Disebabkan harga minyak masak paket yang jauh lebih murah, ramai yang mendakwa bahawa ia bukanlah minyak sawit berkualiti, sebaliknya hanyalah minyak yang dikitar semula. Isu minyak masak paket yang kononnya dikatakan telah dikitar semula bukanlah satu isu yang baru.
Ia telah digembar-gemburkan sejak 10 tahun yang lalu. Persoalannya, benarkah minyak masak polibeg ini berkualiti rendah dan mengapa harganya jauh lebih murah?
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.
Harga minyak masak paket murah kerana minyak kitar semula?
Mungkin anda pernah mendengar dakwaan atau desas-desus berkenaan kualiti minyak masak polibag memandangkan harga minyak masak terkini 1kg lebih murah.
Ada yang mengatakan bahawa minyak masak polibag ini dihasilkan melalui proses kitar semula minyak-minyak masak terpakai.
Malah ada yang mendakwa bahawa status halal minyak masak polibag ini diragui disebabkan minyak-minyak terpakai ini dikutip daripada kedai-kedai makan yang memasak makanan tidak halal.
Tidak kurang juga yang menyatakan bahawa kualiti minyak masak polibeg ini tidak setanding dengan minyak masak kemasan botol.
Sejauh manakah dakwaan-dakwaan ini?
#1. Mengapa harga minyak masak paket murah?
Ada yang mempercayai bahawa minyak masak polibag ini dijual murah berbanding kuantiti yang sama dalam kemasan botol kerana ia telah dikitar semula.
Dakwaan ini ternyata TIDAK BENAR.
Untuk pengetahuan anda, minyak masak polibag dengan berat 1 kilogram ini merupakan jenis minyak masak yang disubsidikan oleh Kerajaan Malaysia.
Memandangkan ia telah disubsidi, maka harganya telah dikawal dan hanya boleh dijual dengan harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Selain itu, ia juga lebih murah berbanding minyak kemasan botol dengan kuantiti yang sama kerana ia hanya dibungkus dengan plastik polibag sahaja.
Oleh itu, kos pengeluaran juga menjadi lebih murah dan ia boleh dijual semula dengan harga yang lebih rendah.
Untuk minyak dalam kemasan botol pula, ia tidak disubsidikan oleh kerajaan dan menyebabkan harganya tidak dikawal.
Pengilang boleh menentukan harga mereka sendiri bagi produk minyak sawit botol keluaran mereka berdasarkan harga pasaran semasa.
#2. Minyak masak polibag bukan minyak kitar semula
Dakwaan ini juga bukanlah satu dakwaan yang benar dan ia sama sekali tidak berasas.
Ini kerana, pihak Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOB) hanya memberikan lesen mengitar semula minyak masak terpakai untuk dijadikan bahan biodiesel atau bahan-bahan lain seperti:
- makanan haiwan
- sabun sahaja
Ia sama sekali tidak digunakan untuk menghasilkan semula minyak masak terpakai.
Tambahan pula, kos untuk mengitar semula minyak masak terpakai ternyata lebih tinggi berbanding daripada kos menghasilkan minyak masak baharu.
Oleh itu, mana mungkin pengilang akan menjual kembali minyak tersebut dengan harga yang rendah untuk mengaut keuntungan jika kos mengitar semula minyak adalah jauh lebih tinggi.
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga telah menjalankan pemeriksaan, dan tiada sebarang aktiviti mengitar semula minyak masak untuk digunakan kembali sebagai minyak memasak dikesan di negara ini.
#3. Minyak masak pek plastik berkualiti rendah berbanding minyak botol?
Untuk pengetahuan anda, minyak masak yang dibungkus secara paket atau dalam polibag ini bukanlah berkualiti rendah.
Ia dihasilkan melalui proses yang sama seperti minyak masak botol dan mempunyai kualiti yang sama atau setanding dengan minyak masak botol.
Kebanyakan pengilang hanya membotolkan minyak masak yang telah diproses tanpa melakukan sebarang proses tambah nilai kepada minyak tersebut agar ia boleh dijual kembali dengan harga minyak masak 2024 yang lebih tinggi.
Dalam erti kata lain, proses pembotolan yang meningkatkan kos pengeluaran menyebabkan harga minyak masak 2024 botol lebih tinggi berbanding minyak masak polibeg.
Jadi, kenapa ada minyak masak paket yang kelihatan keruh atau gelap?
Mungkin anda ada terlihat, mengapa sesetengah minyak masak polibeg mempunyai warna yang lebih gelap atau keruh berbanding minyak masak botol.
Untuk pengetahuan anda, sesetengah pengilang akan melakukan proses tambah baik kepada minyak masak dalam kemasan botol.
Antara proses yang dilakukan ialah proses penapisan secara berulang bagi meningkatkan tahap kejernihan minyak tersebut.
Selain itu, proses penapisan berulang ini bertujuan untuk mengurangkan titik awan (cloud point) minyak masak terbabit.
Oleh sebab itu, ada kalanya minyak masak paket kelihatan lebih gelap kerana ia mempunyai titik awan (cloud point) yang lebih tinggi berbanding minyak masak botol.
Minyak masak dengan titik awan yang lebih tinggi akan lebih cepat untuk beku apabila berada dalam persekitaran dengan suhu yang rendah.
Perlu beli minyak masak pek plastik atau botol?
Ini bergantung kepada kemampuan anda. Jika anda mampu untuk membeli minyak masak botol, maka teruskan pembelian anda.
Perhatian!
Tambahan pula, harga minyak masak 2024 botol kini sudah mencecah lebih RM40.00 bagi kemasan botol 5 kilogram!
[embed-health-tool-bmi]