Jika anda lihat di kampung-kampung, mungkin ada sesetengah kediaman yang masih menggunakan atap asbestos sebagai bumbung rumah. Namun tahukah anda, bahawa asbestos atap ini sebenarnya amat berbahaya kepada kesihatan kita?
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Jika anda lihat di kampung-kampung, mungkin ada sesetengah kediaman yang masih menggunakan atap asbestos sebagai bumbung rumah. Namun tahukah anda, bahawa asbestos atap ini sebenarnya amat berbahaya kepada kesihatan kita?
Ikuti penjelasan lanjut mengapa atap jenis ini sangat berbahaya kepada kesihatan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.
Kebanyakan bumbung rumah-rumah kampung atau bangunan-bangunan lama mungkin masih menggunakan atap asbestos.
Ia dipanggil asbestos kerana diperbuat daripada sekumpulan enam jenis gentian mineral semula jadi.
Gentian ini terkenal dengan kekuatan serta sifat ketahanannya yang kalis api dan juga bahan kimia.
Disebabkan oleh kualiti ini, industri pembuatan dan bangunan telah menggunakan asbestos untuk pelbagai tujuan.
Antaranya adalah untuk menguatkan simen dan plastik, sebagai bahan penebat, dan untuk tujuan penyerapan bunyi.
Selain itu, ia digunakan sebagai bahan kalis api untuk bangunan, pakaian dan juga kenderaan tentera.
Gentian asbestos yang biasa kita lihat mungkin berwarna putih atau kelabu. Tetapi ia juga boleh didapati dengan warna coklat, hijau dan juga biru.
Sebenarnya, asbestos telah banyak digunakan dalam penghasilan pelbagai produk.
Produk yang paling biasa dan dikenali ramai tentunya atap asbestos.
Selain daripada asbestos atap, gentian ini juga digunakan dalam penebat paip, saluran atau relau; bahan pelekat; jubin lantai dan juga papan.
Atap gentian ini pada asalnya tidaklah berbahaya, melainkan jika gentian ini dilepaskan atau terlepas ke udara.
Sekiranya gentian asbestos ini dilepaskan ke udara, ia akan terurai menjadi partikel-partikel kecil.
Ia kemudiannya akan dibawa ke dalam udara dan kita akan menyedutnya ke dalam paru-paru sewaktu bernafas.
Apabila partikel-partikel gentian ini berkumpul dalam paru-paru, ia boleh menyebabkan parut dan juga keradangan.
Tidak cukup setakat itu, ia juga akan mendedahkan kita kepada beberapa jenis penyakit, antaranya:
Beberapa badan kesihatan di sesetengah negara telah menyatakan bahawa asbestos ini sebagai karsinogen, iaitu bahan penyebab berlakunya kanser.
Mengerikan bukan?
Oleh sebab itu, jika anda menjumpai sebarang atap gentian ini yang telah pecah, retak atau berdebu, anda perlu menjauhkan diri kerana produk asbestos yang telah pecah boleh melepaskan partikel-partikel asbestos yang berbahaya ke ruang udara.
Jika anda berada terlalu dekat, dibimbangi anda akan menyedutnya masuk ke dalam paru-paru sewaktu bernafas.
Semua individu mempunyai risiko untuk terdedah kepada bahaya gentian ini.
Jika rumah anda atau bangunan berdekatan anda masih menggunakan atap asbestos, maka risiko anda juga akan semakin bertambah.
Lebih-lebih lagi jika anda berhadapan dengan atap asbestos yang telah patah, reput, lama atau berdebu.
Namun, mereka yang bekerja secara terus dengan industri yang melibatkan asbestos mempunyai risiko yang lebih tinggi.
Ini termasuklah industri pembuatan kapal laut, pembinaan rel kereta api, pembinaan, automotif, pembuatan bahan kimia dan juga perobohan bangunan.
Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko pendedahan terhadap bahaya asbestos.
Antaranya ialah:
Kebiasaannya, ia akan mengambil masa antara 30 hingga 40 tahun lamanya untuk melihat kesan negatif selepas pendedahan pertama terhadap asbestos.
Namun, semakin lama dan berat pendedahan asbestos terhadap diri anda, maka tempoh masanya mungkin akan menjadi lebih cepat.
Oleh itu, jika anda terlihat atap gentian ini atau lain-lain produk yang melibatkan penggunaan asbestos, sila jauhi kawasan tersebut dengan segera.
Sila kongsikan maklumat penting ini kepada ibu bapa atau mana-mana individu yang masih menggunakan atap jenis ini pada bumbung kediaman atau bangunan milik mereka.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen