Berkhatan Melindungi Lelaki Homoseksual Daripada HIV Dan Jangkitan Kelamin

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Bersunat atau berkhatan dalam kalangan lelaki merujuk kepada prosedur pembuangan kulit di hujung kepala zakar atau lebih dikenali sebagai kulup. Perbuatan berkhatan mempunyai asal usul dalam kod agama tertentu seperti agama Islam namun semakin ramai ibu bapa zaman sekarang memilih untuk mengkhatankan anak lelaki mereka untuk tujuan kesihatan, lebih daripada sekadar saranan agama. Manfaat kesihatan berkhatan kepada si lelaki dan juga terhadap pasangan mereka adalah sesuatu yang kukuh serta tidak dapat dinafikan, hasil daripada himpunan kajian dan penyelidikan yang berpuluh tahun lamanya. Sains di sebalik manfaat kesihatan berkhatan ini turut mendorong Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), UNAIDS, Bank Dunia, Akedemi Pediatrik Amerika dan juga Pusat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Amerika (CDC) untuk mencadangakan berkhatan sebagai salah satu polisi kesihatan.

Manfaat kesihatan berkhatan termasuklah:

  • Merendahkan risiko dengan kadar yang signifikan daripada 2 jangkitan kelamin yang lazim – virus herpes simplex jenis 2 (HSV-2), punca kepada herpes kelamin, dan human papillomavirus (HPV), punca kepada ketuat kelamin dan juga kanser serviks/pangkal rahim.
  • Perlindungan daripada kanser serviks, displasia serviks, dan juga penyakit jangkitan kelamin seperti chlamydia dan syphilis.
  • Pencegahan daripada balanitis (keradangan kepala zakar) dan balanoposthitis (keradangan kepala zakar dan juga kulup).
  • Pencegahan daripada phimosis (keadaan di mana kulup tidak mampu ditarik, mencekik kepala zakar)
  • Mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing.

Berkhatan juga membantu mempermudahkan penjagaan kebersihan zakar secara tak langsung, memastikannya bebas jangkitan. Malahan, jika dibandingkan dengan mereka yang tidak bersunat dengan mereka yang bersunat, didapati bahawa lebih banyak titik jangkitan dan titik pembiakan jangkitan sekitar kemaluan mereka yang tidak bersunat sekaligus meningkatkan lagi risiko penyebaran HPV.

Bekhatan dan lelaki homoseksual(MSM)

Walaupun manfaat kesihatan daripada perkhatanan lelaki heteroseksual adalah sangat jelas, masih banyak yang tidak diketahui tentang peranan perlindungan berkhatan terhadap penyebaran penyakit jangkitan kelamin dan HIV dalam kalangan lelaki homoseksual/lelaki yang menjalinkan hubungan kelamin dengan lelaki(MSM). Mujurlah, awal bulan ini, sebuah penilaian sistematik dan meta-analisis data global yang menyiasat hubung kait antara berkhatan dalam kalangan MSM dan juga perlindungan daripada penyakit-penyakit jangkitan kelamin, telah diterbitkan dalam bahagian kesihatan global jurnal The Lancet.

Merentasi 62 kajian pemerhatian yang membabitkan sehingga 119 248 MSM, penilaian sistematik ini menemui kaitan antara bersunat dengan penurunan risiko jangkitan HIV sebanyak 23% dalam kalangan MSM keseluruhan. Tambahan lagi, berkhatan juga didapati memainkan peranan perlindungan daripada jangkitan HIV dalam kalangan MSM daripada negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana. Namun yang demikian, peranan perlindungan ini tidak berjaya ditemui dalam negara-negara berpendapatan tinggi. Selain itu, bersunat juga dikaitkan dengan pengurangan kemungkinan mendapat jangkitan virus herpes simplex (HSV) dalam kalangan MSM keseluruhan dan juga penurunan kemungkinan jangkitan HPV zakar dalam kalangan MSM yang telahpun dijagkiti HIV.

Pasukan pengkaji menterjemah dapatan-dapatan ini sebagai bukti bahawa berkhatan memainkan peranan perlindungan bagi MSM daripada jangkitan HIV, khususnya mereka yang berasal daripada negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana. Dalam aspek-aspek penting tertentu, peranan perlindungan berkhatan dalam kalangan lelaki heteroseksual hampir sama dengan peranan perlindungannya dalam kalangan MSM. Namun yang demikian, risiko jangkitan kelamin tidak boleh dipandang enteng. Justeru, perlindungan dan langkah berjaga-jaga lain perlu dipraktikan bagi membendung atau mengurangkan risiko transmisi jangkitan kelamin termasuk HIV.

Melihat kepada manfaat tambahan bersunat ini, pengkaji-pengkaji mencadangankan bahawa golongan MSM perlu dimasukkan sebagai kumpulan fokus atau kumpulan berkepentingan dalam kempen berkhatan khusunya dalam negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana. Merujuk kepada pecahan besar golongan MSM di negara-negara tersebut yang turut menjalinkan hubungan seks dengan wanita, kajian longitudinal yang dirangka dengan baik yang dapat membezakan MSM sahaja dan lelaki biseksual, adalah perlu dalan memperhalusi kesan berkhatan dalam penyebaran jangkitan HIV dan penyakit jangkitan kelamin.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis, ataupun rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wanita Usia 30-an, Buat Ujian HPV Sekarang Jika Tak Mahu Dapat Kanser Serviks! Ini Sebabnya

    Buat golongan wanita, anda kini hanya perlu lakukan ujian HPV sebagai ujian kanser serviks yang menggantikan pap smear. Apakah maksud ujian HPV?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    HPV, Kesihatan Seksual 28/01/2021 . 3 minit bacaan

    PANCUT AWAL, Berapa Lama Tempoh Yang Dikira Sebagai Ejakulasi Pramatang? Anda Pasti TERKEJUT!

    Mungkin ramai yang faham dan alami masalah pancut awal ini. Namun tahukah anda berapa lama tempoh ejakulasi pramatang? Jom ikuti artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Jejaka 26/01/2021 . 3 minit bacaan

    Capai Orgasma TANPA Terpancut Air Mani? Sengaja Atau Tidak, Ini Yang Akan Berlaku Pada Anda!

    Pernahkah anda dan pasangan cuba tahan air mani daripada keluar ketika seks? Sebelum lakukannya lagi, ketahui ada kesan sampingan atau tidak.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Jejaka 22/01/2021 . 3 minit bacaan

    Kalau Tak Nak Dikejarkan Ke Hospital Angkara CINCIN ZAKAR, Patuhi Syarat Ini Sebelum Pakai

    Ada dalam kalangan pembaca yang menggunakan cincin zakar? Bukan tidak boleh guna, cuma kena berwaspada tempoh penggunaan alat ini okay!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kesihatan Seksual, Seks Selamat 20/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    hubungan suami istri

    Kajian Kata Warga Emas Cenderung Lebih Aktif Bersetubuh, Ini Rupanya Sebabnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan
    berapa hari selepas bersama boleh mengandung

    Berapa Hari Selepas Bersama Boleh Mengandung? (Klu: Lebih Dari Seminggu)

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan
    pelincir faraj

    Faraj Sakit Semasa Seks? Cuba Guna Pelincir Faraj, Tapi Sebelum Beli, Baca Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/02/2021 . 3 minit bacaan
    jilat lubang dubur

    Meskipun Aneh, Tapi Ada Pasangan Gemar Jilat Lubang Dubur! Nak Tahu Tak Apa Akibatnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/01/2021 . 3 minit bacaan