backup og meta

2 Teori Mengapa Sedikit Kes Positif COVID-19 Di Kalangan Kanak-Kanak - Patutkah Ibu Bimbang?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 08/03/2021

    2 Teori Mengapa Sedikit Kes Positif COVID-19 Di Kalangan Kanak-Kanak - Patutkah Ibu Bimbang?

    Jumlah kes wabak virus korona baharu (COVID 19) di seluruh dunia sudah melebihi 1,000,000 individu. Kebanyakannya melibatkan golongan yang mempunyai sistem imun lemah.

    Berikut adalah jumlah kes COVID-19 di Malaysia yang terkini:

    [covid_19]

    Sedarkah anda golongan kanak-kanak merangkumi kurang 1% daripada jumlah keseluruhan mereka yang disahkan positif?

    Tiada satu pun kanak-kanak bawah 9 tahun dilaporkan mati akibat virus ini di China.

    Perkara ini bukan sahaja menimbulkan kekeliruan, bahkan kerisauan terhadap potensi mereka untuk menyebarkannya kepada individu lain tanpa pengetahuan mereka.

    Terdapat dua teori yang menerangkan sebab di sebalik peningkatan jumlah kes dalam kalangan orang dewasa dan bukannya kanak-kanak mahupun bayi kena COVID.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Risiko kematian pesakit COVID meningkat mengikut usia

    Menurut kajian dari Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) di China, dalam kalangan 44,672 pesakit, hanya 416 merupakan kes COVID pada kanak-kanak yang berusia 10 tahun dan ke bawah.

    Akan tetapi baru-baru ini, seorang bayi baru lahir menjadi mangsa termuda jangkitan COVID-19 di Malaysia!

    Artikel berkaitan:

    Jumlah tersebut merangkumi 0.9% daripada jumlah keseluruhan pesakit yang disahkan positif.

    Memandangkan COVID 19 ada tempoh pengeraman di antara 2 hingga 14 hari, sukar untuk kita tentukan jika mana-mana kanak-kanak ada jangkitan atau tidak.

    Tambahan pula, terdapat individu yang dijangkiti oleh virus korona namun tidak menunjukkan sebarang simptom.

    Dalam situasi ini, penyebaran virus boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa disedari oleh pembawa virus. 

    Berikut adalah perkara yang anda perlu tahu tentang jangkitan virus ini:

    https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/115200726587889/

    Seperti jangkitan lain, kadar kematian bagi mereka yang dijangkiti meningkat mengikut usia individu.

    Mereka yang berusia 40 tahun ke bawah ada kadar kematian kurang daripada 2%.

    Bagi populasi yang berusia di antara 60 hingga 79 tahun pula, risiko kematian meningkat secara mendadak kepada 30%. 

    Semakin lemah sistem pertahanan badan, semakin berisiko mendapat jangkitan ini. 

    Persoalannya, mengapa COVID pada kanak-kanak sukar berlaku walaupun mereka mempunyai sistem imun yang lemah? Mengapa mudah sangat jumlah kes positif dalam kalangan orang dewasa meningkat?

    Baca juga:

    Terdapat dua teori yang diusulkan oleh ahli akademik berkenaan dengan sebab kepada peningkatan jumlah orang dewasa yang mendapat jangkitan tersebut.

    Teori #1 – Sistem imuniti semula jadi vs sistem imuniti penyesuaian

    sistem imun

    Sistem imuniti badan, secara mudahnya, boleh dibahagi kepada dua. 

  • Sistem imuniti semula jadi (innate immunity) menggunakan sel darah putih bagi membanteras kemasukan bakteria ke dalam badan. 
  • Sistem imuniti penyesuaian (adaptive immunity) merupakan sistem pertahanan badan yang dicipta berdasarkan pendedahan terhadap agen berbahaya. Sebagai contoh, kemasukan virus ke dalam badan buat kali pertama menyebabkan terhasilnya antibodi spesifik kepada virus yang menyebabkan permasalahan tersebut. Jika badan diserang oleh virus yang sama buat kali kedua, antibodi akan bertindak dengan pantas.
  • Apabila usia meningkat, sistem imuniti penyesuaian akan jadi lebih efisien berbanding imuniti semula jadi.

    Ini berbeza dengan golongan kanak-kanak. Mereka lebih bergantung pada sistem imuniti semula jadi untuk membasmi kuman.

    Mekanisme bagi kedua-dua sistem ini agak berbeza. Oleh sebab COVID 19 merupakan virus baharu, penghasilan antibodi baharu akan mengambil masa yang agak lama.

    Kesannya, orang dewasa dan golongan tua lebih terdedah mendapat jangkitan virus tersebut, berbanding risiko COVID pada anak mahupun masalah bayi kena COVID.

    Teori #2 – Pembawa COVID dalam

    bayi kena covid

    Oleh sebab kanak-kanak jarang mendapat jangkitan, mereka boleh jadi “perumah’ pada virus korona sebelum menular kepada individu lain.

    Virus korona (termasuk dengan subjenis lain) merupakan virus yang lazim menjangkiti kanak-kanak menyebabkan simptom selesema.

    Lebih parah lagi jika kanak-kanak tersebut tidak menunjukkan sebarang simptom.

    Ini menjadikan mereka menjadi penyebar virus utama kepada orang dewasa terutamanya golongan berisiko tinggi.

    Menurut Dr Malik Peiris, Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit dari Universiti Hong Kong, masih wujud risiko COVID pada anak.

    Bahkan, wujud kemungkinan bayi kena COVID.

    Namun mereka tidak sakit atau mengalami simptom berkaitan dengan jangkitan itu.

    Konklusi: Masih wujud risiko COVID pada anak

    Kanak-kanak mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat jangkitan.

    Namun, mereka mampu menyebarkannya kepada individu lain sekiranya langkah pencegahan tidak diambil.

    [mc4wp_form id=’115319″]

    Terapkan amalan mencuci tangan secara kerap dalam kalangan anak-anak anda dan pastikan mereka mendapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya disyaki mengalami jangkitan.

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 08/03/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan