Epididimitis

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Apa itu epididimitis?

Di bahagian belakang testis, terdapat tiub bergelung yang dipanggil epididimis, rumah sperma. Epididimitis adalah keradangan tiub ini.

epididimitis

Simptom epididimitis

Simptom biasa epididimitis termasuk:

  • Pembengkakan atau kemerahan dalam skrotum (buah zakar)
  • Kesakitan, selalunya sisi kiri testis
  • Kerap membuang air kecil atau sakit semasa membuang air kecil
  • Pelepasan zakar
  • Ejakulasi menyakitkan
  • Ketulan testikel
  • Nodus limfa di kelangkang bengkak
  • Sakit perut
  • Darah dalam air mani
  • Demam

Bilakah perlu mendapatkan bantuan perubatan?

Penyebab utama epididimitis adalah:

  • STI seperti gonorea dan klamidia
  • Jangkitan bakteria
  • Amiodarone (Pacerone)
  • Urin dalam epididimis (Urin mengalir kembali ke epididimis)
  • Kecederaan kelangkang
  • Jangkitan tuberkulosis

Komplikasi epididimitis

Jika ia tidak dirawat, epididimitis boleh menyebabkan:

  • Scrotal abscess
  • Epididymo-orchitis
  • Mengurangkan kesuburan

Bagaimana ia didiagnosis?

Pada mulanya, doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal untuk memeriksa tanda-tanda keadaan yang wujud seperti pembengkakan. Kemudian anda perlu:

  • Saringan STI
  • Ujian urin dan darah
  • Ultrasound

Rawatan untuk epididimitis

Jika keadaan anda disebabkan oleh jangkitan bakteria, anda akan diberikan antibiotik. Sekiranya jangkitan anda adalah STI, pasangan seks anda juga memerlukan rawatan. Perkara paling penting adalah melengkapkan keseluruhan preskripsi anda untuk memastikan jangkitan benar-benar hilang. Ia mungkin mengambil sedikit masa, sehingga minggu, bagi menghilangkan ketidakselesaan.

Untuk membantunya, anda boleh menggunakan tali olahraga untuk mneyokong skrotum, mengunakan pek ais, mengambil ubat tahan sakit dan mendapatkan banyak rehat. Adalah dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan susulan dengan doktor anda untuk menilai semula keadaan anda. Dalam kebanyakan kes, epididimitis sembuh dalam tempoh 3 bulan.

Sekiranya anda sudah mempunyai abses (bernanah) di kawasan itu, doktor anda mungkin mengesyorkan pembedahan untuk mengalirkannya. Sesetengah kes memerlukan epididimektomi, iaitu penghapusan semua atau sebahagian daripada epididimis.

Apakah yang boleh dilakukan untuk melegakan kesakitan?

  • Berbaring dan berehat
  • Elakkan mengangkat barang berat
  • Tidak melakukan seks sehingga sembuh sepunuhnya

Bagaimanakah mencegah epididimitis?

Epididimitis selalunya disebabkan oleh STI. Oleh itu, cara terbaik untuk melindungi diri anda ialah mengamalkan seks yang selamat. Jika anda mempunyai jangkitan lain yang boleh menyebabkan epididimitis, tanya doktor anda bagaimana untuk mencegah epididimitis daripada berulang.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan