Jangkitan Pneumonia

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Definisi

Apakah itu jangkitan pneumonia?

Pneumonia merupakan jangkitan atau radang paru-paru. Dalam masalah kesihatan melibatkan jangkitan pneumonia ini, ia biasanya disebabkan oleh virus, terutamanya virus influenza kerana virus ini mampu melemahkan pertahanan paru-paru.

Apakah kebarangkalian jangkitan pneumonia?

Setiap individu tanpa mengira usia boleh dijangkiti. Perokok, individu lebih berusia dan individu dengan penyakit paru-paru kronik cenderung berisiko untuk mendapat jangkitan ini. Manakala individu dengan masalah gangguan sistem imun badan yang lemah kerana rawatan kemoterapi, adalah lebih berisiko untuk mendapat masalah radang paru-paru cytomehalovirus (cytomegalovirus pneumonia).

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom jangkitan pneumonia?

Tanda dan simptom biasa adalah termasuk demam, menggigil, batuk, sesak nafas, ketidakselesaan pada bahagian dada, sakit otot, keletihan serta kurang selera makan. Gejala seperti hidung berair, iritasi pada mata, sakit tekak dan gejala lain di luar saluran pernafasan seperti ruam, mungkin akan berlaku. 

Mungkin juga terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jadi sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan atau kebimbangan mengenai simptom yang dialami, sila dapatkan rundingan dan pemeriksaan daripada doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami masalah kesukaran untuk bernafas, sakit dada, demam pada suhu 39℃ atau lebih dan batuk yang berterusan khususnya batuk berkahak atau pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Ini kerana setiap badan bertindak balas secara berbeza. Jadi cara yang terbaik adalah untuk berbincang dengan doktor untuk menentukan penyelesaian yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini.

Ketahui puncanya

Apa yang mengakibatkan jangkitan pneumonia?

Punca biasa yang menyebabkan jangkitan pneumonia adalah termasuk virus influenza, jangkitan RSV (respiratory syncytial virus), adenovirus, virus parainfluenza dan virus varicella. Jangkitan ini juga boleh berlaku apabila tangan yang menyentuh sesuatu yang tercemar, memindahkannya ke hidung, mulut, atau mata melalui sentuhan.

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko jangkitan pneumonia?

Faktor tertentu yang boleh meningkatkan risiko anda mengalami jangkitan pneumonia adalah:

  • Anda mengalami penyakit kronik
  • Mempunyai masalah berkaitan sistem imunisasi badan yang lemah
  • Merokok
  • Sedang dirawat di hospital

Tidak mempunyai sebarang simptom tidak bermakna anda tidak dijangkiti masalah kesihatan ini. Faktor-faktor ini adalah sekadar rujukan. Anda perlu berunding dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Diagnosis & rawatan

Maklumat yang diberikan ini bukan pengganti kepada sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana jangkitan pneumonia didiagnosis?

Sukar untuk menentukan virus apa yang mengakibatkan jangkitan pneumonia. Banyak virus menyebabkan berlakunya simptom yang sama. Doktor biasanya akan mendiagnosis jangkitan pneumonia dengan menggunakan kaedah pemeriksaan dada, sinar-x dan mungkin beberapa ujian darah serta ujian pernafasan. Selain itu, ujian darah serta kahak akan dilakukan untuk memastikan tidak terdapat jangkitan bakteria.

Bagaimana jangkitan pneumonia dirawat?

Doktor mungkin akan memberikan preskripsi ubat antivirus, bergantung kepada virus dan tahap simptom yang dialami. Jangkitan pneumonia bagi individu yang sihat biasanya akan hilang dalam tempoh satu hingga dua minggu. Walau bagaimanapun, batuk dan keletihan yang dialami mungkin berlanjutan untuk tempoh beberapa minggu.

Harus diingatkan jangkitan ini boleh menjadi serius dan mengancam nyawa bagi individu yang mempunyai masalah kesihatan dan perubatan lain. 

Perubahan gaya hidup & kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh diambil untuk menangani jangkitan pneumonia?

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin dapat membantu anda mengatasi jangkitan ini:

  • Berkongsi dengan doktor mengenai masalah perubatan anda
  • Maklumkan kepada doktor segala ubat-ubatan yang anda ambil, sama ada preskripsi doktor atau dibeli di farmasi
  • Hubungi doktor anda jika keadaan anda semakin kronik atau tidak bertambah baik selepas dua hingga tiga hari
  • Maklumkan kepada doktor jika anda mengandung
  • Hubungi doktor dengan segera atau dapatkan rawatan kecemasan sekiranya masalah sesak nafas anda menjadi lebih teruk
  • Cuba untuk keluarkan kahak sebanyak yang mungkin
  • Letakkan humidifier udara di dalam bilik supaya anda dapat menghirup udara lembap, yang dapat membantu menghilangkan kahak
  • Perbanyakkan pengambilan cecair untuk menghindari dehidrasi
  • Gunakan acetaminophen atau aspirin jika mengalami demam atau kesakitan (kecuali kepada kanak-kanak)
  • Hubungi doktor anda jika anda berasa anda mungkin mengalami jangkitan pneumonia jika anda mempunyai demam, terlalu banyak kahak, sesak nafas atau berasa sakit pada bahagian dada

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor untuk mendapatkan penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Diabetes? Ambil Suntikan Flu Bagi Elak Risiko MAUT, Penting Terutama Ketika COVID-19!

    Jika anda merupakan pesakit diabtes, anda perlu ambil vaksin flu dalam masa terdekat ini. Tanpa suntikan flu ini, akan berlaku komplikasi yang lebih buruk!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 20/08/2020 . 3 minit bacaan

    Tibi Dan Pneumonia, Gejala Yang Sama Tapi 2 Penyakit Berbeza, Mana Satu Lebih Bahaya?

    Jangkitan kuman paru-paru boleh membawa maut jika tidak dirawat. Namun, apakah perbezaan penyakit tibi dan radang paru-paru? Mana satukah yang lagi bahaya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 20/07/2020 . 3 minit bacaan

    Sering Berjaga Setiap Malam? Ini KESAN Buruk Jika Tak Tidur Sehari Hingga Lebih 3 Hari, BAHAYA!

    Susah tidur malam, isu sering dialami oleh individu dewasa. Namun tanpa disedari masalah tidak cukup tidur ini boleh mendatangkan impak bahaya kepada diri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 04/06/2020 . 3 minit bacaan

    Bahaya Sampai Boleh Ragut Nyawa, Ini Sebab Ibu Hamil Perlu Kenal Tanda Awal Praeklampsia

    Praeklampsia atau preeklampsia adalah satu keadaan komplikasi yang melanda ibu hamil. Kenal tanda awal supaya boleh mencegahnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 19/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    radang paru paru

    Apa Itu Kanser Paru-Paru: Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 6 minit bacaan
    sindrom bangunan sakit

    Sering Jatuh Sakit Jika Di Tempat Kerja? Jaga-Jaga, Anda Mungkin Alami Sindrom Bangunan Sakit!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
    jangkitan kuman paru paru

    Pneumonia Atau Bronkitis, Mana Satu Lebih Berbahaya Untuk Paru-paru Anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 08/09/2020 . 3 minit bacaan
    sistem pertahanan badan

    Anak Selalu Jatuh Sakit? Ibu Cuba Check Diet Si Kecil, 7 Makanan Ini Buat Sistem IMUN LEMAH!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan