Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Anda Pun Rasa Diri Tak Sesuai Dalam Kategori Introvert Atau Extrovert? Cuba Baca Ni!
Ramai antara kita pernah tertanya, “Aku ni jenis introvert ke extrovert sebenarnya?” Jawapannya mungkin – kedua-duanya bukan. Setiap individu mempunyai contoh personaliti diri yang unik dan kini muncul satu istilah baharu yang semakin popular iaitu otrovert.
Konsep ini menggambarkan seseorang yang mampu menyesuaikan diri mengikut keadaan sosial tanpa terikat dengan satu jenis personaliti tertentu.
Untuk memahami dengan lebih mendalam, mari kita kenali dulu maksud personaliti diri dan bagaimana ia membentuk cara kita berinteraksi dengan dunia sekeliling.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klikdi sini.
Maksud personaliti diri
Extrovert lebih mudah membuka perbualan dengan orang lain.
Secara mudahnya, maksud personaliti diri ialah gabungan sifat, emosi dan cara seseorang bertindak balas terhadap situasi tertentu. Ia merangkumi cara berfikir, berkomunikasi dan membuat keputusan.
Menurut psikologi, personaliti terbentuk melalui faktor genetik, pengalaman hidup dan persekitaran sosial.
Sebagai contoh, dua orang boleh mempunyai latar belakang yang sama, tetapi maksud personaliti diri mereka tetap berbeza kerana setiap individu menilai dan bertindak secara berbeza terhadap pengalaman yang mereka lalui.
Jenis-jenis personaliti yang biasa ditemui
Dalam dunia psikologi moden, terdapat beberapa jenis-jenis personaliti utama yang sering digunakan untuk mengenal pasti corak tingkah laku seseorang:
Introvert: Suka ketenangan, lebih selesa bersendiri, dan cepat penat bila berinteraksi terlalu lama
Extrovert: Cergas bila bersama orang lain, mudah bergaul, dan cepat bosan bila keseorangan
Ambivert: Gabungan introvert dan extrovert, bergantung pada keadaan.
Otrovert: Personaliti baharu yang fleksibel dan mudah menyesuaikan diri mengikut tenaga sosial di sekeliling
Memahami jenis-jenis personaliti membantu seseorang mengenali kelebihan dan batas diri untuk membina hubungan sosial yang sihat.
Ciri-ciri personaliti yang membezakan individu
Individu introvert lebih selesa bersendirian berbanding bersosial dengan orang lain.
Setiap orang mempunyai ciri ciri personaliti tersendiri yang membentuk siapa diri mereka.
Antara ciri ciri personaliti yang sering menjadi penanda ialah:
Kecenderungan terhadap aktiviti sosial atau masa bersendirian
Nilai dan prinsip hidup yang dipegang
Ciri-ciri ini bukan sesuatu yang statik. Ia boleh berubah seiring dengan pengalaman hidup, usia dan keadaan semasa.
Sebab itu wujudnya pelbagai contoh personaliti diri dalam kalangan masyarakat moden.
Ujian personaliti diri: cara moden kenali siapa diri anda
Untuk mengenali personaliti seseorang, ramai kini menggunakan ujian personaliti diri yang boleh diakses secara dalam talian.
Antara yang paling popular ialah:
Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) – membahagikan individu kepada 16 kategori personaliti berbeza
Big Five Personality Test – menilai lima ciri utama iaitu keterbukaan, tanggungjawab, keramahtamahan, kestabilan emosi, dan ekstraversi
Enneagram Test – mengukur motivasi, ketakutan, dan keinginan dalaman seseorang
Walaupun ujian personaliti diri ini bukan alat diagnostik rasmi, ia membantu kita memahami bagaimana personaliti seseorang mempengaruhi hubungan, kerja, dan kesejahteraan diri.
Otrovert: personaliti baru yang lebih fleksibel
Berbeza daripada kategori introvert atau extrovert, otrovert ialah individu yang sangat fleksibel.
Mereka boleh menjadi pendiam dalam situasi tertentu, tetapi juga boleh menonjol bila keadaan memerlukan.
Tidak bergantung kepada tenaga sosial orang lain untuk berasa gembira
Tahu bila perlu bersosial dan bila perlu bersendirian
Lebih fokus kepada keseimbangan dan kesejahteraan diri
Konsep otrovert ini semakin diterima ramai kerana ia menggambarkan realiti dunia moden di mana keseimbangan antara sosial dan kesunyian amat penting untuk kesihatan mental dan emosi.
Ini penerangan tentang kecelaruan personaliti.
Kesimpulan
Setiap contoh personaliti diri adalah unik, tiada yang betul atau salah. Sama ada anda introvert, extrovert, atau otrovert, yang penting ialah memahami maksud personaliti diri dan bagaimana ia mempengaruhi cara anda berinteraksi dengan dunia.
Dengan mengenal pasti jenis-jenis personaliti dan ciri ciri personaliti diri sendiri, anda boleh mencipta gaya hidup yang lebih seimbang, memahami orang lain dengan lebih baik, serta menjadi versi diri terbaik setiap hari.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
What Is Personality?. https://www.apa.org/topics/personality. Diakses pada Oktober 6, 2025.
The Big Five Personality Traits. https://www.psychologytoday.com/us/basics/big-5-personality-traits. Diakses pada Oktober 6, 2025.
Introversion and Extraversion. https://www.britannica.com/topic/introversion. Diakses pada Oktober 6, 2025.
Personality Types Explained. https://www.simplypsychology.org/personality.html. Diakses pada Oktober 6, 2025.
Otroversion: Fad or Fact?. https://community.theabp.org.uk/news/2825118. Diakses pada Oktober 6, 2025.
Versi Terbaru
30/10/2025
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor