backup og meta

Darah karbon monoksida (Ujian)

Definisi

Apa itu Ujian darah karbon monoksida?

Ujian darah karbon monoksida dilakukan untuk mengesan keracunan akibat tersedut karbon monoksida (CO), tidak berwarna, tidak berbau dan gas tersebut beracun. Ujian ini turut mengenal pasti jumlah darah merah (hemoglobin) yang mengandungi karbon monoksida. Jumlah ini juga dipanggil peringkat karboksihemoglobin.

Apabila seseorang tersedut karbon monoksida, ia akan bergabung dengan sel-sel darah merah yang biasanya membawa oksigen ke tisu-tisu badan dan menggantikan oksigen yang kebiasaannya dibawa dalam darah. Hasilnya, oksigen kurang dibawa ke otak dan tisu-tisu badan yang lain. Karbon monoksida ini boleh menyebabkan keracunan yang teruk dan kematian.

Karbon monoksida terjadi apabila oksigen tidak mencukupi semasa proses pembakaran. Sumber utama karbon monoksida adalah daripada asap enjin (seperti dari kereta atau bot), kebakaran dengan pengudaraan yang teruk (seperti pemanas gas dan kebakaran memasak bahagian dalam), kilang-kilang, dan rokok tembakau.

Mengapakah Ujian darah karbon monoksida ini dilakukan?

Anda mungkin memerlukan ujian ini jika doktor anda mengesyaki bahawa anda mempunyai keracunan karbon monoksida. Gejala-gejala keracunan karbon monoksida termasuklah:

  • Sakit kepala
  • Loya
  • Pening
  • Rasa lemah
  • Cirit birit
  • Kulit dan bibir seakan-akan berwarna merah ceri

Keracunan yang teruk boleh menghasilkan gejala sistem saraf, seperti:

  • Sawan
  • Koma

Keracunan karbon monoksida ini menjadi lebih rumit untuk dikenal pasti bagi kanak-kanak daripada orang dewasa. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak akan kelihatan susah untuk diurus dan tidak mahu makan.

Anda juga mungkin perlu melakukan ujian ini jika anda telah terdedah kepada karbon monoksida, terutamanya jika anda tersedut asap ketika kebakaran. Anda mungkin juga perlukan ujian ini jika anda berada berhampiran dengan enjin kereta yang dihidupkan dalam jangka masa yang lama dalam kawasan atau ruang yang tertutup.

Perkara yang perlu anda ketahui

Apakah yang perlu saya tahu sebelum melakukan Ujian darah karbon monoksida ini?

Bagi anda yang mempunyai gejala-gejala dan mungkin terdedah kepada karbon monoksida, seperti seseorang yang tinggal di sebuah rumah dengan sistem pemanasan yang lama dan mengeluh sakit kepala yang berpanjangan, perlu mendapatkan ujian ini.

Seseorang yang terkena keracunan karbon monoksida perlu dikeluarkan dari tempat tersebut yang mungkin terdedah dan diberikan oksigen untuk bernafas sebelum diuji dengan ujian darah ini.

Sekiranya keracunan karbon monoksida ini disyaki, ujian lain (seperti kiraan gas darah arteri dan kiraan darah menyeluruh) boleh dibuat.Ujian gas darah arteri (ABG) boleh dilakukan untuk menentukan samaada gejala-gejala tersebut disebabkan karbon monoksida atau gejala penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejala yang sama.

Ketahui apa yang berlaku

Bagaimanakah persediaan bagi Ujian darah karbon monoksida?

Anda tidak perlu bersedia untuk ujian ini. Tetapi anda juga tidak boleh merokok sebelum mengambil ujian ini dan memastikan pihak doktor tahu mengenai semua jenis uabt, herba, vitamin dan makanan tambahan yang anda ambil. Ini termasuklah ubat-ubatan yang tidak memerlukan preskripsi doktor dan segala ubat haram yang mungkin anda guna.

Apa yang berlaku semasa Ujian darah karbon monoksida?

Pegawai kesihatan akan mengambil darah anda dengan:

  • Membalut dengan pembalut elastik yang tegang dan ketat disekitar lengan atas anda bagi menghentikan aliran darah. Ini akan membuatkan urat-urat didalam bahagian tersebut menimbul dan memudahkan proses bagi meletakkan jarum ke dalam urat.
  • Membersihkan tapak untuk mencucuk jarum tersebut dengan alkohol.
  • Memasukkan jarum kedalam urat tersebut. Mungkin memerlukan lebih satu batang jarum.
  • Memasangkan satu tiub jarum untuk diisikan dengan darah.
  • Mencabut pembalut tersebut daripada lengan apabila darah yang diambil mencukupi.
  • Meletakkan pad kain kasa atau kapas bulat pada kawasan tapak jarum apabila jarum tersebut dicabut.
  • Memberikan tekanan pada kawasan tapak tersebut dan membalut dengan kain pembalut.

Apakah yang berlaku setelah melakukan Ujian darah karbon monoksida?

Pembalut elastik yang membalut lengan bahagian atas anda akan terasa ketat. Anda mungkin tidak akan merasa sakit daripada bekas jarum tersebut, atau anda mungkin boleh merasakan sengatan atau rasa cubitan.

Doktor anda juga mungkin mengarahkan anda untuk melakukan:

  • Skrin toksikologi
  • X-ray dada
  • Ujian kehamilan bagi wanita, kerana pendedahan kepada karbon monoksida membuatkan janin berisiko tinggi untuk mengalami masalah

Doktor anda juga mungkin memerlukan anda melakukan imbasan MRI jika anda mempunyai gejala dan masalah pada saraf.

Jika anda mempunyai persoalan mengenai ujian darah karbon monoksida, sila berjumpa dengan doktor anda bagi memahami dan mendapatkan maklumat lanjut.

Fahami keputusannya

Apakah maksud keputusan ujian saya?

Keputusan bagi karbon monoksida dilaporkan dalam peratusan:  Jumlah karbon monoksida yang terikat dengan hemoglobin dibahagikan dengan jumlah hemoglobin (kemudian didarabkan dengan 100). Peratus yang lebih tinggi, menunjukkan risiko yang lebih tinggi mengalami gejala keracunan karbon monoksida. Dengan nilai bawah 10%, seseorang itu mungkin tidak mempunyai gejala keracunan.

Nilai-nilai yang disenaraikan di sini— dipanggil nilai rujukan—hanya untuk panduan. Julat ini berbeza dari satu makmal ke satu makmal yang lain, dan makmal anda mungkin mempunyai julat yang berbeza daripada jumlah biasa. Laporan makmal anda seharusnya mengandungi julat yang digunakan oleh makmal tersebut. Juga, doktor anda akan menilai keputusan anda berdasarkan kesihatan anda dan faktor-faktor lain. Ini bermakna sekiranya nilai tersebut diluar nilai yang biasa yang disenaraikan disini mungkin itu masih biasa bagi anda dan makmal anda.

Nilai normal

Karbon monoksida
Tidak merokok: Kurang dari 2% jumlah hemoglobin
Perokok: 4%–8% jumlah hemoglobin

Nilai tinggi

Nilai darah yang tinggi dengan karbon monoksida adalah disebabkan keracunan karbon monoksida. Gejala-gejala tersebut akan makin memburuk sekiranya tahap karbon monoksida tersebut meningkat.

Gejala berkait dengan nilai karbon monoksida yang tinggi
Peratusan jumlah  hemoglobin Gejala
20%–30% Sakit kepala, loya, muntah-muntah, dan bermasalah untuk membuat keputusan
30%–40% Pening, kelemahan otot, masalah penglihatan, kekeliruan, dan peningkatan kadar jantung dan kadar pernafasan
50%–60% Hilang kewarasan
Over 60% Sawan, koma, kematian

Wanita dan kanak-kanak mungkin mempunyai gejala-gejala yang lebih teruk daripada keracunan karbon monoksida pada tahap karbon monoksida yang lebih rendah berbanding lelaki kerana wanita dan kanak-kanak biasanya mempunyai kurang bilangan sel-sel darah merah

Bergantung kepada makmal dan hospital, julat yang normal atau biasa untuk ujian darah karbon monoksida mungkin berbeza.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Cirrhosis. http://www.niddk.nih.gov/health-information/health-topics/liver-disease/cirrhosis/Pages/facts.aspx. Accessed May 30, 2016.
Cirrhosis. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/cirrhosis/home/ovc-20187218. Accessed May 30, 2016.
Cirrhosis. http://www.msdmanuals.com/professional/hepatic-and-biliary-disorders/fibrosis-and-cirrhosis/cirrhosis.
Accessed May 30, 2016.

Versi Terbaru

27/11/2019

Ditulis oleh Nurafidah Samsuir

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

9 Kriteria Yang Dilihat Dalam Ujian Air Mani, Apa Persediaan Yang Perlu Saya Buat?

Minyak Ikan, Jangan Sekadar Ambil Suplemen. Kena Tahu Dari Mana Ia Dihasilkan!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurafidah Samsuir · Disemak pada 27/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan