Fistula Trakea-esofagus

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 20/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Fistula trakea-esofagus atau tracheoesophageal fistula merupakan satu sambungan yang tidak normal di satu atau lebih tempat di antara esofagus  dan trakea. Ia dikenali sebagai kecacatan kelahiran.

Definisi

Apakah itu fistula trakea-esofagus?

Fistula trakea-esofagus atau tracheoesophageal fistula merupakan satu sambungan yang tidak normal di satu atau lebih tempat di antara esofagus (yang merupakan tiub yang menyambungkan tekak ke perut) dan trakea (tiub sambungan dari tekak ke saluran udara dan paru-paru). Biasanya, esofagus dan trakea merupakan dua tiub yang berasingan dan tidak bersambung.

Fistula trakea-esofagus atau dalam singkatan mudahnya adalah TE fistula atau TEF, merupakan satu kecacatan kelahiran. Ia berlaku ketika janin sedang membentuk dalam rahim ibu. 

Apabila bayi dengan TEF menelan, cecair akan melalui sambungan yang tidak normal antara esofagus dan trakea. Sekiranya keadaan ini berlaku, cecair akan memasuki paru-paru dan boleh menyebabkan timbulnya masalah radang paru-paru dan masalah lain.

Terdapat tiga jenis TEF yang utama:

  1. Dalam 85 hingga 90 peratus TEF, bahagian atas esofagus berakhir dengan kantung buta (blind sac) dan bahagian bawah memasuki trakea.
  2. Bagi jenis kedua, bahagian atas esofagus berhubung secara langsung dengan trakea, manakala bahagian bawahnya berakhir dengan kantung.
  3. Dalam keadaan TEF yang jarang berlaku, dipanggil jenis H, kedua-dua esofagus dan trakea adalah lengkap. Tetapi kedua-duanya dihubungkan dengan saluran kecil. Ini merupakan satu jenis TEF yang sukar untuk didiagnosis, kerana kedua-dua saluran ini boleh melakukan fungsi untuk makan dan pernafasan. 

Masalah fistula trakea-esofagus selalunya berlaku kepada bayi dengan keadaan kecacatan kelahiran tambahan. 

Apakah kebarangkalian fistula trakea-esofagus?

Fistula trakea-esofagus berlaku kira-kira satu daripada 3,000 kelahiran hidup. Keadaan ini lebih kerap berlaku kepada bayi lelaki berbanding bayi perempuan.

Dalam sesetengah kajian menunjukkan bahawa TEF berlaku disebabkan peningkatan usia ibu. Anda boleh berbincang dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. 

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom fistula trakea-esofagus?

Antara gejala fistula trakea-esofagus yang sering berlaku adalah:

  • Hadir buih-buih putih sekitar mulut
  • Batuk atau tercekik ketika menyusu
  • Muntah
  • Kulit menjadi kebiruan, terutama ketika menyusu
  • Kesukaran untuk bernafas
  • Abdomen tampak bulat dan penuh

esogafus dan trakea

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas.

Jadi sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan atau kebimbangan mengenai simptom yang dialami, sila dapatkan rundingan dan pemeriksaan daripada doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sekiranya terdapat sebarang tanda atau simptom yang dinyatakan di atas atau pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Ini kerana setiap badan bertindak balas secara berbeza.

Jadi cara yang terbaik adalah untuk berbincang dengan doktor untuk menentukan penyelesaian yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini.

Ketahui puncanya

Apa yang mengakibatkan TEF?

Apabila janin berkembang dan membesar dalam uterus ibu sebelum dilahirkan, pelbagai sistem organ yang berbeza akan mengalami proses tumbesaran dan matang. Esofagus dan trakea mula membesar sebagai satu tiub tunggal. 

Pada minggu keempat sehingga kelapan konsepsi, akan terbentuk satu dinding antara esofagus dan trakea pada janin untuk memisahkan kedua-dua tiub ini dan menjadi tiub yang berbeza. Sekiranya dinding tidak dapat dibentuk dengan betul, TEF boleh berlaku.

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko TEF?

Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini.

Diagnosis & rawatan

Maklumat yang diberikan ini bukan pengganti kepada sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana TEF didiagnosis?

Diagnosis yang menunjukkan bahawa esogafus terganggu dapat dipastikan dengan ketidakupayaan untuk memasukkan tiub sedutan nasogastric ke dalam perut.

Jenis dan lokasi tempat TEF dapat ditentukan dengan menggunakan radiopaque catheter, yang membolehkan gambaran esofagus diambil. 

Sinar-X mungkin dapat menunjukkan udara yang terkandung dalam perut. Penggunaan endoskopi sering kali gagal untuk mengesan TEF sekiranya ia bersaiz kecil.

Bagaimana TEF dirawat?

Bagi bayi dengan masalah TEF jenis H tidak akan mampu untuk bertahan tanpa sebarang prosedur pembedahan untuk memisahkan dan memperbaiki esofagus dan trakea. Pembedahan biasanya dilakukan di hospital yang mempunyai kemudahan khas untuk merawat bayi yang baru lahir dengan masalah serius. 

Walau bagaimanapun, pembedahan tidak boleh dilakukan dengan segera disebabkan oleh beberapa faktor seperti bayi pramatang, kewujudan masalah kecacatan kelahiran yang lain atau komplikasi daripada pneumonia aspirasi (aspiration pneumonia). 

Sementara menunggu prosedur pembedahan dapat dilakukan, keadaan bayi akan distabilkan. Penjagaan rapi akan ditumpukan bagi mengelak wujudnya pneumonia aspirasi termasuk beberapa keadaan yang berikut, seperti:

  • Meninggikan kedudukan kepala untuk mengelakkan refluks
  • Menggunakan sedutan secara berterusan untuk mengeluarkan lendir dan air liur yang mungkin menyebabkan tersedak
  • Sekiranya perlu, bayi akan dimasukkan tiub gastrostomy ketika menyusu
  • Menghindari proses penyusuan secara terus melalui mulut

esofagus dan trakea

Apabila prosedur pembedahan dilakukan, esofagus akan disambungkan semula menjadikan ia bersambung dan berasingan daripada trakea.

Jika kedua-dua hujung esofagus terlalu jauh untuk disambungkan, tisu daripada usus besar akan diambil untuk menjadi penyambung kedua-dua hujung tersebut.

Perubahan gaya hidup & kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh diambil untuk menangani fistula trakea-esofagus?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor untuk mendapatkan penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Mahu Anak Yang Bijak? Ibu Cuba Lakukan 9 Rangsangan Ini Pada Si Manja, Baik Untuk Otak

Setiap ibu bapa pastinya mahukan anak bijak, kan? Ada cara yang boleh dilakukan untuk merangsang perkembangan otak bayi, confirm cerdik selepas ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Bayi, Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi 14/01/2021 . 3 minit bacaan

Bayi Menyusu Turut Berisiko Dehidrasi? Parents, Kenal Pasti 17 Tanda Ini & Cara Atasinya

Benarkah bayi juga boleh mengalami masalah kekurangan air? Jika benar, apakah tanda dehidrasi pada anak yang boleh dikenal pasti serta cara mengatasinya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Kesihatan Anak, Penyakit Kanak-Kanak 16/12/2020 . 3 minit bacaan

Kelahiran Secara Vakum Buat Kepala Bayi Lonjong? Jom Cuba Tip Ini Untuk Kurangkannya

Semasa kelahiran secara vakum, doktor menggunakan alat vakum membantu bayi keluar daripada saluran kelahiran. Namun benarkah ia punca kepala bayi lonjong?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Komplikasi, Proses Bersalin 15/12/2020 . 3 minit bacaan

Wanita PCOS Berjaya Hamil? Ambil Tahu Ini, Ada Risiko Pada Bakal Ibu & Bayi!

Mempunyai penyakit PCOS (sindrom ovarium polikistik) ketika mengandung mampu menyulitkan proses kehamilan mahupun bersalin. Ini yang ibu perlu tahu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Haid, Kesihatan Wanita 30/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

bahaya kencing manis

Ini Kesan Diabetes Masa Hamil Kepada Bayi Dalam Kandungan, Mak Buyung MESTI Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 22/02/2021 . 3 minit bacaan
kemurungan selepas bersalin

Ada Tempoh Kemurungan Normal Selepas Bersalin; Seminggu, Sebulan @ Lebih Lama? Baca Kajian Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/02/2021 . 3 minit bacaan
penyakit mata kuning jaundis

Mata Kuning Sebab Jaundis? Bukan Saja Berlaku Pada Bayi, Tapi Juga Kanak-kanak & Orang Dewasa

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
warna air mani

7 Fakta & Mitos Pembunuh Sperma Lelaki Yang Anda WAJIB Tahu, Jangan Percaya Benda Karut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan