Apa Jadi Dengan Degup Jantung Semasa Sakit Jantung? Betul Ke Terus Berhenti?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Tahukah anda kadar denyutan nadi boleh menjadi kayu ukur untuk anda kenal pasti tanda sakit jantung?

Sebenarnya, anda boleh periksa kadar nadi anda setiap pagi untuk tahu kesihatan jantung anda. Bagaimana? Jom ikuti artikel kami di bawah.

Apa yang terjadi pada kadar degupan jantung anda ketika sakit jantung?

Jantung merupakan organ penting yang bertindak mengepam darah ke segenap tubuh badan.

Organ ini bekerja 24 jam tanpa henti, memastikan peredaran darah ke seluruh badan anda tidak berhenti.

Namun, apa yang terjadi ketika anda terkena serangan jantung? Adakah degup jantung anda akan meningkat, menurun atau terus terhenti?

Ramai yang percaya ketika sakit jantung, jantung akan terhenti sepenuhnya. Namun, itu bukanlah kesnya untuk setiap individu yang mengalami sakit jantung.

Apabila anda sakit jantung, beberapa bahagian pada jantung anda akan ‘mati’ dan berhenti berfungsi disebabkan kekurangan darah.

Degup jantung seseorang boleh jadi perlahan (bradycardic) ataupun lebih cepat (tachyardic) mengikut jenis sakit jantung yang mereka alami.

Ketika jantung anda dalam keadaan tertekan, selalunya anda akan alami simptom seperti berikut:

  1. Sakit dada
  2. Sakit pada bahagian tangan, dada, belakang, leher dan rahang
  3. Berpeluh
  4. Sesak nafas
  5. Rasa mual
  6. Pening
  7. Rasa seperti dalam keadaan bahaya

Lelaki atau perempuan, kedua-duanya berhadapan dengan risiko untuk mengalami sakit jantung.

Walau bagaimanapun, individu yang mempunyai masalah obesiti, darah tinggi, gaya hidup tidak aktif, dan sejarah keluarga akan mempunyai risiko yang lebih tinggi.

 Anda mungkin juga berminat:

Periksa denyut nadi anda di rumah!

tanda sakit jantung

Ketika tubuh kita dalam keadaan yang normal, badan akan mengepam darah dalam keadaan optimum mengikut keperluan tubuh.

Ketika bersenam pula, jantung akan berdegup lebih pantas untuk membekalkan oksigen kepada otot. Semakin kuat badan bekerja, semakin kuat jugalah jantung kita berdegup.

Orang dewasa mempunyai kadar degupan sekitar 60 – 100 degup sesaat.

Namun, ada perkara lain seperti kafein, nikotin, ataupun ubat-ubatan yang boleh membuatkan degupan jantung anda lebih pantas ataupun perlahan daripada biasa.

Jika ingin memeriksa nadi, anda boleh lakukan pada waktu pagi dengan mengira nadi anda selama 30 saat. Kemudian, bacaan nadi tadi anda darab pula dengan dua.

Anda boleh dapatkan bacaan yang lebih tepat dengan melakukan aktiviti yang sama 3 kali berturut-turut.

Selain itu, anda juga boleh gunakan alatan teknologi yang sedia ada seperti jam pintar anda untuk dapatkan bacaan nadi yang lebih normal.

Perhatikan juga sama ada nadi anda berdegup dengan normal ataupun tidak. Jantung yang normal mempunyai ritma yang tersendiri ketika berdegup.

Jika nadi anda ‘melompat’ ataupun laju walaupun anda sedang berehat, segeralah berjumpa doktor.

Sama juga jika nadi anda bergerak lebih perlahan daripada normal. Ini mungkin boleh jadi tanda anda mempunyai sakit jantung!

Sakit jantung datang tanpa amaran

Walaupun jantung merupakan organ yang tahan lasak, kadangkala sakit jantung boleh datang menyerang tanpa sebarang amaran.

Sebagai contoh, sakit jantung boleh berlaku secara senyap kepada pesakit yang menghidap diabetes.

Anda boleh menghidap sakit jantung tanpa mempunyai sebarang tanda atau simptom awal.

Serangan jantung senyap ini merangkumi 45% daripada keseluruhan kes serangan jantung dan ia juga lebih berisiko kepada kaum lelaki daripada perempuan.

Ia dipanggil ‘senyap’ kerana anda tidak dapat rasa tanda-tanda biasa yang pesakit serangan jantung lain rasa.

Kadang-kadang, anda akan anggap sakit yang anda alami itu cuma sakit biasa kerana simptomnya yang amat ringan.

Oleh itu, hati-hatilah dan selalu jaga pemakanan anda. Penyakit selalunya datang tak diundang. Lebih baik sediakan payung sebelum hujan!

Peranan senaman dalam membantu kadar denyutan nadi anda

serangan jantung

Senaman ialah salah satu cara untuk memperbaiki kadar denyut jantung anda.

Senaman yang betul dapat merendahkan kadar denyutan nadi semasa berehat dan juga menaikkan kadar maksimum denyutan jantung anda.

Namun, sebelum memulakan senaman, jika anda mempunyai risiko serangan jantung ataupun kencing manis, sila dapatkan pandangan daripada doktor terlebih dahulu.

Doktor mungkin akan cadangkan senaman yang sesuai dengan keadaan dan juga umur anda.

Senaman yang sesuai untuk meningkatkan kadar jantung anda ialah senaman aerobik.

Senaman aerobik boleh memperbaiki kitaran darah yang secara tidak langsung akan merendahkan tekanan darah dan juga kadar denyutan jantung.

Senaman aerobik juga dapat mengurangkan risiko diabetes dan juga membantu mengawal kadar gula dalam darah.

Cuba lakukan senaman selama 30 minit sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Sebagai permulaan, anda boleh mencuba senaman mudah seperti berjalan ataupun berbasikal.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ada Kencing Manis Masa Mengandung? AWAS IBU! Kesannya Mungkin Berlanjutan Lepas Bersalin

Diabetes gestasi adalah masalah kencing manis semasa mengandung. Ia dikatakan akan hilang sebaik wanita bersalin. Namun kesannya mungkin berlanjutan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 27/08/2020 . 3 minit bacaan

Serangan Jantung Boleh Berlaku Tanpa Sakit Dada?! Ini 7 Cara Kesan Sakit Jantung

Sakit jantung boleh menyebabkan kematian. Oleh sebab itulah penting untuk kita kenali tanda serangan jantung bagi mendapatkan rawatan awal.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 23/06/2020 . 3 minit bacaan

Sering Sakit Dada? Adakah Disebabkan Pedih Ulu Hati Atau Sakit Jantung? Kenali Perbezaannya!

Aduh, sakitnya dada! Adakah anda sedang diserang heartburn atau sakit jantung? Ikuti ulasan dalam artikel yang kami sediakan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 10/06/2020 . 3 minit bacaan

Zzzz… 7 Manfaat Tidur Malam Yang Wajib Anda Tahu! Yang Terakhir ‘Confirm’ Anda Suka

Selalunya kita memandang remeh tentang kepentingan tidur. Tetapi sebenarnya ada 7 manfaat tidur malam yang perlu anda ketahui.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 12/03/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

darah pekat

Penghidap Darah Pekat Kena Tahu Ini! Ada Risiko Penyakit Lain Jika Darah Anda Terlampau Pekat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan
rawatan penyakit jantung

Tidak Semestinya Sakit Jantung Perlu Dibedah, Ada Cara Lain Untuk Rawat Penyakit Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
faktor penyakit jantung

Ada Masalah Botak Dan Rambut Beruban? Jaga-jaga! Anda Mungkin Menghidap Sakit Jantung

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
sakit jantung

Sudah Pernah Diserang Sakit Jantung? Hindari Serangan Jantung Kali Kedua Dengan 5 Langkah Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 14/09/2020 . 3 minit bacaan