Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Kini, sudah masuk 4 bulan virus COVID-19 menyerang seluruh dunia. Ramai tertanya-tanya tentang tanda2 coronavirus atau tanda coronavirus di Malaysia.
Adakah terdapat sebarang tanda lain virus corona baharu (COVID-19) ini merebak kepada individu, untuk kita perhati sebagai langkah berjaga-jaga?
[covid_19]
Benarkah tanda2 coronavirus baharu ini tak dapat dilihat?
Menurut Menteri Kesihatan Antarabangsa Tiongkok, Ma Xiaowei, anda masih boleh dijangkiti tanda2 coronavirus, namun tidak menunjukkan sebarang simptom!
Individu yang dijangkiti mungkin akan menyebarkan virus berbahaya ini tanpa disedari.
Artikel berkaitan: Tiada Simptom Tak Bermakna Anda Bebas COVID-19, Ini Tanda Anda Sebenarnya “Silent Spreader’
Mengapa tanda2 coronavirus tidak kelihatan, tapi ia masih boleh tersebar?
Ramai pengkaji masih berusaha memahami penularan wabak berbahaya ini, terutamanya pada aspek tanda atau gejalanya.
Namun, usaha itu menemui jalan buntu ekoran jangkitan virus corona sangat mirip dengan pelbagai lagi kondisi sistem pernafasan yang lain.
Menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), antara tanda virus corona adalah demam, selesema, bersin, batuk dan sesak nafas.
Jika diperiksa secara mendalam, virus corona dapat dikesan.
Perintah penjara sosial di Malaysia, adakah kita kendali tanda2 coronavirus dengan berkesan?
Penguatkuasaan PKP tak akan menghapuskan jangkitan kes COVID-19 secara 100%.
Tetapi ia sangat membantu dalam mengekang jangkitan ini daripada menular dengan lebih mudah atau lebih pantas.
Virus corona memiliki tempoh inkubasi, kerana itu tiada tanda tanda coronavirus
Buat yang belum tahu, virus ini memiliki tempoh inkubasi, sama seperti kebanyakan virus yang lain.
Apa itu tempoh inkubasi?
Ia merupakan jarak masa seseorang individu yang terjangkiti virus dengan gejala pertama yang muncul.
Menurut CDC, virus corona baharu ini memiliki tempoh inkubasi selama 2 hingga 14 hari.
Artikel berkaitan: