backup og meta

Naluri Suka Kaum Sejenis, Genetik Gay Hanyalah Mitos, Kajian Ini Sudah Buktikan!

Naluri Suka Kaum Sejenis, Genetik Gay Hanyalah Mitos, Kajian Ini Sudah Buktikan!

Memang fitrah bagi lelaki inginkan perempuan sebagai teman seksual. Pun begitu, gejala homoseksual ternyata mencabar perkara tersebut.

Topik berkaitan dengan hubungan sejenis sering dianggap sensitif beberapa dekad yang lalu. 

Malah, mereka yang berorientasikan homoseksual sering diancam dengan hukuman jenayah. 

Namun kini, di negara barat, perbincangan berkenaan dengan topik homoseksual sering dilakukan secara terbuka.

Kajian bagi mencari bukti sains bahawa gejala homoseksual bukanlah pilihan tetapi ketentuan kerap dijalankan.

Walau bagaimanapun, sehingga sekarang, masih tiada lagi bukti yang dipersetujui oleh majoriti ahli akademik di seluruh dunia.

Bahkan, kebanyakan dapatan yang sering menjadi senjata bagi melesenkan homoseksualiti mempunyai kajian yang bercanggah dengannya.

Artikel ini akan menghuraikan sedikit sebanyak perihal homoseksual dan bukti sains berkenaan dengan maklumat genetik ‘gay’.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.

Gejala homoseksual adalah pilihan, bukan ketentuan – Ben Carson

gejala homoseksual

Walaupun ahli politik Amerika Syarikat, Ben Carson terpaksa memohon maaf pada tahun 2015 berikutan pernyataan “homoseksual adalah pilihan”, beliau masih percaya perkara tersebut benar.

Permohonan maaf tersebut dibuat kerana contoh yang diberikan agak keterlaluan.

Dalam ucapannya, beliau menggunakan individu yang masuk penjara sebagai model. Menurutnya:

“Ramai lelaki/wanita heteroseksual masuk penjara dan apabila mereka keluar, mereka gay. Jadi, adakah gejala homoseksual bukan pilihan individu?”

Kebanyakan saintis barat tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. 

Ia berikutan kajian terdahulu menunjukkan mereka tidak boleh menukar selera hubungan seksual hanya kerana mereka mahu.

Individu yang cuba untuk melawan naluri hubungan sejenis cenderung untuk mendapat masalah kesihatan mental.

Perkara ini dikuatkan lagi dengan bukti penemuan maklumat genetik ‘gay’ yang dilaporkan oleh pakar genetik, Dean Hamer pada tahun 1993.

Perkara ini telah menggalakkan penerbitan kajian pada tahun 2014 bagi membuktikan hipotesis Dean telah dibuat melibatkan 400 pasangan lelaki gay.

Mereka menemui perbezaan pada gen kromosom 8 dan X dalam kalangan subjek gay.

Jika wujud gen gay, ini bermakna, fitrah lelaki yang sukakan perempuan hanyalah rekaan semata-mata.

Walau bagaimanapun, kajian berskala besar yang diterbitkan pada tahun 2019 menunjukkan konsep gen gay hanyalah mitos.

Dapatan kajian terkini menunjukkan gen gay tidak wujud

gejala homoseksual

Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat (US) ini melibatkan 470,000 subjek yang tinggal di US atau di United Kingdom (UK).

Mereka ditanya berkenaan dengan identiti hubungan seksual, faktor tarikan, fantasi hubungan seksual dan kelakuan.

Data yang dikumpul akan dibandingkan dengan maklumat genetik yang disimpan di dalam bank genetik di UK dan US.

Jika mahu dibandingkan dengan data yang dikumpul pada tahun 1993 oleh pakar genetik Dean Hamer, saiznya adalah jauh lebih besar.

Dapatan kajian gagal untuk mengaitkan gejala homoseksual dengan mana-mana maklumat genetik.

Ia tidak menunjukkan sebarang paten seperti apa yang diterangkan oleh Dean berkenaan dengan gen gay.

Meskipun terdapat beberapa ribu maklumat genetik yang memberikan kecenderungan ke arah hubungan sejenis, implikasinya tersangatlah kecil.

Oleh sebab itulah, mereka menyimpulkan faktor persekitaran merupakan elemen penguat kepada punca seseorang itu jatuh ke lembah homoseksualiti.

Sama ada orientasi homoseksual ini mampu dikuatkan oleh faktor genetik ataupun tidak, ia tidak boleh disahkan melalui kajian tersebut.

Faktor biologi merupakan elemen yang melesenkan hubungan fitrah di antara lelaki dan perempuan.

Pengkaji juga tidak menyangkal bahawa faktor genetik boleh menjadi penyumbang kepada perkara tersebut berlaku.

gejala homoseksual

Namun, konklusi tersebut masih rapuh memandangkan data mereka terhad kepada mereka yang tinggal di negara barat.

Tambahan pula faktor perubahan generasi menyukarkan penilaian objektif terhadap topik homoseksual.

Generasi muda mungkin lebih terbuka berbanding dengan generasi tua yang lebih konservatif.

Salahkah jika saya mempunyai gejala homoseksual?

Ini merupakan satu persoalan yang sensitif.

Ia berikutan pendapat individu merupakan cerminan kepada faktor yang pelbagai.

Faktor agama, persekitaran dan tahap pendidikan mempunyai jawapan yang berbeza.

Jika anda beragama, sudah semestinya anda ditegah daripada melakukan hal ini. Majoriti (jika bukan semua) menganggap perbuatan gejala homoseksual sebagai dosa.

Anda mungkin berminat:

Sekiranya anda berpendidikan, ia bergantung kepada konteks pendidikan anda. Ada yang menyokong dan ada juga yang membantah.

Norma yang diwujudkan oleh budaya barat tidak seharusnya dijadikan amalan bagi membentuk cerminan baharu masyarakat setempat.

Individu yang berorientasikan homoseksual tidak sepatutnya diabaikan jika mereka meminta pertolongan.

Jangan hanya kerana mereka berlainan pendapat, kita menganggap kebaikan moral tidak memberikan apa-apa faedah.

Konklusi

Kajian terkini menunjukkan tiada istilah gen gay dalam hubungan seksual. 

Homoseksualiti merupakan satu orientasi yang melibatkan gabungan ribuan maklumat genetik dan faktor persekitaran.

Kesimpulan tidak boleh dibuat dengan sewenang-wenangnya memandangkan kita masih tiada bukti yang mencukupi.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Large-scale GWAS reveals insights into the genetic architecture of same-sex sexual behavior. (https://science.sciencemag.org/content/365/6456/eaat7693). Diakses pada 20 Julai 2020.
  2. Genome-wide scan demonstrates significant linkage for male sexual orientation. (https://www.cambridge.org/core/journals/psychological-medicine/article/genomewide-scan-demonstrates-significant-linkage-for-male-sexual-orientation/864518601436C95563EA670C5F380343). Diakses pada 20 Julai 2020.
  3. Benjamin Neale, Ph.D., director, genetics, Stanley Center for Psychiatric Research, Broad Institute of MIT and Harvard; Andrea Ganna, Ph.D., research fellow, Massachusetts General Hospital’s Analytical and Translational Genetic Unit; Zeke Stokes, GLAAD Chief Programs Officer; Aug. 29, 2019,Science
  4. There is no ‘gay gene.’ There is no ‘straight gene.’ Sexuality is just complex, study confirms. https://www.pbs.org/newshour/science/there-is-no-gay-gene-there-is-no-straight-gene-sexuality-is-just-complex-study-confirms, Accessed on Dec 25, 2021
  5. There’s no evidence that a single ‘gay gene’ exists. https://www.sciencenews.org/article/no-evidence-that-gay-gene-exists, Accessed on Dec 25, 2021

 

Versi Terbaru

25/12/2021

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Selamatkan Kehidupan Seks Anda & Pasangan Meski Diserang Depresi, Ini 4 Caranya!

Golongan LGBT Lebih Berisiko Mengalami Penyakit Jantung


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 25/12/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan