backup og meta

Hari Jururawat Antarabangsa: Bayangkan Apa Jadi Jika Tiada Cik Misi, Tambah Pula Waktu COVID-19 Ini

Hari Jururawat Antarabangsa: Bayangkan Apa Jadi Jika Tiada Cik Misi, Tambah Pula Waktu COVID-19 Ini

Kita sering kali memandang enteng peranan jururawat yang bertungkus lumus menjaga dan membantu kita saat terlantar sakit di hospital. Mereka adalah wira tidak didendang. 

Unsung hero

Jururawat atau panggilan orang dahulu, ‘Misi’, merupakan antara mereka yang berada di barisan hadapan dalam memerangi wabak pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini.

Mereka bertungkus-lumus melawan virus dengan merawat individu positif COVID-19. Walhal, mereka menyedari perbuatan tersebut boleh mengorbankan nyawa mereka sendiri. Namun ia tidak menghalang mereka daripada meneruskan tugasan mulia itu.

Selain doktor, peranan jururawat dalam melawan dan memerangi 1 ancaman paling kronik pada abad ini tidak boleh kita nafikan. 

Jururawat telah merawat pesakit positif jangkitan virus pandemik ini tanpa henti. Sememangnya mereka layak bergelar wira tidak didendang.

Ketika penularan wabak COVID-19, kita melihat bagaimana mereka meneruskan tugasan menukar silinder oksigen kosong untuk pesakit, menyediakan ubatan dan makanan. Kesemua tugasan itu mendedahkan mereka kepada jangkitan.

Para pejuang barisan hadapan yang berani ini sanggup membahayakan nyawa sendiri, malahan keluarga mereka juga.

Di hospital, mereka membantu merawat individu yang langsung tidak mereka kenali dan tidak mempunyai pertalian darah pun dengan mereka.

Hanya 1 ikatan yang menghubungkan mereka iaitu ikatan kemanusiaan.

wira tidak didendang

Besar peranan jururawat yang tidak diketahui

Umumnya, jururawat berperanan untuk menyediakan sekitar 90% perkhidmatan penjagaan kesihatan di dunia. Untuk itu juga, mereka memang layak bergelar wira tidak didendang.

Peranan jururawat adalah untuk menggalakkan penjagaan kesihatan, mendidik pesakit dan individu awam tentang langkah pencegahan bagi penyakit dan kecederaan.

Mereka juga berperanan dalam memberi rawatan dan membantu proses penyembuhan, mengambil bahagian dalam proses pemulihan dan memberikan sokongan.

Tidak ada jawatan profesional dalam penjagaan kesihatan lain yang memiliki peranan dan fungsi sebesar dan seluas ini.

Mereka yang berpakaian putih dan biru ini merupakan golongan yang membantu sesebuah keluarga belajar menjalani 1 kehidupan yang sihat. 

Mereka membantu individu dan keluarga pesakit untuk mengatasi, menangani serta melawan penyakit yang dialami, agar dapat meneruskan kehidupan.

Peranan jururawat bukan sekadar menjaga individu. Bahkan mereka akan selalu berada di barisan hadapan untuk berdepan dengan sebarang masalah berkaitan penjagaan dan kesihatan awam.

Menurut Pengarah Johns Hopkins Center for Global Health, Dr Thomas C. Quinn, “Jururawat memainkan peranan yang lebih penting daripada sekadar memberikan rawatan.”

“Mereka dapat membantu membentuk dasar tentang bagaimana rawatan harus diberikan. Malahan mereka juga berperanan membangunkan kemampuan kesihatan sesebuah negara,” ujar Dr Quinn.

Cabaran seorang jururawat pada masa hadapan

Memperbaiki dan meningkatkan aspek kesihatan adalah tugas yang menakutkan dan banyak cabarannya. 

Seorang jururawat perlu bersedia untuk berdepan cabaran seperti:

  • Menyediakan penjagaan kesihatan dalam persekitaran kesihatan yang kekurangan sumber
  • Melakukan penjagaan kesihatan dalam persekitaran yang penuh kekacauan
  • Mengendalikan peningkatan permintaan berkaitan kejururawatan apabila kekurangan tenaga kerja
  • Menangani peningkatan kerumitan dalam terapi perubatan
  • Menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi perubatan
  • Menguruskan masalah berkaitan isu kualiti dan keselamatan
  • Halangan untuk memberikan perawatan yang selamat, berkualiti dan tepat pada waktunya

peranan-jururawat-jangan-pandang-enteng

Tugas wira tidak didendang ini bukan sekadar merawat, bahkan peranan jururawat juga melibatkan penilaian berterusan terhadap kesihatan pesakit. 

Tanpa mengira masa, kemahiran pemerhatian dan kewaspadaan mereka membolehkan doktor membuat diagnosis yang lebih baik dan mencadangkan rawatan berkesan.

Banyak nyawa dapat diselamatkan atas kelebihan yang dimiliki insan bergelar jururawat ini.

Hebatnya tugas & peranan  jururawat

Seorang jururawat akan melakukan pengawasan dan pemantauan 24/7. Mereka menyelamatkan nyawa melalui pemerhatian kepada pesakit. 

Kelebihan ini diperolehi daripada pendidikan kesihatan selama bertahun-tahun melibatkan aspek penilaian pesakit.

Jika menyedari kemerosotan kesihatan pesakit, mereka akan melakukan perancangan untuk menyelamatkannya.

Seorang jururawat yang baik bukan sekadar memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan, tetapi lebih daripada itu.

Jururawat juga akan mengajar pesakit tentang bagaimana menyediakan keperluan kesihatan mereka sendiri agar dapat kembali ke rumah dan menjalani kehidupan dengan lebih baik dan produktif.

Individu lengkap beruniform ini akan melayani pesakit bagaikan ahli keluarga mereka sendiri.

Nurse garang, selalu marah-marah”, itu ungkapan yang sering kita dengar tentang jururawat, bukan?

Tetapi adakah anda sedar bahawa mereka perlu menjadi seorang yang tegas dalam memberikan penjagaan kesihatan yang terbaik buat anda. 

Bayangkan jika anda berada di tempat mereka, berdepan dengan pelbagai kerenah tetapi masih perlu melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan pesakit bertambah baik. Mampukah anda untuk menjalankan tugas dengan sebaiknya?

Sejujurnya, penulis tidak mampu.

Raikan Cik Misi

peranan-jururawat-jangan-pandang-enteng

Sempena Hari Jururawat Antarabangsa pada 12 Mei ini, apa kata kita raikan jururawat yang tanpa lelah memberikan rawatan terbaik kepada pesakit.

Sambutan ini juga adalah bagi meraikan ulang tahun kelahiran Nightingale – seorang wanita Inggeris yang mempelopori bidang kejururawatan moden.

Peranan jururawat amatlah besar. Mereka adalah wira tidak didendang dalam sektor penjagaan kesihatan- sering diabaikan tetapi penting dalam penjagaan pesakit.

Tanggungjawab dan pengorbanan besar yang diberikan mereka akan terasa dihargai apabila menerima ucapan terima kasih daripada pesakit mereka.

Jadi jangan lupa ucap ‘Terima Kasih’ kepada jururawat yang tidak berhenti melayan kerenah anda itu, okay?

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://magazine.nursing.jhu.edu/2010/08/a-global-profession/ / Accessed on May 8, 2020

https://www.mcgill.ca/nursing/events/today / Accessed on May 8, 2020

https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/04/29/nurses–healthcares-unsung-heroes/ / Accessed on May 8, 2020 

https://www.truthaboutnursing.org/faq/be_a_nurse_why.html#gsc.tab=0 / Accessed on May 8, 2020

https://tbsnews.net/thoughts/unsung-heroes-fighting-coronavirus-52099 / Accessed on May 8, 2020

Versi Terbaru

02/07/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ayu Idris


Artikel Berkaitan

Pink Charity Walk, Tingkatkan Kesedaran Pemeriksaan & Pengesanan Kanser Payudara!

'Prevention is Power', Tingkatkan Kesedaran Rakyat Malaysia Untuk Lawan Diabetes!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 02/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan