backup og meta

Berita BAIK! PM Umum Cuti Tambahan Raya 2026, Ini Tarikhnya

Cuti tambahan raya 2026 diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini sebagai langkah memberi lebih masa kepada rakyat pulang berhari raya bersama keluarga. Pengumuman ini dibuat bagi memudahkan perjalanan balik kampung serta mengurangkan kesesakan jalan raya sempena Aidilfitri.

Berita BAIK! PM Umum Cuti Tambahan Raya 2026, Ini Tarikhnya

Dengan pengumuman ini, ramai rakyat ingin mengetahui tempoh cuti sebenar, jadual sekolah dan pengumuman rasmi hari raya.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, klik di sini.

Cuti tambahan raya 2026: Ini pengumuman rasmi oleh PMX dan tarikh cuti

Kerajaan mengumumkan cuti tambahan raya 2026 selama satu hari bagi memudahkan rakyat merancang perjalanan pulang ke kampung sempena Aidilfitri.

Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lebih awal supaya orang ramai dapat merancang cuti dengan lebih baik.

Tarikh cuti tambahan bergantung kepada hari sebenar sambutan Hari Raya Aidilfitri:

  • Jika 1 Syawal jatuh pada Jumaat, 20 Mac 2026

    • Kerajaan akan memberi cuti tambahan pada Isnin, 23 Mac 2026.

  • Jika 1 Syawal jatuh pada Sabtu, 21 Mac 2026

    • Kerajaan akan memberi cuti tambahan lebih awal iaitu pada Jumaat, 20 Mac 2026.

Ini bermakna, rakyat Malaysia akan menyambut cuti hari raya selama 4 hari!

Menurut Perdana Menteri, keputusan ini dibuat supaya rakyat mempunyai masa yang mencukupi untuk pulang ke kampung dan merancang perjalanan dengan lebih selesa.

Dengan pengumuman awal mengenai cuti tambahan raya 2026, orang ramai juga dapat mengatur cuti kerja serta perjalanan balik kampung dengan lebih terancang.

Cuti raya 2026 berapa hari?

Ramai tertanya cuti raya 2026 berapa hari?

Secara umum, tempoh cuti Aidilfitri bergantung kepada beberapa faktor:

Bagi pekerja sektor awam dan swasta

  • Cuti umum Hari Raya Aidilfitri: 2 hari

  • Tambahan cuti umum oleh kerajaan: 1 hari

Ini menjadikan tempoh cuti lebih panjang bergantung kepada hujung minggu.

Bagi murid sekolah

  • Cuti sekolah lebih panjang kerana digabungkan dengan cuti perayaan yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dengan pengumuman cuti tambahan raya 2026, tempoh rehat sempena Aidilfitri menjadi lebih panjang dan fleksibel untuk rakyat.

Pengumuman raya 2026 bila?

cuti tambahan raya 2026
Hari Raya Aidilfitri merupakan waktu terbaik untuk berkumpul dengan sanak saudara yang lama tidak bersua.

Di Malaysia, tarikh rasmi Hari Raya Aidilfitri diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui siaran televisyen dan radio.

Beberapa perkara penting mengenai pengumuman ini:

  • Pengumuman biasanya dibuat sekitar jam 8 malam

  • Ia dilakukan selepas proses cerapan anak bulan

  • Pengumuman rasmi dibuat secara langsung kepada seluruh negara

Berdasarkan jadual tahun ini, pengumuman akan dibuat pada Khamis, 19 Mac 2026 selepas proses cerapan selesai dan dijangka selepas waktu Maghrib.

Cuti sekolah raya 2026

Selain cuti umum untuk pekerja, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut mengumumkan cuti sekolah raya 2026 bagi memberi peluang kepada murid, guru dan ibu bapa membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Berdasarkan takwim akademik KPM, cuti sekolah sempena Aidilfitri dibahagikan kepada dua kumpulan negeri:

Kumpulan A

(Kedah, Kelantan, Terengganu)

  • 18 Mac 2026 (Rabu) – Cuti tambahan khas Aidilfitri
  • 19 Mac 2026 (Khamis) – Cuti tambahan khas Aidilfitri

  • 20 Mac – 28 Mac 2026 – Cuti Penggal 1

Secara keseluruhan, murid di negeri Kumpulan A menikmati kira-kira 11 hari cuti sekolah sempena Aidilfitri.

Kumpulan B

(Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Labuan)

  • 18 Mac 2026 (Rabu) – Cuti tambahan khas Aidilfitri
  • 19 Mac 2026 (Khamis) – Cuti tambahan khas Aidilfitri

  • 20 Mac 2026 (Jumaat) – Cuti tambahan khas Aidilfitri

  • 21 Mac – 29 Mac 2026 – Cuti Penggal 1

Ini menjadikan tempoh cuti bagi murid di negeri Kumpulan B sekitar 12 hari, lebih panjang kerana terdapat dua hari cuti tambahan sebelum cuti penggal bermula.

Pengumuman cuti sekolah raya 2026 ini dibuat bagi memudahkan keluarga merancang perjalanan pulang ke kampung serta memberi ruang kepada guru dan murid membuat persiapan Aidilfitri lebih awal.

Tip kesihatan ketika memandu jauh untuk balik kampung

Perjalanan jauh ketika musim perayaan boleh menyebabkan keletihan yang berbahaya.

Beberapa tip kesihatan yang boleh diamalkan:

  • Tidur secukupnya sebelum memulakan perjalanan

  • Berhenti berehat setiap 2 jam semasa memandu

  • Minum air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi (jika memandu pada waktu malam)

  • Elakkan memandu ketika terlalu mengantuk

Langkah ini penting bagi memastikan perjalanan pulang kampung sempena cuti tambahan raya 2026 dengan lebih selamat.

Kesimpulan

Pengumuman cuti tambahan sempena Aidilfitri memberi peluang kepada rakyat menikmati masa berkualiti bersama keluarga tanpa tekanan perjalanan yang tergesa-gesa.

Dengan perancangan yang baik, perjalanan pulang kampung dapat dilakukan dengan lebih selamat dan selesa.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Majikan sektor swasta disaran pertimbang cuti tambahan Aidilfitri. https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/majikan-sektor-swasta-disaran-pertimbang-cuti-tambahan-aidilfitri/. Diakses Mac 16, 2026.

PM Umum Cuti Tambahan Sempena Aidilfitri. https://bernama.com/bm/news.php?id=2534622. Diakses Mac 16, 2026.

Cuti tambahan Aidilfitri: KESUMA galakkan majikan beri kelonggaran kepada pekerja. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/03/1521723/cuti-tambahan-aidilfitri-kesuma-galakkan-majikan-beri-kelonggaran/. Diakses Mac 16, 2026.

Safe Driving Tips For Parents. https://safeteendriving.org/parents/tips. Diakses Mac 16, 2026.

Drivers are Falling Asleep Behind the Wheel. https://www.nsc.org/road/safety-topics/fatigued-driver?srsltid=AfmBOorCti2orKs4vrcGJnqUlrbHIUiAILl14fxJDoUihgNPUMWV37t3. Diakses Mac 16, 2026.

Versi Terbaru

17/03/2026

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Sakit Perut Sangat-Sangat! Apa Punca Cirit Birit Sering Kali Terjadi Semasa Hari Raya?

Jangan Pandang Rendah Sakit Perut Memulas Ketika Hari Raya, Apa Yang Sedang Berlaku?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan