Penyakit Alzheimer Dan Demensia, Yang Mana Satu Digelar Nyanyuk? Kenali Perbezaannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Tahukah anda apa itu penyakit demensia dan Alzheimer, serta beza antara dua penyakit tersebut?

Untuk pengetahuan anda, kedua-dua penyakit yang dipanggil nyanyuk ini sebenarnya amat berbeza antara satu sama lain.

Apa itu demensia dan Alzheimer?

Demensia dan Alzheimer merupakan dua jenis penyakit yang sangat berbeza.

Individu yang menghidap demensia mempunyai masalah berkaitan dengan memori. Mereka juga sukar untuk berfikir dan tidak mampu untuk menyelesaikan masalah.

Demensia merupakan penyakit yang boleh mengganggu kehidupan seharian penghidapnya.

Individu yang menghidap demensia tidak lagi dapat menjaga dirinya sendiri dan perlukan pertolongan daripada orang lain.

Alzheimer pula ialah salah satu jenis demensia yang mempengaruhi memori, keupayaan seseorang untuk berfikir dan juga tingkah laku seseorang.

Alzheimer merupakan salah satu punca demensia. 60 hingga 80 peratus kes demensia adalah berpunca daripada Alzheimer.

Ramai yang anggap Alzheimer merupakan satu perkara yang normal dan sebahagian daripada proses penuaan.

Sebenarnya, kenyataan tersebut adalah tidak benar! Alzheimer bukanlah sesuatu yang normal ataupun semula jadi.

Malah, ia merupakan satu penyakit yang amat serius. Selalunya, pesakit yang didiagnosis dengan demensia akan meninggal dunia dalam masa 3 tahun.

Demensia bukan nama penyakit

apa itu demensia

Ramai yang anggap demensia merupakan sejenis penyakit. Tetapi, penyakit yang ramai orang panggil sebagai nyanyuk ini sebenarnya merupakan gabungan beberapa jenis penyakit yang berbeza.

Demensia hanyalah satu terma yang digunakan untuk menjelaskan penyakit yang berkenaan dengan kehilangan memori dan juga masalah pemikiran seseorang secara menyeluruh.

Ada banyak lagi cabang penyakit lain di bawah demensia. Antara jenis demensia ialah:

  1. Penyakit Alzheimer
  2. Lewy body dementia
  3. Vascular dementia
  4. Frontotemporal dementia
  5. Lain-lain; Parkinson, Huntington

Simptom demensia dan penyakit Alzheimer boleh menyerupai satu sama lain. Sebagai contoh, kedua-dua keadaan boleh mengakibatkan:

  1. Penurunan dalam fungsi berfikir
  2. Masalah mengingat
  3. Sukar untuk berkomunikasi

Namun, simptom Alzheimer yang lain ialah:

  1. Sukar untuk mengingat kejadian yang baru berlaku.
  2. Tidak ada sebarang minat dalam hidup dan tidak mahu berinteraksi dengan orang lain.

Lama-kelamaan, individu yang menghidap penyakit Alzheimer akan mengalami simptom hilang ingatan yang lebih teruk. Mereka akan mula berjalan-jalan tanpa sebarang destinasi untuk dituju dan kemudiannya sesat.

Pesakit Alzheimer juga sukar untuk mengira duit dan melakukan ativiti seharian yang memerlukan transaksi wang seperti bayar bil ataupun membeli barang.

Pada masa inilah ahli keluarga akan mula mengesyaki mereka sedang mengalami Alzheimer.

Lama-kelamaan, plak yang terbentuk di dalam otak disebabkan oleh penyakit Alzheimer akan mula merebak ke seluruh bahagian otak.

Mereka akhirnya tidak boleh berkomunikasi dan terpaksa bergantung kepada orang lain sepenuhnya untuk menjaga mereka.

Pada akhir hayat mereka hanya akan terbaring sehinggalah fungsi badan mati secara perlahan-lahan.

Anda mungkin juga berminat:

Bagaimana penyakit Alzheimer mempengaruhi keadaan otak?

Saintis masih lagi menyiasat tentang perubahan pada bahagian otak pesakit Alzheimer.

Saintis percaya bahawa perubahan tersebut mungkin telah berlaku selama sedekad sebelum individu tersebut mengalami apa-apa masalah berkaitan dengan memori.

Individu yang menghidap penyakit Alzheimer pada awalnya tidak akan mengalami apa-apa simptom. Namun, perubahan telahpun berlaku pada sekitar kawasan otak.

Kerosakan otak banyak berlaku pada bahagian hippocampus dan entorhinal cortex – kawasan yang penting untuk membentuk memori.

Pada tahap terakhir Alzheimer, kerosakan pada kawasan otak telah berlaku secara ektensif. Akibatnya, tisu otak mengecut dan menjadi lebih kecil daripada saiz sebelumnya.

Alzheimer juga boleh berlaku kepada individu yang berusia di bawah 65 tahun. Ini juga dikenali sebagai younger-onset Alzheimer.

Oleh itu, jangan anggap Alzheimer merupakan penyakit yang menyerang orang tua sahaja ya!

Penyakit Alzheimer dan penjagaan

Individu yang menjaga pesakit alzheimer pasti merasa tekanan dari segi mental dan fizikal ketika menjaga ahli keluarga.

Itu tidak termasuk lagi masalah kewangan serta masalah lain yang mungkin timbul.

Disebabkan penyakit ini tidak mempunyai sebarang penawar, pesakit demensia akan menghidap penyakit ini hinggalah ke akhir hayatnya.

Ada banyak program dan juga bantuan yang diberikan khusus kepada penjaga pesakit demensia.

Selain itu, penting untuk penjaga cuba untuk menghubungi ataupun berkenalan dengan orang lain yang sedang dalam keadaan yang sama dengan anda.

Kumpulan sokongan, sebagai contoh boleh memberikan sokongan secara atas talian kepada individu yang sedang menjaga pesakit Alzheimer.

Jika anda merupakan salah seorang penjaga individu yang mempunyai penyakit Alzheimer ataupun demensia, and boleh dapatkan tip, mendengar pengalaman dan berkongsi masalah dengan mereka.

Ini supaya penjaga dapat kenali apa itu demensia dan Alzheimer, dan kenali cara terbaik untuk menjaga pesakit dengan kondisi ini.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Jaga-jaga Si Rabun, Masalah Mata Boleh Buat Anda Berisiko Jadi Nyanyuk Di Usia Tua Nanti!

Masalah penglihatan boleh jejaskan struktur otak anda. Kajian terbaharu menunjukkan, semakin teruk gangguan penglihatan, semakin teruk risiko untuk nyanyuk!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Warga Emas 10/08/2020 . 3 minit bacaan

Nyanyuk Sampai Makan Pun Lupa? Penjaga Pesakit Alzheimer Perlu Buat 5 Perkara Ini!

Apa itu penyakit Alzheimer? Ia adalah punca utama nyanyuk (demensia). Kesannya, sampai makan pun boleh lupa. Ini yang penjaga pesakit perlu buat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 10/06/2020 . 3 minit bacaan

Tanduk Bola Sepak Boleh Tingkat Risiko Demensia, Alzheimer?

Anda seorang pemain bola sepak dan biasa menanduk bola? Mungkin anda perlu mengurangkannya atau lebih baik menghentikannya bermula sekarang. Mengapa ya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 16/02/2020 . 3 minit bacaan

Bagaimana Menjaga Pasangan Dengan Masalah Nyanyuk?

Demensia dan Alzheimer, kedua-duanya menyebabkan individu menjadi nyanyuk atau kemerosotan ingatan. Apakah cara terbaik untuk menjaga mereka?

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 21/01/2020 . 5 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

penyebab alzheimer di usia muda penyebab alzheimer di usia muda

Bukan Warga Emas Sahaja, Orang Muda Juga Berisiko Terkena Alzheimer Jika Ini Berlaku…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
gejala diabetes

Kencing Manis Bukan Hanya 2 Jenis Saja, Diabetes Ke-3 Lagi Bahaya, Boleh Hilang Ingatan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
penyakit demensia

Jika Ada Ahli Keluarga Menghidap Demensia, Ajak Mereka Lakukan 5 Perkara MENARIK Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
senaman kardio

Bersenam Bukan Hanya Jadikan Badan Cergas, Tapi Juga Baik Untuk Otak, No 3 Paling UTAMA

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan