backup og meta

Kalau Rasa Pening Kepala, Boleh Cuba Urut Pada 6 Titik Ini! Termasuk Di Tangan?

Tiada siapa yang mengundang atau mengusir tetapi masalah pening selalu hadir dan pergi tanpa amaran. Apabila ia terjadi, kalian mungkin boleh cuba urutan sakit kepala! Namun, di mana perlu urut?

Kalau Rasa Pening Kepala, Boleh Cuba Urut Pada 6 Titik Ini! Termasuk Di Tangan?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Otak dan Saraf, anda boleh klik di sini.

Siapa yang ada masa untuk pening kepala?

Setiap individu tentu sahaja pernah mengalami masalah pening kepala sepanjang hidup mereka. Apa yang mungkin membimbangkan, mereka tidak mengesyaki bahawa ia merupakan isu bahaya.

Buat anda yang belum tahu, kesakitan di kepala boleh terbahagi kepada dua kategori iaitu primer dan sekunder.

Bagi kategori primer, ia berlaku gara-gara aktiviti otak yang berlebihan atau masalah berkaitan otot, saraf atau salur darah pada leher. Ia turut merangkumi tiga jenis: migrain, kluster dan tekanan.

Bagi kategori sekunder pula, ia berlaku angkara masalah kesihatan yang bakal mempengaruhi sistem dan fungsi otak individu. Di bawah merupakan faktor risiko yang mengakibatkan pening kepala.

urutan sakit kepala

  • Resdung
  • Glaukoma
  • Sakit gigi
  • Infeksi telinga
  • Aneurisme otak
  • Tumor otak
  • Dehidrasi
  • Meningitis

Persoalannya, bagaimana cara untuk merawat atau mengelak masalah ini daripada berlaku dan berulang kelak?

Rawatan masalah ini bukan hanya dengan ubat!

Untuk pengetahuan anda semua, pengambilan ubat jenis paracetamol adalah antara kaedah yang sangat efektif.

Selain daripada paracetamol, ubatan acetaminophen, aspirin, capsaicin, ibuprofen dan naproxen juga mungkin boleh dipertimbangkan, tetapi hanya dengan cadangan dan saranan doktor.

Hal lain yang anda mesti tahu berkaitan dengan ubat-ubatan di atas tadi adalah ia hanya memberi kesan sedikit lambat selepas pengambilannya, iaitu dalam anggaran tempoh 60 – 120 minit.

Bagi melengkapkan usaha anda untuk mengurangkan lagi risiko sakit kepala, tolong ubah gaya hidup yang mungkin sebelum ini agak pasif dan sedentari kepada yang lebih aktif serta cergas.

Berita baik buat kalian, ada juga urutan sakit kepala yang mudah dan pantas anda boleh cuba di saat pening kepala!

Urutan sakit kepala yang mudah dan pantas!

urutan sakit kepala

Pengambilan ubatan merupakan metode klinikal yang perlu dijadikan panduan utama. Pun begitu, ia mungkin tidak cukup jika tiada sebarang tindakan atau bantuan yang selanjutnya pula selepas itu.

Maka, anda juga boleh cuba urutan sakit kepala pada titik-titik tertentu di kepala dan (tangan?) seperti di bawah:

#1. Satu titik tengah di antara kening (Yintang)

Pertama, titik mata ketiga yang terletak betul-betul di tengah-tengah antara dua kening boleh diurut jika sakit kepala terjadi. Ini kerana ia dipercayai boleh membantu melawan keletihan pada mata anda.

#2. Dua titik di atas kelopak mata (Zan Zhu)

Sentuhan pada titik ini bukan sahaja mampu meningkatkan ketajaman penglihatan malah melegakan masalah selesema sekali gus mengurangkan risiko untuk anda mengalami kesakitan pada kepala.

#3. Dua titik di bawah tulang pipi (Yingxiang)

Sentuhan pada titik ini pula boleh meringankan sakit kepala dan sakit gigi. Menariknya, ia juga membantu mencegah stres yang turut merupakan salah satu faktor risiko pening kepala paling utama.

#4. Dua titik belakang di atas tengkuk (Tian Zhu)

Walaupun titik ini terletak di bahagian belakang tengkuk, urutan di sin tetap boleh membantu meredakan sakit di bahagian mata dan telinga selain melegakan hidung tersumbat yang akan memicu masalah pening.

#5. Dua titik tepi di atas telinga (Shuai Gu)

urutan sakit kepala

Biasa lihat orang mengurut tepi kepala ketika sedang pening bukan? Ini benar kerana urutan di titik itu membantu melawan keletihan pada mata dan mengurangkan tekanan berlebihan yang sedang melanda kepala.

#6. Urutan sakit kepala di tangan (He Gu)

Tiada siapa sangka jika anda bukan sahaja perlu mengurut kepala jika sakit kepala malah tangan juga termasuk?

Ramai tidak tahu jika titik yang terletak di antara ibu jari dan jari telunjuk tangan ini dipercayai akan dapat membantu mengurangkan ketegangan pada otot leher dan kesakitan pada kepala anda jika diurut dengan lembut.

Namun, urutan sakit kepala ini cuma sekadar suatu panduan tradisional yang mungkin berkesan atau tidak bergantung kepada individu masing-masing. Maka, ia tidak harus dijadikan sandaran secara saintifik atau klinikal.

Untuk lebih pasti tentangnya, dapatkan maklumat dan nasihat daripada pakar sebelum anda cuba urutan ini ya!

Kalkulator BMI

health-tool-icon

tahun

Anda berminat dengan rawatan/sokongan turun berat badan?

Adakah anda terbuka kepada rawatan perubatan untuk membantu turunkan berat badan?

Teruskan bersama kami dan turunkan berat badan: Dapatkan kemas kini pakar tentang rawatan & sokongan penurunan berat badan terus ke (peti masuk > inbox) anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Why Do I Get Frequent Headaches?, https://www.scripps.org/news_items/3239-why-do-i-get-frequent-headaches, Accessed Sep 1 2023.
  2. The Best OTC Meds and Supplements to Treat Headache, https://www.michiganmedicine.org/health-lab/best-otc-meds-and-supplements-treat-headache, Accessed Sep 1 2023.
  3. 6 tips for headache relief, https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/6-tips-for-headache-relief, Accessed Sep 1 2023.
  4. Massage and Headache Relief, https://www.amtamassage.org/publications/massage-therapy-journal/massage-and-headache-relief/, Accessed Sep 1 2023.
  5. Acupressure for Pain and Headaches, https://www.mskcc.org/cancer-care/patient-education/acupressure-pain-and-headaches, Accessed Sep 1 2023.

Versi Terbaru

22/09/2026

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Jika Kepala Terhentak, Periksa 10 Tanda Amaran Ini, Jangan Biarkan Takut Ada Darah Beku!

Tak Semua Sakit Kepala Itu Sebab Migrain, Tapi Ini Petanda Kepala Berdenyut Anda Itu Bahaya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan