Kenali Apa Itu Penyakit Sirosis Hati (Liver Cirrhosis)

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Apa itu sirosis hati?

Sirosis hati atau liver cirrhosis adalah keadaan di mana struktur dan fungsi hati terganggu. Ia disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit yang melibatkan hati. Penyakit-penyakit ini merosakkan serta mencederakan tisu hati.

Sebagai tindak balas, sel-sel hati yang baru akan dihasilkan semula oleh badan untuk menggantikan sel-sel yang telah rosak. Proses pemulihan hati oleh sel-sel baru tersebut menghasilkan pengumpuan sel (nodule) dan parut pada hati menyebabkan struktur hati terganggu sehingga menjejaskan fungsinya.

Apakah punca sirosis hati?

Terdapat banyak puncanya. Sebab utama sirosis hati adalah:

Selain itu, beberapa sebab lain adalah:

  • Penyakit autoimun.
  • Penyakit hati berlemak (fatty liver).
  • Hemokromatosis.
  • Saluran hempedu tersumbat (biliary atresia).

Apakah simptom-simptomnya?

Keadaan ini sedikit atau tidak menunjukkan simptom. Jika ada, ia adalah tidak spesifik kepada sirosis hati, melainkan jika komplikasi berlaku.

Antara simptom-simptomnya adalah:

  • Kulit dan putih mata menjadi warna kuning (jaundis).
  • Mudah penat.
  • Hilang selera makan.
  • Kulit mudah lebam dan berdarah.
  • Gatal-gatal.

Apakah kesan kepada keadaan ini?

Hati adalah organ yang sangat penting dengan pelbagai fungsi termasuk detoksifikasi, menghadam makanan, menghasilkan protein, membunuh bakteria di dalam darah, menghasilkan hempedu dan mengawal pembekuan darah.

Hati menerima bekalan darah yang banyak, terutamanya daripada salur darah vena. Salur darah ini akan masuk ke dalam hati dan berpecah menjadi saluran kecil yang berhubung dengan sel-sel hati. Darah yang masuk akan ditapis dan menerima bahan-bahan tertentu daripada hati.

Dalam kes sirosis hati, hubungan ini telah terganggu. Sel-sel baru yang terhasil gagal mengembalikan struktur asal hati. Tambahan pula, parut yang terbentuk menyebabkan saluran darah tersumbat sehingga darah mengalir ke belakang (back flow). Keadaan ini menyebabkan tekanan darah di dalam abdomen meningkatkan, satu keadaan yang disebut sebagai portal hypertension.

Masalah lain pula adalah saluran hempedu yang tersumbat. Ia akan menjejaskan penghadaman serta pembuangan bahan-bahan toksik. Kesannya, bahan-bahan ini terkumpul di dalam badan.

Apakah komplikasi sirosis hati?

Bengkak (edema) pada tangan dan kaki serta busung (ascites). Sirosis hati menyebabkan perubahan pada nisbah protein di dalam badan yang penting dalam mengekalkan kestabilan cecair. Apabila ia terganggu, cecair akan terkumpul termasuk pada tangan dan kaki serta ruang abdomen.

Spontaneous bacterial peritonitis (SBP). Dalam keadaan normal, ruang di dalam abdomen mengandungi jumlah air yang sedikit. Apabila air bertambah (ascites), ia menyediakan keadaan yang kondusif untuk bakteria membiak. Jangkitan bakteria di dalam cecair ini disebutkan sebagai spontaneous bacterial peritonitis atau SBP. Gabungan antibiotik diperlukan untuk merawat keadaan ini.

Muntah darah. Tekanan darah di dalam abdomen yang tinggi (potal hypertension) menyebabkan darah mengalir ke belakang (back flow) sehingga beberapa salur darah, termasuk di dalam esofagus (saluran makan) menjadi kembang. Apabila salur darah ini pecah, pesakit akan mengalami muntah darah.

Kanser hati. Sirosis hati meningkatkan risiko kepada kanser hati primer atau hepatocellular carcinoma.

Ensefalopati hepatik. Kegagalan hati untuk melakukan detoksifikasi ke atas bahan-bahan toksik di dalam usus menyebabkan ia terkumpul di dalam badan. Sebahagiannya, seperti ammonia, boleh pergi ke otak sehingga menyebabkan ensefalopati hepatik dimana pesakit mengalami gangguan tidur, memori, keliru dan tidak sedarkan diri.

Sindrom hepatorenal. Sindrom ini dicirikan dengan kegagalan fungsi pada buah pinggang disebabkan kegagalan fungsi hati, meskipun tiada kecederaan fizikal dapat dikesan pada buah pinggang. Ini dipercayai disebabkan oleh pengumpulan bahan toksik di dalam badan.

Apakah rawatan sirosis hati?

Keadaan ini malangnya tidak boleh diundurkan semula. Apa yang boleh dilakukan adalah:

  • Mencegah keadaan daripada menjadi lebih teruk. Sesetengah ubat-ubatan mungkin diberikan dan pemakanan harus dikawal dengan mengelakkan alkohol, sesetengah ubat-ubatan serta mengambil suplemen vitamin.
  • Mengawal komplikasi. Ubat-ubatan tertentu mungkin digunakan. Untuk kes SBP, khususnya, gabungan antibiotik diperlukan.
  • Mencegah kanser hati melalui ujian saringan.
  • Pemindahan hati. Tidak semua pesakit boleh menerima pemindahan hati. Banyak faktor perlu dilihat dan dipertimbangkan termasuk tahap sirosis, keadaan pesakit secara am serta umur.

Hello Heath Group tidak memberikan nasihat nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangan Ambil Remeh Jika Kena Gigitan Anjing Gila! Hampir 100% Mati Sebab Tak Dapat Rawatan!

    Pernahkah anda mendengar tentang penyakit anjing gila? Jika anda menjumpai haiwan dengan mulut berbuih, jaga-jaga itu tanda penyakit rabies!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Boleh Ke Orang Pekak Mendengar Semula? Ini Jenis-Jenis Rawatan Yang Dapat Membantu

    Masalah pendengaran seperti pekak, atau hilang pendengaran merujuk kepada ketidakupayaan seseorang secara keseluruhan atau sebahagian untuk mendengar.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Pusat Kesihatan, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Bolehkah Saya Makan Telur Jika Mempunyai Sindrom Iritasi Usus, Ada Kesan Negatif Ke?

    Adakah telur boleh memicu berlakunya sindrom iritasi usus? Selain telur, apakah makanan lain yang boleh sebabkan iritasi pada usus?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Makin Tua, Makin Cepat Penat? Anda Mungkin Kehilangan Jisim Otot! Nak Atasi, Ambil Makanan Ini

    Sekiranya anda berusia lebih 50 tahun dan tidak sekuat dulu, itu tidak menghairankan. Ini mungkin petanda anda alami atrofi otot, kemerosotan otot badan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Warga Emas 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    gatal tapak tangan

    Selalu Gatal Tapak Tangan, Apa Puncanya? Bukan Bermaksud Dapat Duit Ya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    resepi sihat

    Nak Sediakan Sarapan Pagi Yang Sihat, Mudah & Cepat? Cuba Ini Hanya Guna 5 Bahan Sahaja!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    ejakulasi lelaki

    Jangan Tak Tau, Lelaki Diabetes BERISIKO Alami Ejakulasi Terbalik, Ini Mungkin Punca Isteri Tak Hamil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    sifilis adalah

    Pernah Terkena Penyakit Sifilis & Sudah Jalani Rawatan, Bolehkah Ia Datang Kembali?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan