Melaka, 29 November 2024 — Pusat Perubatan Mahkota (MMC), ahli kumpulan HMI Medical, meraikan ulang tahunnya yang ke-30 dengan penjenamaan wad hospital melalui pelancaran Wad Pintar Generasi Baru (Next-Gen SmartWard) yang pertama di Malaysia.
Artikel Tajaan
Melaka, 29 November 2024 — Pusat Perubatan Mahkota (MMC), ahli kumpulan HMI Medical, meraikan ulang tahunnya yang ke-30 dengan penjenamaan wad hospital melalui pelancaran Wad Pintar Generasi Baru (Next-Gen SmartWard) yang pertama di Malaysia.

Langkah ini merupakan transformasi ke arah mendefinisikan semula penjagaan pesakit melalui penggunaan teknologi pintar yang menjadi pelopor kepada transformasi digital dalam penjagaan kesihatan.
Secara terasnya, Next-Gen Smart Ward ialah rangkaian teknologi bersepadu yang direka untuk merevolusikan setiap aspek penjagaan pesakit.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.
Wad Pintar Generasi Baru meningkatkan respons serta memperkasakan warga hospital.
Termasuklah doktor, jururawat dan pesakit untuk membuat keputusan yang lebih tepat mengenai kesihatan mereka.
Inisiatif ini dibina atas kejayaan pelaksanaan Sistem Maklumat Hospital (HIS) oleh MMC, mengintegrasikan peranan berasaskan Internet of Things (IoT).
Tambahan pula, aliran kerja digital dengan lancar juga berfungsi mentransformasikan pengalaman penjagaan pesakit.

“Inisiatif ini menandakan satu pencapaian yang penting dalam aspirasi kami untuk benar-benar menjadi sebuah hospital pintar,” kata Teo Chin Yee, Ketua Pegawai Eksekutif Mahkota Medical Centre.
Dengan kemaskini masa nyata, profesional penjagaan kesihatan kami dapat membalas dengan lebih pantas dan tepat, tambah beliau lagi.
Hal ini membolehkan jururawat dan doktor dapat meluangkan lebih banyak masa yang berkualiti bersama pesakit.
Reka bentuk Next-Gen Smart Ward yang dipermudahkan juga dapat memastikan penjagaan yang peribadi sambil memperkasakan profesional penjagaan kesihatan kami menyelesaikan isu dengan lebih cekap.
Dalam dunia digital yang semakin terintegrasi hari ini, pesakit kini mencari perkhidmatan penjagaan kesihatan atau wad hospital yang mudah dan bersesuaian dengan keperluan mereka.
Harapan yang semakin berkembang ini dipengaruhi oleh kemajuan teknologi digital serta perubahan dalam standard perkhidmatan penjagaan kesihatan yang tercetus akibat pandemik.

Beberapa ciri utama Wad Pintar Generasi Baru adalah termasuk:
Next-Gen Smart Ward berperanan memenuhi keperluan sistem penjagaan kesihatan berfokuskan pesakit sambil meningkatkan kualiti dan kecekapan penjagaan kejururawatan.

MMC telah melaksanakan satu program perintis yang intensif selama dua bulan di beberapa wad terpilih.
Inisiatif ini telah membuka keupayaan teknologi baharu Next-Gen Smart Ward, sekali gus menjadi wad hospital untuk pelaksanaan di seluruh hospital dengan lancar dan berkesan.
Pelaksanaan inisiatif Next-Gen Smart Ward di MMC ini hanyalah satu permulaan.
Kemajuan ini akan terus memperkukuhkan visi MMC untuk menjadi hospital rujukan paling disegani di Asia Tenggara.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
13/12/2024
Ditulis oleh Siti Fatihah
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor