Jangkitan Virus Corona TIDAK Tunjuk Sebarang Tanda? Hati-Hati Rakyat Malaysia!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan

Pada 31 Januari 2020 yang lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak novel virus corona yang berpunca dari Wuhan, China sebagai kecemasan kesihatan global (PHEIC). Persoalannya, adakah terdapat sebarang tanda virus corona baharu (2019-nCov) ini merebak kepada individu, untuk kita perhati sebagai langkah berjaga-jaga?

Ikuti artikel ini untuk tahu lebih lanjut mengenainya!

Benarkah tanda virus corona baharu ini tidak dapat dilihat?

tanda virus corona

Menurut Menteri Kesihatan Antarabangsa Tiongkok, Ma Xiaowei, seseorang individu boleh dijangkiti virus corona baharu, namun tidak menunjukkan sebarang gejala.

Kata beliau lagi pada ucapannya pada 31 Januari 2020, individu yang dijangkiti mungkin akan menyebarkan virus berbahaya ini tanpa disedari.

Sehingga 5 Februari 2020 sahaja, wabak berbahaya ini telah menjangkiti lebih daripada 2,000 individu dan akibatnya, lebih 100 orang di Tiongkok telah meninggal dunia. 

Bukan sahaja di negara itu, virus ini sebenarnya telah menular ke serata dunia sehingga menimbulkan panik dan ketakutan pada peringkat global. Apa yang lebih membimbangkan, wabak ini dikatakan tidak mempunyai sebarang gejala atau tanda yang spesifik!

Mengapa virus corona boleh tersebar tanpa sebarang tanda?

Ramai pengkaji di seantero dunia masih berusaha untuk memahami dengan lebih mendalam tentang penularan wabak berbahaya ini, terutamanya pada aspek tanda atau gejalanya.

Namun, usaha itu telah menemui jalan buntu ekoran jangkitan virus corona ini sangat mirip dengan pelbagai lagi kondisi sistem pernafasan yang lain.

Hakikatnya, jangkitan virus ini bukanlah tanpa sebarang gejala. Menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), antara tanda virus corona adalah demam, selesema, bersin, batuk dan sesak nafas

Apa yang mengelirukan adalah gejalanya serupa dengan pelbagai jenis penyakit lain. Jadi,amat sukar untuk membezakan penyakit-penyakit ini.

Mungkin jika diperiksa secara mendalam, virus corona ini dapat dikesan. Namun, bagaimana untuk mengetahui secara luaran jika seseorang itu terutamanya pelancong dari luar negara telah dijangkiti wabak berbahaya? Ia adalah sesuatu yang mustahil!

tanda virus corona

Pemeriksaan kesihatan di pintu masuk negara

Umum mengetahui wabak novel virus corona berpunca dari negara China. Disebabkan itu, ramai rakyat di setiap negara termasuklah Malaysia sangat risau dengan kemasukan pelancong negara luar terutamanya dari kota Wuhan, China.

Ekoran itu juga, autoriti di sesetengah negara di seluruh dunia kini telah mula melakukan pemeriksaan kesihatan di pintu masuk negara masing-masing, termasuklah Malaysia.

Ini bertujuan untuk menyekat atau terus menghantar pulang pelancong yang disyaki dijangkiti wabak ini.

Pemeriksaan ini dilakukan dengan mengenal pasti sebarang kewujudan tanda virus corona pada setiap individu yang tiba di lapangan terbang atau mana-mana pintu masuk negara. Sebagai garis panduan, gejala seperti demam dan selesema akan dijadikan indikator saat melakukan pemeriksaan kesihatan tersebut. 

Pelancong yang mempunyai suhu badan melebihi 38 darjah celsius, akan dibawa oleh petugas di situ untuk menjalani pemeriksaan lanjutan bagi melihat sebarang kewujudan tanda virus corona pada individu tersebut. 

Namun, cara ini sebenarnya mempunyai satu kelemahan yang sangat ketara!

Virus corona memiliki tempoh inkubasi

Buat yang belum tahu, virus yang turut dikenali sebagai 2019-nCov ini turut memiliki tempoh inkubasi, sama seperti kebanyakan virus yang lain.

Apa itu tempoh inkubasi? Ia merupakan jarak masa seseorang individu yang terjangkiti virus dengan gejala pertama yang muncul.

Menurut CDC, virus corona baharu ini memiliki tempoh inkubasi selama 2 hingga 14 hari. Sepanjang tempoh ini, mungkin tiada langsung tanda virus corona akan kelihatan. Disebabkan itu, individu yang dijangkiti tidak akan tahu bahawa dirinya sudah menjadi mangsa.

Hakikatnya, penularan sebarang wabak akan lebih mudah dicegah sekiranya terdapat apa-apa tanda atau gejala. Inilah yang berlaku pada wabak Sistem Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada tahun 2003.

Sebelum virus ini sempat merebak menjadi lebih teruk, pihak perubatan sudah mampu mengesannya lebih awal dengan melihat tanda dan gejalanya.

Ini sangat berbeza dengan penularan wabak dari Wuhan kali ini. Ada penyakit yang masih mampu merebak walaupun ketika ia masih berada tempoh inkubasi seperti flu dan cacar.

Apa yang membimbangkan, virus korona baharu ini juga dikhuatiri boleh merebak semasa tempoh inkubasi. Jadi, sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan penularan wabak ini dapat dikawal.

tanda virus corona

Jadi, apa yang anda boleh lakukan?

Seperti yang sudah diketahui ramai, wabak berbahaya ini tidak mempunyai sebarang jenis vaksinasi. Oleh itu, anda sendiri perlu melakukan langkah berjaga-jaga, seperti:

Konklusi

Kesimpulannya, jangkitan virus corona tidak menunjukkan sebarang gejala. Ini kerana wabak berbahaya ini mempunyai tempoh inkubasi dan boleh merebak tanpa diduga. Jadi, rakyat Malaysia sila ambil langkah berjaga-jaga dan cuba untuk jauhi individu yang mungkin mempunyai tanda virus corona ini dan amalkan langkah-langkah yang telah kami sediakan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #hellodoktor, #HelloHealthCoronavirus

Anda mungkin berminat untuk baca artikel ini:

Tarikh Reviu Februari 4, 2020 | Kali terakhir kemaskini: Februari 17, 2020

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut