki badan dengan mudah.

Hanya dengan memerlukan sentuhan jari yang sudah dijangkiti virus. Jadi, sebab itulah kita digalakkan untuk kerap mencuci tangan dengan sabun.

Baca juga:

2 cara penularan jangkitan

Pusat Kawalan Penyakit (CDC), jangkitan COVID-19 atau turut dikenali dengan nama SARS-COV-2, boleh menular dari individu kepada individu, sama seperti jangkitan pernafasan lain. 

Ia termasuklah melalui titisan, wap atau cecair pernafasan yang terhasil apabila seseorang bersin.

Dan individu lain menyedutnya masuk ke dalam paru-paru atau dengan menyentuh permukaan yang tercemar dengan virus.

Kemudian, menggunakan tangan tersebut untuk menyentuh muka seperti pada bahagian mata atau mulut.

Kita mungkin boleh menghindari individu yang secara fizikalnya tampak sakit atau mengambil langkah berjaga-jaga terhadap penularan virus melalui udara dengan penggunaan topeng.

Namun, kita sukar untuk mengelak daripada virus yang melekat pada permukaan seperti wang kertas ataupun barang.

menyentuh-muka-punca-jangkitan-virus

Kita menyentuh muka setiap masa

Penyelidik mendapati, ramai individu kerap memegang muka mereka hampir setiap masa.

Kajian melibatkan 10 responden dalam 1 penyelidikan pada tahun 2008. Kesemua yang terlibat dibiarkan sendirian dalam suasana pejabat untuk tempoh 3 jam.

Hasilnya, saintis mendapati secara putara, mereka memegang muka 16 kali sejam.

Hampir separuh sentuhan yang berlaku sepanjang kajian melibatkan bahagian mulut, hidung ataupun mata; ini merupakan antara laluan paling mudah untuk virus mahupun bakteria memasuki badan.

Baca juga:

  • Wang Kertas Juga Boleh Jadi Punca Terkena COVID-19, Jadi Bagaimana?
  • Adakah Pam Minyak Juga Boleh Sebarkan COVID-19?
  • Kerap Cuci Tangan Guna Air & Sabun Satu SENJATA Utama Perangi COVID-19? Bukan Hanya Hand Sanitizer!

Malahan, profesional perubatan, yang merupakan antara individu-individu yang lebih pakar dalam perihal kesihatan juga didapati menyentuh muka pada purata 19 kali dalam tempoh 2 jam.

Menurut Pengasas Psychiatry & Sleep Medicine di Menlo Park, California, Dr Alex Dimitriu,

“Ketika melakukan pekerjaan, kebanyakan individu akan bermain dengan rambut, memegang kaki dan sebagainya sebelum memegang muka.’

3 cara ELAK menyentuh muka

Setiap saat, apabila kita melakukan sentuhan pada muka ia akan meningkatkan risiko jangkitan COVID-19 atau sebarang virus mahupun bakteria lain.

Berikut ada 3 langkah yang mungkin dapat membantu:

  1. Pantau tabiat

Cara utama untuk mengurangkan tabiat ini adalah dengan meningkatkan kesedaran mengenainya.

Cari punca kenapa anda cenderung rasa nak pegang wajah. Perlahan-lahan kurangkan tabiat tersebut.menyentuh muka

  1. Alihkan perhatian

Cara kedua – sentuh perkara lain, seperti pen atau bantal.

Ini kerana seseorang individu cenderung memegang muka saat sedang membaca atau menonton televisyen.

Jadi jika tangan sedang memegang benda lain, mungkin ia dapat mengurangkan tabiat menyentuh wajah.

  1. Peringatan

Letakkan peringatan bertulis seperti “JANGAN SENTUH MUKA!” pada bilik, ruang kerja atau di mana-mana sahaja yang diperlukan.

Anda juga boleh meminta bantuan rakan baik untuk sentiasa mengingatkan anda apabila bersama. Oh, dengan meletakkan reminder dalam gajet seperti telefon pintar juga boleh dilakukan. 

Mencuci tangan amalan penting

Kekerapan membasuh tangan sekurang-kurangnya untuk tempoh 20 saat adalah cara untuk menghindari sebarang jangkitan virus kepada diri.

Ini kerana kita tidak tahu apa yang kita sentuh dan akhirnya kita memegang muka.

CDC menyatakan, cara efektif untuk mencuci tangan melibatkan 5 langkah mudah, iaitu:

  1. Membasahkan 
  2. Menyabun
  3. Menggosok 
  4. Membilas 
  5. Mengeringkan 

menyentuh-muka-punca-jangkitan-virus

Penjagaan kebersihan diri

Sekiranya terlalu sukar untuk mengurangkan tabiat menyentuh muka, mungkin anda boleh mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 atau sebarang penyakit lain dengan penggunaan tisu. 

Setiap kali anda berasa ingin memegang muka, gunakanlah tisu dan buangkannya selepas digunakan.

Apa pun, pastikan anda sentiasa menjaga aspek kebersihan diri ketika penularan virus COVID-19 ketika ini, okay?

[mc4wp_form id=’115319″]

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.healthline.com/health-news/how-to-not-touch-your-face / Accessed on Mac 16, 2020

https://www.nytimes.com/2020/03/02/well/live/coronavirus-spread-transmission-face-touching-hands.html / Accessed on Mac 16, 2020

https://www.self.com/story/how-to-stop-touching-your-face / Accessed on Mac 16, 2020

Versi Terbaru

06/04/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Ayu Idris


Artikel Berkaitan

Hah, Takut Terjolok Lubang Hidung Sampai Pecah Salur Darah, Betul Ke Swab Test Tak Selamat?

Mata Merah, Ini Simptom Bahaya Varian Baru COVID-19, Kanak-Kanak Paling Berisiko!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/04/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan