backup og meta

Kenapa Insurans Untuk Bayi Itu Penting? Ada 4 Perkara Yang Ibu Bapa Mesti Tahu!

Kenapa Insurans Untuk Bayi Itu Penting? Ada 4 Perkara Yang Ibu Bapa Mesti Tahu!

Insurans bukan lagi satu kemahuan namun keperluan yang kena ada dalam hidup, dan ini termasuklah insurans untuk bayi kesayangan anda itu!

Namun kebanyakan individu mungkin hanya akan memiliki insurans untuk diri sendiri kerana belum tahu kepentingan insurans untuk anak.

Bagi mengubah persepsi yang kurang tepat mengenai kepentingan insurans untuk bayi, jom kita semua ikuti artikel dengan lebih mendalam lagi.

Wujudkah sebarang pelan insurans untuk bayi?

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, persoalan sama ada sebarang pelan insurans untuk anak itu wujud atau tidak perlu dijawab terlebih dahulu.

Jawapannya adalah ya, insurans untuk anak tanpa mengira usia sama ada masih bayi, kanak-kanak atau remaja itu adalah memang wujud.

Tujuan utama kewujudan insurans untuk anak ini adalah untuk memastikan tahap kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan mereka akan lebih terjamin.

Mana tidaknya, golongan ini sudah pasti lebih banyak terdedah kepada bahaya seperti kemalangan terutamanya yang membabitkan kesihatan.

Maka dengan itu, adalah sangat penting bagi ibu bapa mendaftar dan mencarum nama anak mereka di dalam pelan insurans yang sewajarnya.

insurans untuk bayi

Sebelum beli, apa yang ibu bapa perlu tahu?

Sebelum itu, anda sebagai ibu bapa perlu memutuskan untuk memilih jenis pelan insurans untuk dicarum kerana terdapat pelbagai jenis yang berbeza.

Perbezaan ini akan memberi manfaat yang juga berlainan dari segi penyimpanan, pembiayaan serta pembayaran wang jika berlaku sesuatu tidak terduga.

Oleh itu, sila tanyakan soalan berikut kepada ejen atau syarikat insurans yang anda ingin carumkan untuk anak anda itu terlebih dahulu:

  1. Adakah pelan ini akan menawarkan perkhidmatan semasa anda hamil atau selepas bayi lahir?
  2. Adakah ibu bapa juga akan menerima manfaat sekiranya berlaku sesuatu tidak terduga kepada bayi?
  3. Apakah perkara-perkara yang akan mencetuskan klausa pembayaran atau pembiayaan skim insurans?
  4. Berapakah jumlah pampasan yang akan insurans tawarkan untuk menampung keperluan anda dan bayi?
  5. Wujudkah sebarang pelan tabungan yang boleh menyimpan wang untuk kegunaan bayi pada masa depan?

Selepas soalan-soalan ini terjawab, maka barulah ibu bapa boleh memutuskan sama ada untuk mencarum atau tidak. Namun, kenapa ia kena ada?

Apa kepentingan insurans untuk bayi anda?

Jarang untuk kita semua dengar ibu bapa memikirkan soal insurans untuk bayi ekoran tiada kesedaran atau kepentingan untuk mempunyai pelan ini.

Dalam pada itu, ia juga mungkin disebabkan oleh faktor di mana ibu bapa lebih memikirkan mengenai keperluan lebih penting seperti susu, makanan, pakaian dan lain-lain.

insurans untuk bayi

Hakikatnya, perlindungan terutamanya dari aspek perubatan adalah sangat penting untuk dipertimbangkan di atas beberapa perkara seperti berikut:

#1. Menyediakan penjagaan & perlindungan kesihatan untuk bayi

Mungkin juga ada ibu bapa yang akan menunggu sehingga anak besar terlebih dahulu sebelum mencarum, namun ia adalah tindakan yang kurang tepat.

Ini kerana kejadian yang tidak diingini boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat tanpa mengira usia anak kesayangan anda itu.

Selain itu, fahamilah bahawa fasiliti perubatan awam lazimnya sukar dan penuh lantas menyebabkan anak anda terpaksa ditempatkan di dalam senarai menunggu.

Dengan insurans, maka aspek penjagaan dan perlindungan kesihatan untuk bayi dapat dipastikan dengan lebih baik lagi oleh ibu bapa.

#2. Mendapatkan jaminan untuk melawan pelbagai jenis penyakit

Selalu juga kita dapat dengar dan baca di mana bayi baru lahir memerlukan rawatan perubatan berkaitan penyakit yang mereka hidapi sejurus selepas lahir.

Penyakit yang berjangkit, kegagalan organ atau kelainan pada tubuh badan mungkin dapat diberikan jaminan untuk dirawat oleh pakar dengan kadar segera.

Ini sangat penting bagi membolehkan golongan pakar mengesan dan merawat lebih cepat ekoran pelan insurans yang berkehendaki sedemikian.

Selain itu, anda sebagai ibu bapa juga tidak perlu lagi berfikir tentang kos hospital selepas menanggung bebanan kewangan untuk melahirkan.

insurans untuk bayi

#3. Memperolehi ketenangan tanpa lagi memikirkan soal wang

Ada ibu bapa yang sengaja tidak mahu mencarum sebarang pelan insurans untuk bayi kerana beranggapan bahawa kos perubatan si kecil adalah lebih murah.
Tidak, anda perlu tahu bahawa kos rawatan perubatan di negara kita ini adalah lebih kurang sama sahaja tanpa mengira usia, jantina atau lain-lain aspek.
Insurans untuk bayi ini sudah tentu akan memberikan ibu bapa ketenangan tanpa lagi memikirkan soal wang yang mungkin lebih penting untuk perkara lain.
Dengan ini, maka wang hasil pekerjaan ibu bapa dapatlah disalurkan ke tabungan yang lain seperti pelajaran anak untuk masa depan yang lebih cerah.

#4. Memastikan pampasan insurans dengan harga yang kompetitif

Untuk pengetahuan anda, golongan bayi, kanak-kanak dan remaja mempunyai kebarangkalian untuk menggunakan kesemua tuntutan pampasan insurans.

Ini adalah satu kemungkinan yang sering berlaku dan ia hanya boleh diubah apabila mereka mencapai usia 18 tahun untuk mencarum insurans sendiri.

Jadi, ibu bapa perlu mendapatkan pelan insurans untuk bayi yang terbaik di mana anak anda mampu memastikan pampasan dengan harga yang kompetitif.

Konklusinya, sila berunding bersama ejen atau syarikat insurans dengan bijak agar anda mampu mendapatkan insurans untuk bayi yang terbaik.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://kidshealth.org/en/parents/buy-health-insurance.html
  2. https://cookchildrens.org/newborn/preparing/Pages/lets-talk-insurance.aspx
  3. https://www.babysfirsttest.org/newborn-screening/insurance-and-planning
  4. https://www.healthychildren.org/English/family-life/health-management/health-insurance/Pages/Paying-for-Your-Childs-Home-Health-Care.aspx
  5. https://www.imoney.my/articles/protect-your-little-ones-with-child-medical-insurance

Versi Terbaru

13/01/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Tiada Keperluan Ambil Insurans Perubatan? Anda Silap Kerana Ini Keistimewaannya

5 Soalan Patut Ditanya Sebelum Anda Beli Insurans Kesihatan! #4 Itu Wajib Soal


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/01/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan