backup og meta

Selalu Sakit Perut Belah Kanan Bawah? 6 Penyakit Ini Mungkin Puncanya!

Selalu Sakit Perut Belah Kanan Bawah? 6 Penyakit Ini Mungkin Puncanya!

Sakit perut mungkin perkara biasa yang berlaku pada seseorang dan akan hilang dengan sendirinya pada tempoh tertentu dan selalunya tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, jika anda kerap mengalami sakit perut sebelah kanan bawah, anda perlu berjumpa dengan doktor segera.

Jika keadaannya tidak terkawal, ia boleh menyebabkan gangguan yang teruk dan memerlukan rawatan segera. Namun begitu, kenapa rasa sakit di bawah perut sebelah kiri dan kanan?

Teruskan pembacaan untuk mengetahui punca sakit perut sebelah kanan seperti ditusuk tusuk.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.

Masalah sakit perut sebelah kanan bawah sampai ke pinggang

Sakit perut yang berlarutan atau tiba-tiba berasa tajam atau mencucuk memerlukan anda untuk menilai simptomnya.

Berikut adalah kemungkinan keadaan kesihatan yang boleh berlaku jika sakit perut.

3 jenis sakit perut

  • Kesakitan akut yang berlaku selama beberapa jam atau hari
  • Kesakitan kronik yang berpanjangan dari minggu ke bulan. Simptom mungkin datang dan pergi
  • Kesakitan berpanjangan yang akan menyebabkan pesakit menjadi semakin teruk tanpa rawatan lanjut

Berikut adalah punca sakit perut sebelah kanan seperti ditusuk tusuk:

1. Sakit perut sebelah kanan bawah kerana sembelit

sakit perut sebelah kanan bawah
Tanda-tanda sembelit.

Kadang-kadang, punca kenapa rasa sakit di bawah perut sebelah kiri dan kanan anda adalah disebabkan sembelit.

Ia berlaku apabila anda mengalami kesukaran menggerakkan usus besar akibat najis yang keras di dalamnya.

Apabila keadaan ini berlaku, anda mungkin berasa terbakar di bahagian atas abdomen dan juga boleh berlaku di sebelah kanan abdomen anda.

Kebiasaannya, ia akan hilang dengan sendiri, tetapi jika ia berlaku semula dalam tempoh dua minggu, segera berjumpa doktor.

2. Sakit perut sebelah kanan bawah sampai ke pinggang disebabkan ulser perut

Ulser perut adalah kesakitan yang berlaku apabila lapisan perut, esofagus atau usus kecil berkembang akibat kerosakan pada lapisan disebabkan oleh asid di dalam perut.

Beberapa simptomnya termasuklah:

3. Apendisitis

Ini adalah keadaan paling biasa dikaitkan dengan sakit perut sebelah kanan bawah. Jika apendiks anda meradang, ia menyebabkan apendisitis.

Jadi, adalah penting untuk mengetahui tanda-tanda apendisitis, kerana ia boleh menjadi sangat serius jika tidak dirawat.

Apendisitis boleh pecah dan membawa maut. Rawatan boleh termasuk antibiotik atau appendectomy, iaitu pembedahan untuk membuang apendiks anda.

4. Batu karang/batu hempedu

masalah batu karang
Batu karang punca perut sakit.

Batu karang berlaku apabila pundi hempedu membentuk deposit cecair pencernaan yang kecil dan keras. Deposit ini menyebabkan batu karang dan menyebabkan ketidakselesaan untuk anda.

Jika anda mempunyai batu karang dengan simptom yang disebutkan, anda mungkin terpaksa mengeluarkannya.

Jumpa doktor untuk tindakan susulan bagi rawatan batu karang anda.

5. Kenapa rasa sakit di bahagian bawah perut? Mungkin sebab sista ovari

Wanita mempunyai ovari pada setiap sisi rahim. Kadang-kadang kantung berisi cecair boleh terbentuk pada ovari. Kebanyakan sista ovari atau ovarian cyst sembuh dengan sendiri dan wanita tidak menyedarinya.

Walau bagaimanapun, sista boleh menjadi cukup besar untuk menyebabkan kesakitan, dan jika sista berada di ovarium kanan anda, anda akan merasakan sakit di kawasan itu.

Jumpa doktor jika sakit itu menyerang tiba-tiba atau teruk atau jika anda mengalami demam berserta muntah.

sista ovari
11 tanda sista ovari.

6. Kekejangan otot

Ini mungkin berlaku akibat sesi kardio yang kuat yang mana jika anda melakukannya lebih cepat daripada biasa, yang melibatkan diafragma berfungsi lebih daripada kebiasaan.

Anda mungkin berasa kelegaan apabila meregangkan tangan di atas kepala.

Untuk mengelakkannya berlaku pada masa akan datang, panaskan tubuh dengan pergerakan dinamik untuk membantu meregangkan sistem pernafasan anda.

Ini hanya beberapa penyebab sakit di sebelah kanan perut anda.

Oleh sebab terdapat banyak risiko yang mungkin berlaku, bantuan perubatan profesional adalah satu-satunya cara terbaik untuk mengenal pasti keadaan anda.

Jumpa doktor anda untuk mendapat pelan diagnosis dan rawatan untuk membantu anda berasa lebih baik.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Abdominal pain. my.clevelandclinic.org/health/diseases_conditions/hic_Abdominal_Pain. Accessed Feb 22, 2022.

Stomachache. med.umich.edu/yourchild/topics/abpain.htm. Accessed Feb 22, 2022.

Abdominal pain. mayoclinic.org/symptoms/abdominal-pain/basics/definition/sym-20050728. Accessed Feb 22, 2022.

Pain in the Lower Right Abdomen: When to be Concerned. https://www.news-medical.net/health/Pain-in-the-Lower-Right-Abdomen-When-to-be-Concerned.aspx. Accessed Feb 22, 2022.

Right Upper Quadrant Pain. https://patient.info/signs-symptoms/right-upper-quadrant-pain-leaflet. Accessed Feb 22, 2022.

 

Versi Terbaru

02/10/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Bernafas Pun Ada Caranya, Ini 4 Teknik Pernafasan Yang Baik Jika Anda Sedang Stress!

Selalu Sahaja Rasa Sakit Perut? Kenal Pasti 7 Tanda Yang Tidak Normal Ini, BAHAYA!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan