home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Sindrom Achard-Thiers

Definisi|Simptom-simptom|Punca|Faktor-faktor Risiko|Diagnosis dan Rawatan|Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Definisi

Apa itu Sindrom Achard-Thiers?

Sindrom Achard-Thiers ialah penyakit yang jarang terjadi, ianya berlaku kepada wanita selepas menopaus dan dikategorikan dengan diabetes jenis 2 (rintangan insulin) dan tanda-tanda androgen berlebihan.

Apakah kebarangkalian Sindrom Achard-Thiers?

Sindrom Achard-Thiers syndrome ijarang berlaku. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Sindrom Achard-Thiers?

Simptom lazim sindrom Achard-Thiers ialah:

  • Permulaan diabetes
  • Kerap buang air kecil
  • Dahaga dan lapar berlebihan
  • Turun berat badan

Tanda-tanda dan simptom akibat penghasilan androgen berlebihan ialah:

  • Hirsutism: penghasilan bulu badan berlebihan d ibahagian muka, dada dan belakang.
  • Garisan rambut semakin berkurang
  • Suara menjadi garau
  • Klitoris membesar
  • Infertiliti
  • Obesiti
  • Oligomenorrhea: haid tidak teratur atau sangat sedikit
  • Amenorrhea: tidak datang haid
  • Hypertrichosis pada muka (bulu berlebihan di muka bagi lelaki)
  • Adrenal cortical hyperplasia atau adenoma

Terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Sila berunding dengan doktor sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom yang anda alami.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom seperti yang dinyatakan di atas, atau sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap individu memberi tindak balas berbeza. Berbincang dengan doktor tentang rawatan anda adalah pilihan yang terbaik.

Punca

Apakah punca Sindrom Achard-Thiers?

Sindrom Achard-Thiers dipercayai berpindah di dalam keluarga. Tetapi mekanisme sebenar pemindahan genetik masih belum difahami. Faktor penyumbang kepada sindrom ini antaranya ialah:

  • Diabetes adalah punca utama gangguan ini dan ini adalah disebabkan:
  • Penggunaan sesetengah bahan kimia dan ubat seperti thiazide diuretics, adrenal corticosteroids, dan pil pencegah kehamilan dalam bentuk hormon.
  • Tekanan secara fisiologi dan emosi.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada sindrom Achard-Thiers?

Terdapat banyak faktor risiko bagi sindrom Achard-Thiers, seperti:

  • Wanita selepas menopaus
  • Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Sindrom Achard-Thiers didiagnosis?

Sindrom Achard-Thiers didiagnos dengan menggunakan metod berikut:

  • Pemeriksaan fizikal secara keseluruhan dan mengambil sejarah perubatan dengan teliti. Diagnosis adalah berdasarkan simptom yang ditunjukkan oleh keadaan tersebut.
  • Gangguan ini boleh dipastikan dengan ujian toleransi gula secara oral selepas 2 jam, yang dilakukan untuk memeriksa paras gula dalam darah yang meningkat secara tidak normal.
  • Kandungan androgen, estrogen dan hemoglobin A1c dalam darah.
  • Jumlah darah lengkap
  • Ujian fungsi tiroid
  • Ujian fungsi hati
  • Imbasan ultrasound abdomen
  • CT abdomen

Banyak keadaan klinikal yang mempunyai tanda-tanda dan simptom yang sama. Penjaga kesihatan anda akan melakukan ujian tambahan untuk mengesan keadaan klinikal lain untuk mendapat diagnosis yang tepat.

Bagaimana pesakit Sindrom Achard-Thiers dirawat?

Pelbagai metod rawatan untuk sindrom Achard-Thiers, seperti:

  • Diabetes mungkin ditangani dengan diet yang sesuai atau pengambilan insulin atau ubat-ubatan lain yang berkaitan seperti sulfonylureas, meglitinides, biguanides, alpha-glucosidase inhibitors, dan thiazolidinediones
  • Kosmetik, seperti waxing dan electrolysis, mungkin membantu untuk membuang bulu berlebihan.
  • Terapi penggantian hormon diberikan kepada wanita selepas menopaus yang mengalami sindrom ini.
  • Anti-androgen juga digunakan untuk merawat simptom androgen berlebihan.
  • Terapi hormon untuk memperbaiki ketidakseimbangan hormon akibat penyakit sistemik.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sindrom Achard-Thiers?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut dapat membantu anda menangani sindrom Achard-Thiers:

  • Kekalkan berat badan ideal
  • Elakkan ubat yang mungkin menyebabkan diabetes
  • Semasa hamil, anda perlu mengawal paras gula dan pastikan pengurusan berat yang sesuai.
  • Kurangkan paras kolesterol dan triglyceride juga dapat memberi manfaat.
  • Kurangkan merokok dapat membantu anda untuk mengelak sebarang komplikasi dan mencegah penyakit jantung.
  • Pemakanan dan pengurangan berat badan adalah faktor yang sangat penting untuk mengawal tekanan darah dan diabetes. Ini adalah penyumbang utama untuk sindrom Achard-Thiers
  • Kerap bersenam dapat membantu anda mencegah masalah obesiti.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Achard Thiers Syndrome. http://www.webmd.com/women/achard-thiers-syndrome. Accessed September 6, 2017.

Achard-Thiers Syndrome. http://www.dovemed.com/diseases-conditions/achard-thiers-syndrome/. Accessed September 6, 2017.

Achard Thiers Syndrome. https://rarediseases.org/rare-diseases/achard-thiers-syndrome/. Accessed September 6, 2017.

Gambar penulis
Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya pada 19/04/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x