Apa Maksud Doktor Oncall? Fahami Tugas Pekerja Kesihatan Di Luar Waktu Pejabat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/01/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Bukan mudah hendak jadi seorang doktor. Seseorang itu perlu melalui proses pemilihan yang sangat ketat sebelum memasuki sekolah perubatan dan bergelut dengan pekerjaan seusai mendapatkan ijazah.

Jika anda pernah pergi ke hospital pada waktu malam, anda mesti sedar terdapat doktor yang masih bertugas di kala individu lain sedang lena dibuai mimpi.

Dalam istilah pekerjaan tersebut, mereka digelar sebagai doktor oncall (bertugas di atas talian, kerja malam dan sebagainya).

Berbeza dengan waktu kerja doktor biasa, mereka diberikan amanah untuk menjaga pesakit di luar waktu pejabat.

Tugas kebiasaannya bermula seawal 5 petang sehingga 8 pagi pada keesokan harinya.

Adakah ini bermakna mereka hanya datang ke kerja pada pukul 5 petang? Tidak sama sekali.

Bergantung kepada tugasan yang diberi, ada doktor yang hadir ke tempat kerja seperti biasa, mula oncall pada pukul 5 petang sehingga 8 pagi esok dan terus bekerja sehingga 5 petang tanpa pulang ke rumah.

Selepas daripada tempoh tersebut ada yang perlu beransur pulang. Namun, ada juga segelintir yang masih perlu bekerja sehingga 5 petang menjadikan waktu kerja mereka melebihi 24 jam.

Fahami tugas doktor oncall

doktor oncall

Walaupun tugas mereka yang oncall kelihatan seperti doktor yang bekerja di siang hari, hakikatnya, situasi agak berlainan.

Mereka perlu menerima dan menguruskan kes baharu sepanjang mereka oncall dan keadaan ini kebiasaannya dilaksanakan dengan jumlah doktor yang sedikit.

Jika terdapat sebarang kes kecemasan pada waktu di luar pejabat, mereka yang sedang oncall akan mengalami kepayahan untuk melaksanakan tugas berikutan kekurangan kakitangan kesihatan.

Selain itu, doktor oncall juga bertanggungjawab untuk merawat dan menguruskan kes kritikal di dalam wad.

Seperti yang anda sedia maklum, keadaan pesakit yang kritikal kebanyakannya tidak stabil.

Mereka memerlukan pemantauan secara berkala dan kerap bagi memastikan keadaan mereka sentiasa terkawal.

Dalam kesibukan menguruskan tugasan lain, doktor oncall, dibantu dengan staf kesihatan lain yang turut bekerja di luar waktu pejabat akan menguruskan pesakit berkenaan.

Bergantung kepada jumlah kakitangan, setiap hospital mempunyai protokol berbeza bagi mereka yang oncall.

Mereka perlu melakukan rondaan wad dan jika hospital tersebut tidaklah sebesar mana, doktor tersebut perlu menjaga pesakit di keseluruhan hospital.

Keadaan ini sudah tentunya memberikan tekanan kepada mereka terutamanya jika terdapat kes kecemasan yang berlaku pada malam tersebut.

Ada elaun atau bayaran ke untuk doktor yang bertugas di luar waktu pejabat?

doktor oncall

Berbeza dengan hospital swasta yang mungkin ‘gah’ dari segi pembayaran elaun doktor, mereka yang bekerja di hospital kerajaan hanya menerima bayaran yang sedikit.

Secara amnya, bagi mereka yang oncall pada hari Isnin hingga Jumaat, purata bayaran hanyalah pada sekitar RM13.30 per jam.

Manakala untuk cuti awam, Sabtu dan Ahad pula, purata bayaran elaun doktor oncall adalah pada sekitar RM9.20 per jam.

Jumlah ini boleh dikatakan terlalu sedikit jika dibandingkan dengan beban kerja yang terpaksa dipikul oleh para doktor.

Apa yang lebih teruk lagi, pada masa kini, doktor tidak mempunyai jaminan untuk mendapat lantikan tetap.

Ini bermakna, status mereka akan kekal kontrak sehingga terdapat kekosongan untuk jawatan tetap (perlu bersaing) atau mereka akan ditamatkan kontrak.

Status doktor kontrak ini juga bermakna mereka kehilangan banyak manfaat sebagai penjawat awam.

Boleh bayangkan tak? 

Anda bekerja di hospital awam, berkhidmat di bawah kerajaan dan diberikan kadar elaun doktor yang rendah jika dibandingkan dengan beban kerja.

Namun, anda tidak layak untuk menuntut sebarang keistimewaan yang ada pada mereka yang bekerja di sektor kerajaan.

Selain itu, isu kontrak ini juga bakal menyukarkan doktor muda untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat doktor pakar.

Dengan beban kerja yang bertimbun, perlu bekerja dan oncall melebihi 24 jam, tiada keistimewaan sebagai penjawat awam dan tiada masa hadapan yang cerah.

Persoalannya, bagaimanakah seseorang doktor itu hendak berasa terpanggil untuk terus kekal dalam bidangnya dengan masa hadapan yang kabur dan kelam?

Konklusi

Kerja oncall bukannya mudah terutamanya apabila ia melibatkan nyawa pesakit lain.

Pemantauan secara berkala terhadap pesakit oleh doktor boleh menentukan kadar kelangsungan hidup mereka dan keupayaan untuk sembuh daripada penyakit.

Mereka terus bekerja walaupun dibayar dengan nilai yang tidak seberapa.

Maka jika anda bertemu dengan doktor yang sedang menjalankan tugas oncall, ucapkanlah terima kasih dan cuba fahami akan kesibukan yang mereka lalui jika mereka lambat hadir memberikan rawatan kepada anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Betul Ke Guna Pil Perancang Sudah Ketinggalan Dan Satu Kaedah Lama?

Adakah pil perancang merupakan alternatif terbaik berbanding dengan metod lain? Ikuti artikel ini untuk maklumat selanjutnya. Klik Hello Doktor sekarang!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kesihatan Seksual, Kontraseptif 03/11/2019 . 3 minit bacaan

Ayuh, Mari Hapus Stigma Psoriasis!

Psoriasis sering dianggap sebagai penyakit berjangkit walaupun ia tidak. Teruskan membaca untuk mengetahui berkenaan dengan penyakit ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kesihatan Kulit, Psoriasis 25/10/2019 . 2 minit bacaan

Doktor…Tanggalkan Kot Putih Tu

Disebalik keputihan kot putih terdapat kekeruhan yang boleh menjadi mimpi ngeri buat para pesakit. Ikuti artikel ini untuk mengetahui selanjutnya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Pengetahuan Kesihatan Umum 11/10/2019 . 2 minit bacaan

Biasa Nampak Individu Berkot Putih Kat Farmasi? Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Tanya Mereka

Kaunter di farmasi biasanya dijaga oleh seorang individu yang mungkin akan memakai kot putih. Siapakah individu tersebut? Lanjutkan Hello Doktor sekarang!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 10/10/2019 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

doktor letih

Doktor Letih, Bekalan PPE Semakin Kurang: Ini Kesusahan Yang Dirasai Oleh Frontliner

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 26/03/2020 . 4 minit bacaan
wabak COVID-19

Covid-19 Tambah Stres Pada Doktor, Staf Perubatan? Bagaimana Mereka Hadapinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 18/03/2020 . 4 minit bacaan
pembunuh bersiri, doktor

Harold Shipman, Kisah Pembunuh Bersiri Licik Yang Juga Seorang Doktor…

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 17/11/2019 . 3 minit bacaan
mesin basuh banyak bakteria

TAK SANGKA Mesin Basuh Di Rumah Mungkin Juga ‘Rumah’ Untuk Organisma Lain!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 14/11/2019 . 3 minit bacaan