Rahim Pecah Boleh Berlaku Jika Bersalin Czer? Ambil Tahu Tanda, Punca & Rawatan Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/01/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Definisi

Apakah itu rahim pecah?

Rahim pecah adalah satu keadaan yang mana dinding rahim koyak. Ia selalu berlaku pada pesakit yang mempunyai kecacatan pada lantai pelvis atau mereka yang menjalani pembedahan Caesarean.

Dinding yang pecah itu boleh membabitkan hanya sebahagian  atau keseluruhan dinding rahim. Rahim pecah ini boleh menyebabkan komplikasi yang lebih teruk kepada ibu dan bayi berbanding rahim pecah yang berlaku selepas pembedahan Caesarean.

Walaupun kebanyakan rahim pecah berlaku semasa bersalin, secara relatifnya, jarang sekali ia berlaku sekiranya anda tidak pernah mengalami pembedahan Caesarean. 

Kondisi ini berlaku dalam setiap 1/5700 ke 1/20,000 kehamilan. Ia lebih kerap berlaku di negara yang kurang maju, mungkin kerana kadar bersalin lebih tinggi, tempoh bersalin lebih lama, dan kadar wanita yang mempunyai pelvis yang kecil lebih banyak di kawasan ini.

Tambahan lagi, di negara yang kurang maju, perkhidmatan kecemasan obstetrik kurang dapat diakses dan ia boleh mengancam nyawa ibu dan bayi yang berada dalam kandungan.

Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom rahim pecah ?

Simptom ini selalunya akan terpamer pada si ibu. Ia boleh menyebabkan kesakitan yang berterusan pada abdomen dan pendarahan dalaman terutamanya sewaktu bersalin.

Kesakitan itu mungkin bukan pada tempat rahim itu terkoyak, tapi berada di kawasan tubuh badan yang lain.

Simptom-simptom lain termasuklah:

  • Takikardia (jantung berdegup laju)
  • Hipotensi yang sederhana hingga teruk
  • Kadar kecutan rahim berkurang
  • Nyeri rahim
  • Terasa berat/tekanan pada pelvis yang:
    • Bertambah teruk dengan berdiri dan mengangkat kaki
    • Bertambah teruk pada penghujung hari
    • Berkurang apabila baring

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

makanan-kuatkan-rahim-boleh-diamalkan

Anda harus menghubungi doktor sekiranya anda mengalami perkara-perkara berikut:

  • Kesakitan pada abdomen
  • Pendarahan faraj
  • Kadar degupan jantung bayi dalam kandungan tidak sekata

Anda seharusnya memaklumkan pada doktor sekiranya anda pernah mengalami rahim pecah sebelum ini untuk mengelakkan komplikasi

Ketahui puncanya

Apakah yang mengakibatkan rahim pecah?

Tiada sebarang punca yang jelas yang mengakibatkan rahim pecah, akan tetapi wanita yang mengalami kondisi ini selalunya mempunyai perkara berikut:

  • Lantai pelvis yang lemah dan kendur;
  • Kecacatan pada ligamen yang membuatkan rahim tergantung/ternaik daripada lantai pelvis
  • Kerosakan pada otot, neuromuskular tidak berfungsi dengan baik, kecacatan tisu pelvis dan rahim sejak lahir.
  • Kecacatan genetik; sesetengah wanita lahir dengan ruangan dalam rahim yang luar seperti: uterus bikornu, uterus didelphys dan blind uterine horns
  • Kehamilan dengan uri yang tidak normal;( placenta accreta, increta, or percreta);
  • Mengalami trauma fizikal seperti kemalangan , keganasan domestik dan tembakan.
  • Menjalani prosedur gerakan obstetrik seperti pusingan dalaman, pengeluaran songsang, bersalin menggunakan instrumen, mengeluarkan uri secara manual.

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko rahim pecah?

tanda kanser rahim

Punca sebenar rahim pecah sukar untuk ditentukan, namun faktor risiko kepada kondisi ini sudah dikenal pasti. Terdapat banyak faktor risikonya seperti:

  • Kelahiran berganda
  • Kelahiran melalui faraj
  • Kehamilan pada usia yang lanjut
  • Estrogen berkurangan kerana keadaan perubatan atau rawatan
  • Pernah menjalani pembedahan pelvis
  • Penggunaan dadah/ubat

Memahami diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah rahim pecah  didiagnosis?

Ciri-ciri klinikal yang selalu digunakan untuk mendiagnosis keadaan ini ialah:

  • Ujian fizikal untuk kesakitan pangkal paha/belakang, pendarahan dalaman, atau inkontinen urin.
  • Ujian kadar degupan jantung fetus

Bagaimanakah rahim pecah dirawat?

Rawatan konservatif umum (untuk pelvis kenduran/pecah dan inkontinen urin):

  • Senaman kegel;
  • Terapi estrogen faraj setempat;
  • Pesari faraj (disk tergantung didalam faraj).

Rawatan pembedahan termasuklah:

  • Histerektomi vaginal boleh digabungkan dengan pencegahan pembedahan;
  • Prosedur pembedahan tambahan jika ada inkontinen urin, sistosele, rektosele, dan enterosele .
  • Sacralcolpoplexy (penggantungan faraj/prolaps),penetapan sakrospinous atau penggantungan ligamen uterosakral.

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi masalah ini:

  • Elakkan membuat kerja berat
  • Hanya mengambil ubat yang diberikan oleh pengamal perubatan.
  • Bersenam secara sederhana setiap hari dan sewaktu kehamilan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

Wanita hamil dengan sindrom ovari polisistik dikatakan boleh memberi kesan kepada jantina bayi dalam kandungan, adakah ia benar?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Cubaan Hamil, Kehamilan 17/09/2020 . 3 minit bacaan

9 Faktor Ini Punca Ibu Terdedah Kepada Kehamilan Berisiko Tinggi, No. 3 Kena Jaga-Jaga

Kehamilan berisiko tinggi dialami ibu mengandung mungkin berpunca daripada masalah kesihatan yang dihidapi sebelum, semasa atau selepas melahirkan anak.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Cubaan Hamil, Kehamilan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

Ada 13 Komplikasi Semasa Mengandung, Paling Bahaya No 1, Jaga-jaga Ibu Hamil

Kebanyakan wanita mengandung tidak mengalami masalah sepanjang kehamilan. Namun, terdapat juga komplikasi kehamilan boleh berlaku dan ia bahaya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu 19/06/2020 . 3 minit bacaan

Mengandung Di Usia 40-an, Khabar Gembira Atau Duka? Ada 4 Perkara Anda Perlu Tahu Jika Rancang Hamil

Jika para ibu merancang untuk hamil di usia 40 tahun, anda perlu tahu berkenaan dengan risiko yang bakal anda alami. Ia tidak bahaya namun perlu persiapan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Cubaan Hamil, Kehamilan 06/05/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

penyakit wanita endometriosis

Sakit Saat Bersetubuh Akibat Endometriosis? Ikut Tip Ini Untuk Pengalaman Seks Yang Lebih Baik!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 14/12/2020 . 3 minit bacaan
penyakit wanita

Penyakit Tak Mengenal Jantina, Ada 7 Sakit Orang Perempuan Boleh ‘Hinggap’ Pada Lelaki

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 03/12/2020 . 3 minit bacaan
tali pusat bayi

Bayi Terbelit Tali Pusat? Ada 5 Lagi Masalah Tali Pusat Boleh Terjadi Dalam Rahim Ibu, BAHAYA!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 12/11/2020 . 3 minit bacaan
bahaya stress ketika mengandung

Jika Doktor Nasihatkan Ibu Hamil Banyak Rehat & Baring, Ini Maksudnya! Seks Pun Tak Boleh Buat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 12/10/2020 . 3 minit bacaan