backup og meta

Pakar Bekerjasama Perangi Epidemik Senyap Anemia Dalam Kalangan Kanak-Kanak!

Pakar Bekerjasama Perangi Epidemik Senyap Anemia Dalam Kalangan Kanak-Kanak!

KUALA LUMPUR, 24 SEPTEMBER 2024 – Konsensus terbaharu telah ditubuhkan  oleh sekumpulan pakar bebas mengenai penyaringan dan pengurusan bagi kurang zat besi dalam darah yang berlaku kalangan kanak-kanak kecil di seluruh Asia Tenggara dan India.

Konsensus itu dibuat sebagai respons kepada penemuan kajian Kuat Zat Besi 2023 (Iron Strong Study 2023) yang agak membimbangkan, yang menekankan bahawa 1 daripada 3 kanak-kanak Malaysia berisiko menghidap anemia.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

zat besi dalam darah
Diskusi berkaitan Anemia dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. Dari kiri ke kanan: Profesor dan Perunding Kanan Endokrinologi Pediatrik, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Professor Dr. Muhammad Yazid Jamaludin, Program Pemakanan, Sekolah Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Professor Dr Hamid Jan, Pengarah Pembantu Utama, Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE), Jabatan Pembangunan Kanak-kanak, JKM Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, YBrs. Puan Norhida Binti Aziz, Pengarah Pusat Sains Perubatan dan Pemakanan SEA, Danone Asia Tenggara, Angie Low.

Profesor Dr Muhammad Yazid Jalaludin, Profesor dan Pakar Perunding Kanan Pediatrik Endokrinologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, menekankan: “ Penerbitan konsensus: “ Konsensus  ini merupakan kemajuan yang terbaik dalam menguruskan IDA dikalangan kanak-kanak.

Dengan menghimpunkan pakar-pakar yang hebat dari rantau ini, pelbagai cadangan  berasaskan bukti yang mempunyai asas yang kuat  diharapkan dapat memberikan manfaat yang besar kepada kesihatan kanak-kanak.”

Konsensus ini turut membuktikan usaha yang diterajui oleh pakar-pakar ini dalam menangani IDA mencerminkan kepakaran kolektif pakar serantau dan menguatkan komitmen untuk meningkatkan kesihatan kanak-kanak.

Angie Low, Pengarah Hab Sains Perubatan & Pemakanan SEA di Danone Asia Tenggara, menyatakan “Sebagai tambahan kepada konsensus, Danone juga telah memperkenalkan Soal Selidik Saringan Kuat Zat Besi dalam talian untuk terus meluaskan capaian kepada orang ramai bagi menyokong usaha dalam mengenal pasti dan menangani IDA .”

“Danone kekal komited untuk menyokong cadangan pakar-pakar ini melalui inisiatif dan perkongsian berterusan yang juga sejajar dengan misi korporat kami. Kami memberikan tumpuan terutamanya untuk meningkatkan program saringan bukan invasif kami dan penyelesaian pemakanan dalam memerangi isu kesihatan kritikal ini,” jelas beliau.

Pendekatan Pelbagai Serampang untuk Menangani Anemia Kanak-kanak

Profesor Dr Muhammad Yazid Jalaludin menekankan, “Anemia kekurangan zat besi (IDA) pada kanak-kanak sering kurang didiagnosis kerana kes ringan selalunya tidak menunjukkan simptom yang jelas .

Walau bagaimanapun, kekurangan yang tidak dapat dikesan ini boleh memberikan impak yang ketara kepada pertumbuhan dan ianya memberikan impak kepada perkembangan otak kanak-kanak dan keupayaan pembelajaran masa depan. “

Panel pakar juga mencadangkan saringan anemia bukan invasif perlu dilaksanakan setiap tahun untuk kanak-kanak berumur 1-5 tahun. Pendekatan strategik ini bertujuan menambah baik pengesanan awal dan pengurusan IDA.

Selain itu, pendekatan ini menekankan betapa pentingnya intervensi pemakanan, terutamanya pengukuhan makanan dan susu untuk membantu mengurangkan risiko IDA dalam semua kanak-kanak serta mendidik ibu bapa dan penjaga secara aktif tentang risiko dan pencegahan IDA.

Walaupun kelaziman IDA agak membimbangkan pada kanak-kanak Malaysia, namun dasar kebangsaan mengenai saringan rutin dan intervensi masih tidak mencukupi.

Ketika ini, saringan hanyalah sebahagian daripada strategi komprehensif. Pendekatan secara holistik adalah perlu untuk memerangi kurang zat besi dalam darah pada kanak-kanak.

Konsensus ini  juga menekankan peranan penting pemakanan dalam mencegah dan menguruskan IDA pada kanak-kanak.

zat besi dalam darah
Sesetengah pesakit anemia tidak menunjukkan tanda-tanda tersebut.

Profesor Dr. Hamid Jan, Profesor, Program Pemakanan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, menyatakan,”Menangani kurang zat besi dalam darah pada kanak-kanak memerlukan pendekatan pelbagai dimensi yang menggabungkan pengesanan awal dengan intervensi pemakanan yang komprehensif.

Memasukkan pelbagai makanan kaya zat besi ke dalam diet anak-anak anda, seperti daging tanpa lemak, ayam, itik, kekacang atau sayur-sayuran berdaun gelap seperti bayam, ialah sumber yang sangat baik.

Selain itu, susu dan makanan yang diperkaya memainkan peranan penting dalam memastikan pengambilan zat besi yang mencukupi, terutamanya untuk kanak-kanak yang mungkin mempunyai akses yang terhad kepada diet yang pelbagai.”

Beliau seterusnya menambah, “Menggandingkan makanan kaya zat besi dengan penggalak (enhancers) seperti makanan yang kaya vitamin C boleh meningkatkan penyerapan dengan ketara, sekali gus menjadikannya lebih mudah untuk anak anda meraih manfaat daripada pengambilan zat besi mereka.”

Menyedari keperluan untuk pendekatan holistik dalam memerangi kurang zat besi dalam darah, Danone memperkenalkan Soal Selidik Saringan Kuat Zat Besi, iaitu alat penilaian kendiri dalam talian yang dibangunkan dengan kerjasama panel pakar pediatrik dan pemakanan.

Soal selidik yang inovatif dan mesra pengguna ini memperkasakan ibu bapa untuk menilai pengambilan zat besi anak mereka berdasarkan umur dan memberikan panduan tentang jenis dan jumlah makanan kaya zat besi untuk dimasukkan ke dalam diet mereka.

Inisiatif Danone adalah sejajar dengan Kertas Putih Kesihatan kerajaan Malaysia, yang menekankan kepentingan langkah kesihatan pencegahan dan kerjasama pelbagai sektor.

Kertas putih itu menekankan keperluan terhadap pendekatan inovatif untuk menangani cabaran kesihatan, terutamanya dalam kalangan populasi yang mudah terjejas, yang sejajar dengan komitmen Danone untuk memerangi anemia kurang zat besi dalam darah pada kanak-kanak.

kurang zat besi dalam darah
Oksimetri nadi adalah kaedah tidak invasif untuk mengukur ketepuan oksigen arteri dan kadar nadi.

Usaha Danone Untuk Meningkatkan Pemeriksaan dan Pencegahan Anemia:


  • Menyediakan akses yang mudah melalui Soal Selidik Saringan Kuat Zat Besi dalam talian dan Kod QR untuk ibu bapa dan penjaga
  • Jerayawara Generasi Kuat Zat Besi Dugro di seluruh negara, menawarkan saringan anemia bukan invasif percuma dan pendidikan pemakanan.
  • Bekerjasama dengan penyedia penjagaan kesihatan dan kerajaan untuk mengintegrasikan saringan anemia bukan invasif dalam rutin pemeriksaan kesihatan kanak-kanak 
  • Menghasilkan produk formula diperkaya zat besi yang inovatif dan boleh diakses untuk kanak-kanak, Dugro menampilkan Iron Active – gabungan unik zat besi dan vitamin C yang membantu dalam 3X penyerapan, bersama DHA dan 21 vitamin serta mineral penting.  Pengambilan tiga gelas Dugro setiap hari menyediakan 100% daripada pengambilan zat besi yang disyorkan.

Dengan menggalakkan kerjasama antara profesional penjagaan kesihatan dan pembuat dasar, Danone menyasarkan matlamat untuk memacu peningkatan bermakna dalam kesihatan dan pemakanan kanak-kanak di seluruh rantau ini.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Anemia, https://anemia.org/, Diakses pada September 25, 2024.
  2. Anemia in Children and Teens, https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/chronic/Pages/Anemia-and-Your-Child.aspx, Diakses pada September 25, 2024.
  3. Anemia, http://www.myhealth.gov.my/anemia/, Diakses pada September 25, 2024.
  4. Anemia, https://medlineplus.gov/ency/article/007618.htm, Diakses pada September 25, 2024.
  5. Anemia in Children, https://www.cedars-sinai.org/health-library/diseases-and-conditions—pediatrics/a/anemia-in-children.html, Diakses pada September 25, 2024.

Versi Terbaru

25/09/2024

Ditulis oleh Siti Fatihah

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Adakah Kanak-kanak Sekolah Rendah di Malaysia Alami Anemia & Kurang Zat Besi?

Masalah Anemia Kerana Kekurangan Zat Besi, Ambil Tahu Punca & Cara Atasinya


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Siti Fatihah · Disemak pada 4 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan