2 Teori Mengapa Sedikit Kes Positif COVID-19 Di Kalangan Kanak-Kanak – Patutkah Ibu Bimbang?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date April 14, 2020

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Jumlah kes wabak virus korona baharu (COVID 19) di seluruh dunia sudah melebihi 1,000,000 individu. Kebanyakannya melibatkan golongan yang mempunyai sistem imun lemah.

Berikut adalah jumlah kes COVID-19 di Malaysia yang terkini:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

7,185

Disahkan

5,859

Sembuh

115

Kes Kematian
Peta sebaran

Sedarkah anda golongan kanak-kanak merangkumi kurang 1% daripada jumlah keseluruhan mereka yang disahkan positif?

Tiada satu pun kanak-kanak bawah 9 tahun dilaporkan mati akibat virus ini di China.

Perkara ini bukan sahaja menimbulkan kekeliruan, bahkan kerisauan terhadap potensi mereka untuk menyebarkannya kepada individu lain tanpa pengetahuan mereka.

Terdapat dua teori yang menerangkan sebab di sebalik peningkatan jumlah kes dalam kalangan orang dewasa dan bukannya kanak-kanak.

Risiko kematian pesakit COVID meningkat mengikut usia

Menurut kajian dari Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) di China, dalam kalangan 44,672 pesakit, hanya 416 merupakan kes COVID pada kanak-kanak yang berusia 10 tahun dan ke bawah.

Akan tetapi baru-baru ini, seorang bayi baru lahir menjadi mangsa termuda jangkitan COVID-19 di Malaysia!

Artikel berkaitan:

Sadis! Bayi Baru Lahir 12 Hari Mangsa Termuda Jangkitan COVID-19 di Malaysia

Jumlah tersebut merangkumi 0.9% daripada jumlah keseluruhan pesakit yang disahkan positif.

Memandangkan COVID 19 ada tempoh pengeraman di antara 2 hingga 14 hari, sukar untuk kita tentukan jika mana-mana kanak-kanak ada jangkitan atau tidak.

Tambahan pula, terdapat individu yang dijangkiti oleh virus korona namun tidak menunjukkan sebarang simptom.

Dalam situasi ini, penyebaran virus boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa disedari oleh pembawa virus. 

Berikut adalah perkara yang anda perlu tahu tentang jangkitan virus ini:

Bagaimana Virus Korona Wuhan Boleh Menyebabkan Anda Sakit?

Bagaimana cara Virus Korona Wuhan ni merebak? Tengok video ini bagi memahami cara virus ini tersebar dan menjangkiti manusia.Ketahui senarai hospital yang boleh mengendalikan virus ini di sini: http://bit.ly/2Gzx8dQ#ncov2019 #koronavirus #HelloHealthGroup #hellodoktor #HelloHealthCoronavirus

Posted by Hello Doktor on Tuesday, February 4, 2020

Seperti jangkitan lain, kadar kematian bagi mereka yang dijangkiti meningkat mengikut usia individu.

Mereka yang berusia 40 tahun ke bawah ada kadar kematian kurang daripada 2%.

Bagi populasi yang berusia di antara 60 hingga 79 tahun pula, risiko kematian meningkat secara mendadak kepada 30%. 

Semakin lemah sistem pertahanan badan, semakin berisiko mendapat jangkitan ini. 

Persoalannya, mengapa COVID pada kanak-kanak sukar berlaku walaupun mereka mempunyai sistem imun yang lemah? Mengapa mudah sangat jumlah kes positif dalam kalangan orang dewasa meningkat?

Baca juga:

Terdapat dua teori yang diusulkan oleh ahli akademik berkenaan dengan sebab kepada peningkatan jumlah orang dewasa yang mendapat jangkitan tersebut.

Teori #1 – Sistem imuniti semula jadi vs sistem imuniti penyesuaian

sistem imun

Sistem imuniti badan, secara mudahnya, boleh dibahagi kepada dua. 

  1. Sistem imuniti semula jadi (innate immunity) menggunakan sel darah putih bagi membanteras kemasukan bakteria ke dalam badan. 
  2. Sistem imuniti penyesuaian (adaptive immunity) merupakan sistem pertahanan badan yang dicipta berdasarkan pendedahan terhadap agen berbahaya. Sebagai contoh, kemasukan virus ke dalam badan buat kali pertama menyebabkan terhasilnya antibodi spesifik kepada virus yang menyebabkan permasalahan tersebut. Jika badan diserang oleh virus yang sama buat kali kedua, antibodi akan bertindak dengan pantas.

Apabila usia meningkat, sistem imuniti penyesuaian akan jadi lebih efisien berbanding imuniti semula jadi.

Ini berbeza dengan golongan kanak-kanak. Mereka lebih bergantung pada sistem imuniti semula jadi untuk membasmi kuman.

Mekanisme bagi kedua-dua sistem ini agak berbeza. Oleh sebab COVID 19 merupakan virus baharu, penghasilan antibodi baharu akan mengambil masa yang agak lama.

Kesannya, orang dewasa dan golongan tua lebih terdedah mendapat jangkitan virus tersebut.

Teori #2 – Pembawa COVID dalam diam

covid

Oleh sebab kanak-kanak jarang mendapat jangkitan, mereka boleh jadi “perumah” pada virus korona sebelum menular kepada individu lain.

Virus korona (termasuk dengan subjenis lain) merupakan virus yang lazim menjangkiti kanak-kanak menyebabkan simptom selesema.

Lebih parah lagi jika kanak-kanak tersebut tidak menunjukkan sebarang simptom.

Ini menjadikan mereka menjadi penyebar virus utama kepada orang dewasa terutamanya golongan berisiko tinggi.

Menurut Dr Malik Peiris, Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit dari Universiti Hong Kong, kanak-kanak masih boleh mempunyai jangkitan tersebut.

Namun mereka tidak sakit atau mengalami simptom berkaitan dengan jangkitan itu.

Konklusi

Kanak-kanak mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat jangkitan.

Namun, mereka mampu menyebarkannya kepada individu lain sekiranya langkah pencegahan tidak diambil.

Terapkan amalan mencuci tangan secara kerap dalam kalangan anak-anak anda dan pastikan mereka mendapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya disyaki mengalami jangkitan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

6 Penumpang AirAsia AK5742, AK5740 Sah POSITIF COVID-19, Yang Lain Diminta Jalani Ujian Saringan

Sehingga hari ini, 6 individu yang merupakan penumpang AirAsia penerbangan AK5742 dan AK5740 dari Kuala Lumpur ke Tawau telah sah positif COVID-19

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Coronavirus, COVID-19 Mei 14, 2020

Alami Jangkitan COVID-19 Teruk, Kulit Doktor Ini Berubah Jadi Gelap

Dua doktor di China telah mengalami komplikasi teruk jangkitan virus korona baharu hinggakan kulit mereka menjadi gelap. Apa yang berlaku sebenarnya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 Mei 14, 2020

Tular Di China Aircond Sebar COVID-19, Sahih Atau Tidak, Tapi Ini Risiko Makan Di Restoran

Ramai yang beranggapan bahawa penyaman udara boleh membantu dalam penyebaran virus korona baharu. Adakah ia bertepatan dengan kajian terkini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 Mei 13, 2020

Sediakan Berjuta Vaksin Walaupun Belum Ada Bukti Klinikal, Ini Cara UK Hadapi COVID-19

Universiti Oxford telah menghasilkan berjuta produk vaksin eksperimental walaupun ia belum terbukti berkesan. Ia bagi menghadapi wabak COVID-19 yang parah.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 Mei 8, 2020

Artikel lain untuk anda

Simptom Baru COVID-19 Mirip Penyakit Kawasaki? Kali Ini Melibatkan Kanak-kanak

Simptom Baru COVID-19 Mirip Penyakit Kawasaki? Kali Ini Melibatkan Kanak-kanak

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada Mei 18, 2020
Nak Raya Ini Jangan Bagi Sebarangan Kuih Pada Anak, Ada 12 Tanda Si Manja Alami Alahan Telur

Nak Raya Ini Jangan Bagi Sebarangan Kuih Pada Anak, Ada 12 Tanda Si Manja Alami Alahan Telur

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada Mei 15, 2020
TERBAHARU! Virus COVID-19 Dikesan Dalam Air Mani Manusia! Ada Potensi Merebak Melalui Hubungan Seks

TERBAHARU! Virus COVID-19 Dikesan Dalam Air Mani Manusia! Ada Potensi Merebak Melalui Hubungan Seks

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada Mei 15, 2020
TERKINI! 3 Orang Pelajar UMS Pula Positif COVID-19, Apa Punca Sebenarnya?

TERKINI! 3 Orang Pelajar UMS Pula Positif COVID-19, Apa Punca Sebenarnya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada Mei 14, 2020