Kandungan capzasin dan zostrix pula mampu mengurangkan rasa sakit jika ditampal pada bahagian tubuh yang mengalami kesakitan.
Apabila kesemua bahan ini digabungkan, maka ia akan menyebabkan rasa panas atau sejuk yang kemudiannya menghantar isyarat kepada tubuh bagi mengurangkan rasa sakit tersebut.
Oleh sebab itu, sekeping koyok yang ditampal pada kulit sebenarnya boleh mengurangkan rasa sengal, lenguh atau sakit pada otot.
Cara menggunakan koyok dengan betul
Cara penggunaan yang betul dapat memastikan ubat yang ada pada koyok kepala atau koyok badan diserap oleh tubuh seperti yang dikehendaki.
Oleh itu, anda perlu mengetahui cara menampal koyok dengan betul agar ia berkesan dengan baik untuk menghilangkan rasa sakit otot anda.
Berikut ialah cara menampal koyok dengan betul:
#1. Bahagian bahu

Tampal koyok pada bahagian tengah bahu, iaitu antara leher dan hujung bahu.
Jangan tampal koyok pada hujung bahu kerana ia kurang berkesan disebabkan kedudukan tulang pada kawasan tersebut.
#2. Bahagian lengan
Elakkan menampal koyok badan pada sendi lengan yang terlipat (bahagian dalam siku).
Sebaliknya, tampal koyok pada bahagian atas selepas sendi lengan tersebut.
#3. Pergelangan tangan
Anda perlu menampal koyok pada bahagian dalam atau bahagian bawah pergelangan tangan.
Elakkan daripada menampal pada bahagian luar atau bahagian atas pergelangan tangan anda.
#4. Buku lali
Tampal koyok pada bahagian kulit atas daripada buku lali anda. Jangan sesekali menampal koyok betul-betul di atas buku lali.
Anda juga boleh menampal koyok badan pada bahagian bawah daripada buku lali anda.
#5. Bahagian leher

Untuk kawasan belakang leher, bagi koyok bersaiz besar, anda boleh mengguntingkan koyok tersebut menjadi dua bahagian. Kemudian, tampalkan setiap satu koyok pada satu sisi.
Anda boleh juga menampal satu bahagian koyok di tengah-tengah belakang leher jika ia bersaiz kecil atau sederhana.
#6. Lutut
Elakkan daripada menampal koyok pada bahagian atas lutut anda.
Sebaliknya, anda disarankan untuk menampalnya pada bahagian belakang lutut, iaitu di bawah lipatan sendi lutut tersebut (bukan di atas sendi).
#7. Bahagian kepala
Tampalkan koyok kepala pada bahagian dahi kepala dan elakkan menampalnya berdekatan dengan kawasan kening dan mata.
Jika tidak, mata anda pasti akan berasa pedih disebabkan penyerapan kandungan dalam koyok tersebut.
#8. Bahagian belakang badan

Untuk belakang badan pula, konsepnya sama seperti di bahagian belakang leher. Guntingkan koyok kepada dua bahagian dan tampalkan koyok badan tersebut pada dua bahagian belakang badan.
Elakkan menampal satu koyok yang bersaiz besar di tengah-tengah bahagian belakang badan (kawasan tulang belakang).
Amaran penggunaan koyok kepala dan badan
Kini anda telah mengetahui cara menampal koyok kepala dan koyok pada badan dengan betul. Namun ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian.
Antaranya ialah:
- Pastikan kulit bersih dan kering sebelum menampal koyok
- Elakkan menampal koyok pada bahagian kulit yang luka atau mengalami iritasi
- Cuci bersih tangan selepas menampal koyok
- Gunakan koyok hanya untuk sekali penggunaan sahaja
- Biarkan koyok selama sekurang-kurangnya 30 minit pada permukaan kulit
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen