Rintangan Terhadap Antibiotik Semakin Meningkat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Nahla Saleh, seorang ibu yang telah diasingkan ke sebuah bilik pengasingan sejurus beliau tiba di hospital yang diuruskan oleh Doctors Without Borders atau Médecins Sans Frontières (MSF) di Mosul Timur, Iraq. Dia tidak tahu bahawa dia sebenarnya mempunyai rintangan antibiotik bagi antibiotik semulajadi tubuhnya.

Doktor memberitahu kepadanya berkenaan keadaan kakinya yang memerlukan pembedahan dan ubat-ubatan dan situasi semasa tubuhnya yang mempunyai rintangan antibiotik.

Walaupun setelah setahun meninggalkan hospital, luka di kakinya masih tidak sembuh sepenuhnya akibat aktiviti bakteria yang berdaya tahan terhadap sebarang antibiotik.

Keadaan Nahla Saleh bukanlah satu keadaan yang jarang berlaku di Mosul Timur memandangkan hampir 40% daripada jumlah keseluruhan pesakit yang dimasukkan ke hospital MSF ini mempunyai jangkitan yang berdaya tahan terhadap sebarang penggunaan antibiotik.

Insiden ini bukan sahaja tinggi kadarnya di negara Iraq tetapi juga di negara-negara lain dimana MSF beroperasi.

Rintangan badan terhadap antibiotik ini bukanlah suatu perkara yang baharu tetapi kekerapan kadarnya yang semakin meningkat boleh menjadi satu isu yang membimbangkan dalam cabaran kesihatan awam di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Apakah itu Antimicrobial Resistance

Rintangan terhadap antibiotik berlaku apabila seseorang yang mempunyai jangkitan bakteria tidak mengalami kesembuhan melalui ubat-ubatan antibiotik yang diberikan kepadnya.

Antibiotik semulajadi sepatutnya berkesan dalam melawan serangan bakteria terhadap tubuh badan. Walaubagaimanapun, bakteria telah mempunyai mekanismanya yang tersendiri untuk menyesuaikan keadaan mereka terhadap sebarang antibiotik atau dadah untuk memastikan kelangsungan hidup mereka.

Kebolehupayaan bakteria untuk beradaptasi dengan kehadiran antibiotik inilah yang dikenali sebagai rintangan antibiotik atau antimicrobial resistance.

Keadaan rintangan terhadap antibiotik ini disebabkan oleh faktor penyalahgunaan atau terlebih guna antibiotik. Rintangan terhadap antibiotik ini membimbangkan memandangkan kadar pertahanan bakteria terhadap sebarang usaha untuk menyingkirkannya meningkat dengan pantas berbanding masa yang diperlukan untuk pembangunan ubat atau antibiotik baharu.

Keselamatan makanan dan rintangan antibiotik

antibiotik semulajadi

Selain daripada penyalahgunaan antibiotik, penggunaan antibiotik yang berlebihan dalam sumber makanan juga menjadi antara faktor bakteria mempunyai rintangan terhadapnya.

Kebanyakan syarikat-syarikat makanan segera akan menggunakan antibiotik dalam sumber dagingnya seperti lembu dan ayam yang bertujuan mengawal haiwan-haiwan tersebut daripada mudah mendapat penyakit.

Malangnya, penggunaan antibiotik secara berlebihan dalam penternakan haiwan terbabit memberi kesan buruk terhadap pertahanan manusia terhadap serangan jangkitan bakteria.

Penggunaan antibiotik tanpa kawalan akan menjejaskan fungsi antibiotik selain memberikan ruang kepada bakteria untuk bertahan daripada antibiotik.

Industri makanan menggunakan antibiotik bagi menghasilkan pengeluaran daging dengan lebih cepat selain mengelakkan haiwan terbabit daripada diserang penyakit yang berpunca daripada kaedah penternakan yang tidak teratur akibat kesesakan dan keadaan persekitaran yang tidak bersih.

Rintangan antibiotik di Malaysia

antibiotik semulajadi

Di Malaysia, terdapat hampir 61% kes dimana bakteria mempunyai rintangan terhadap antibiotik. Ini bermakna, 61% kemungkinan bagi pesakit yang mendapat rawatan dengan penggunaan antibiotik tidak akan berkesan disebabkan rintangan bakteria terhadap antibiotik.

Dr. Suraya Amir Husin, Ketua Unit Kawalan Jangkitan, Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa, kebanyakan bakteria yang mempunyai rintangan tersebut adalah bakteria yang menyebabkan pneumonia, jangkitan saluran darah, meningitis dan juga keracunan makanan.

Bakteria penyebab penumonia, A. baumannii telah meningkatkan kadar antibiotic resistance daripada 49% pada tahun 2008 kepada 61% pada tahun 2016. Peratusan bagi bakteria Salmonella yang menyebabkan keracunan makanan juga telah meningkat daripada 16.6% pada tahun 2009 kepada 25% pada tahun 2016.

Terdapat penyakit yang disebabkan oleh virus yang tidak boleh disembuhkan oleh bakteria memandangkan antibiotik hanya berkesan untuk melawan bakteria.

Sakit tekak, batuk dan selsema antara penyakit yang tidak boleh diubati dengan antibiotik. Oleh itu penyalahgunaan antibitiok untuk penyakit yang disebabkan oleh virus bukan hanya tidak menyembuhkannya, malah menjejaskan fungsi pertahanan antibiotik semulajadi terhadap serangan bakteria.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Hati Hati Jika Ada Cyst Pada Ovari, Wanita PCOS Jangan Sentuh Makanan Ini!

    Sindrom ovarium polikistik (PCOS) disebabkan oleh haid yang tidak teratur ataupun ketiadaan haid, tahukah anda terdapat makanan yang dilarang untuk PCOS?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Saja Suka-Suka Lambat Makan, Ini Akibat Yang Terjadi Pada Perut, Antaranya Berat Badan NAIK!

    Kita semua pasti pernah alami perut masuk angin sebab 'skip' waktu makan bukan? Bukan itu sahaja, ada 4 lagi kesan negatif. Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 27/07/2020 . 3 minit bacaan

    Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

    Jika anda ingin memulihkan sakit tekak, di sini kami ada senaraikan beberapa penawar yang boleh meringankan simptom tersebut. Teruskan membaca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 03/07/2020 . 8 minit bacaan

    AWAS! Jangan Setuju Sertai Makan Buffet Di Hotel, Boleh Jadi Penyebab COVID-19!

    Kempunan nak makan di restoran bufet? Ada risiko untuk anda mendapat jangkitan COVID-19. Oleh sebab itulah pemilik restoran perlu membuat perubahan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 25/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    testis lelaki

    Jangan Sangka Testis Lelaki Tidak Punya Bakteria, Kajian Kata Ia Boleh Jejaskan Kesuburan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
    warna kulit

    Rahsia Kulit Putih Hanya Dengan Makanan, Lepas Ini Tak Perlu Lagi Buat Rawatan Cerahkan Kulit

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
    sakit mata

    Sakit Mata Boleh Berjangkit? Ini Sebab Mengapa Tak Boleh Pandang Orang Yang Ada Keradangan Mata!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
    meruang ketika hamil

    Meruang Masa Mengandung, Boleh Ke? 5 Sebab Ini Akan Buat Anda Berfikir 2x Sebelum Lakukannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/09/2020 . 3 minit bacaan