backup og meta

Siapa Anwar Ibrahim, PM Malaysia ke-10? Ini Beberapa Sisi Kehidupannya, Ramai Tak Tahu!

Siapa Anwar Ibrahim, PM Malaysia ke-10? Ini Beberapa Sisi Kehidupannya, Ramai Tak Tahu!

Siapa Anwar Ibrahim? Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia ke-10 baru sahaja dilantik pada 24 November 2022. Jika ada yang bertanya Anwar Ibrahim parti apa? Beliau merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dalam masa yang sama sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH). Ini beberapa kisah menarik mengenai kehidupan dan kesihatan beliau.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Sedikit biodata Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia ke-10

anwar ibrahim perdana menteri

Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan anak kelahiran Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Beliau mendapat pendidikan awal di Bukit Mertajam Boys School sebelum menyambung pendidikannya ke peringkat menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Kuala Kangsar, Perak.

Setelah itu, beliau meneruskan pengajiannya ke Universiti Malaya dalam bidang pengajian sastera Melayu.

Isteri beliau, Dr. Wan Azizah Wan Ismail merupakan seorang bekas doktor perubatan dan juga mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2018.

Pasangan ini dikurniakan 5 orang cahaya mata. Anak sulungnya, Nurul Izzah adalah bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai dan juga Permatang Pauh, dan terlibat aktif dalam arena politik negara. 

Pernah jalani pembedahan tulang belakang

Pada tahun 2018, Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia ke-10 pernah menjalani pembedahan tulang belakang dan juga bahu di Turki.

Ia merupakan rawatan susulan dan pemulihan lumbar stenosis secondary serta central disc herniation yang dialaminya pada ketika itu.

Beliau telah menjalani pembedahan tersebut di Medipol Mega University Hospital, Istanbul, Turki. 

Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10 gemar luangkan masa bersama cucu

anwar ibrahim perdana menteri

Sisi kehidupannya bersama ahli keluarga yang lain mungkin tidak diketahui ramai.

Namun, beliau merupakan seorang datuk yang amat gemar meluangkan masa bersama cucu-cucunya.

Jika ada masa yang terluang, Anwar akan bermain catur bersama mereka kerana menurutnya, catur mengasah ketajaman minda dan juga kesabaran.

Selain itu, beliau juga gemar menonton filem bersama-sama cucunya selain cuba menyambut hari lahir mereka bersama-sama.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa keluarga tetap menjadi keutamaan dan tulang belakang kepada seseorang individu walau sesibuk mana pun diri kita bekerja.

Dengan adanya ahli keluarga di sisi, ia dapat memberikan ketenangan dan mengurangkan tekanan yang dialami ketika bekerja. 

Apa hobi Anwar Ibrahim?

Anwar amat gemar berbasikal jika mempunyai sedikit masa terluang.

Aktiviti berbasikal sememangnya amat baik untuk kesihatan kerana ia menguatkan otot, jantung selain membantu membakar kalori dengan lebih cepat.

Bukan itu sahaja, aktiviti berbasikal seperti yang dilakukan oleh Anwar ini sebenarnya boleh mengeratkan hubungannya bersama anggota masyarakat yang lain. 

Pernah menulis beberapa buah buku

anwar ibrahim perdana menteri

Mungkin ramai yang tidak tahu, Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10 juga pernah menerbitkan beberapa buah buku sebagai cara menterjemahkan pemikirannya untuk bacaan orang ramai.

Pada tahun 1996, beliau pernah menulis sebuah buku yang bertajuk Gelombang Kebangkitan Asia sebelum dipecat daripada UMNO pada 1998.

Setelah itu, beliau meneruskan penulisannya menerusi buku ‘Warkah Anwar: Surat-Surat Dari Penjara 1998-2004’.

Antara judul buku lain yang ditulisnya termasuklah ‘Membangun Semula Makna Diri Malaysia’, ‘Jelaskan Wadah Perbaharui Tekad’, ‘Keadilan Bagi Orang yang Bersolat’ dan yang terkini, ‘Membangun Negara Madani’.

Aktiviti penulisan buku seperti ini boleh mengasah minda kita untuk berfikir dengan lebih tajam selain mendorong kita untuk membaca lebih banyak sumber bacaan lain. 

Apa yang boleh dipelajari daripada Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10?

Kini anda telah mengetahui siapa Anwar Ibrahim.

Walaupun sudah berusia 75 tahun, Anwar masih lagi mampu bergerak ke seluruh negara dan berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Antara rahsianya adalah dengan menjaga dan menyeimbangkan kesihatan fizikal dan juga mental seperti yang dilakukan oleh beliau.

Kita boleh mengambil beberapa nilai positif daripada kehidupannya untuk diamalkan dalam kehidupan kita pula. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Malaysia’s long-time reformist leader Anwar Ibrahim sworn in as prime minister. https://www.pbs.org/newshour/world/malaysias-long-time-reformist-leader-anwar-ibrahim-sworn-in-as-prime-minister. Accessed on December 3, 2022.

Anwar Ibrahim Dilantik Perdana Menteri ke-10. https://www.pmo.gov.my/ms/2022/11/anwar-ibrahim-dilantik-perdana-menteri-ke-10-4/. Accessed on December 3, 2022.

Akhirnya, Anwar Ibrahim capai impian jadi Perdana Menteri Malaysia. https://www.benarnews.org/malay/berita/my-pm-anwar-221124-11242022094443.html. Accessed on December 3, 2022.

Imbas dan kenali PM ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim. https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional/51734-imbas-dan-kenali-pm-ke-10-datuk-seri-anwar-ibrahim. Accessed on December 3, 2022.

Congratulations Dato’ Seri Anwar Ibrahim, the 10th Prime Minister of Malaysia. https://ikram.org.my/kenali-kami/. Accessed on December 3, 2022.

Versi Terbaru

06/12/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

5 Perkara Penting Anda Perlu Titik Berat Jika Ada Sakit Tulang Belakang Ini!

'Familial Chordoma': Tumor Di Tulang Tengkorak dan Tulang Belakang


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 06/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan